Pelajar B40 UTHM belajar menjana pendapatan melalui tanaman herba

Bagi melatih kemahiran berkebun sekaligus menjana pendapatan sampingan, seramai 42 pelajar menyertai program ‘Projek Taman Herba Pusat kitar Semula’ Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) baru-baru ini.

Penganjur yang juga Presiden Kelab Planeteers UTHM, Muhamad Khairul Amin Mohd Khairulanis berkata, program itu menyokong inisiatif ‘Kampus Lestari’

dan diharap dapat memupuk minat berkebun dalam kalangan pelajar berkenaan yang juga golongan B40.

“Sebahagian besar daripada peserta merupakan pelajar tahun satu yang baharu sahaja beberapa minggu mendaftar pengajian di UTHM.

“Sebilangan peserta datang ke program dengan berjalan kaki dari kolej kediaman ke Kabin Planeteers di Pusat Kitar Semula UTHM kerana tidak mempunyai kenderaan.

“Saya memandang perkara ini sebagai suatu tanda kebangkitan semangat yang tinggi terhadap nilai cinta alam dalam kalangan pelajar baharu UTHM.

“Perkembangan ini sangat positif dan menunjukkan generasi muda sangat cakna dan peka kepada alam persekitaran dan minat untuk belajar

“bukan sahaja dalam bidang pengajian yang mereka ikuti, tetapi juga terhadap kemahiran lain terutamanya aktiviti berkebun,” katanya seperti lapor UTHM

17 anak pokok herba dan 33 batang pokok berkayu ditanam

17 anak pokok herba dan 33 batang pokok berkayu ditanam

Katanya, program itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Kampus Lestari (SCO) UTHM

dan mendapat tajaan Yayasan UTHM bagi perbelanjaan peralatan program serta anak-anak pokok.

Beliau berkata, menerusi program itu, sebanyak 17 anak pokok herba dan 33 batang pokok berkayu telah ditanam dan akan diuruskan penjagaannya oleh ahli-ahli Kelab Planeteers.

“Selain itu program itu sekaligus berjaya membersihkan kawasan sekitar Rumah Pembelajaran Pemulihan Sumber (RPPS) dan Pusat Operasi Planeteers UTHM.

“Tidak lama lagi, tanaman herba dan pokok buah-buahan akan mengeluarkan hasil dan melalui hasil tanaman ini diharap dapat menjana pendapatan ahli-ahli kelab terutamanya dalam kalangan pelajar B40,” katanya.

Wakil Pejabat Kampus Lestari, Prof. Madya Dr. Nur Shaylinda Mohd Zain dan Penasihat Kelab Planeteers (Kampus Parit Raja), Dr. Emedya Murniwaty Samsudin turut menyertai aktiviti bergotong-royong membersihkan persekitaran pusat kitar semula tersebut dan turut berkebun bersama-sama pelajar.

Habis//

eBay sekat jualan e-basikal dan bateri di UK

eBay nyah dokumen perhambaan abad ke-19 dari laman webnya

Grab, kisah dari perbualan zero menjadi hero

Leave a Reply

Your email address will not be published.