Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua pembaca setia di blog ni. Sebelum ni saya ada kongsikan kisah seorang surirumah di Malaysia berjaya dalam bisnes eBay kan, so kali ni saya nak kongsi kisah kejayaan 2 orang peniaga eBay di luar negara pula sebagai sumber inspirasi dan motivasi kepada anda dan juga saya.

Kisah Kejayaan Peniaga eBay:

Mulakan Dengan Mudah, Untung Juga Dengan Mudah!

1. Tim Chapman

Kisah ini dikongsi pada tahun 2014 di mana peniaga eBay ini telah menjalankan perniagaannya di eBay selama 13 tahun. Dia bermula dengan menjual beberapa barangan dari tempat kerjanya yang tidak dijual melalui saluran biasa syarikat tetapi beliau menjualnya di eBay dan akhirnya beliau amat kagum dengan hasil pendapatan yang diperolehi melalui penjualan di eBay.

Walaupun isteri dan saudara maranya membantah, Chapman tidak berhenti mengejar apa yang dipercayainya untuk mencari rezeki. Dia benar-benar berazam, dan melalui jatuh bangun, dia berjaya meyakinkan isterinya. Terima kasih kepada eBay, keuntungannya jauh lebih besar daripada pendapatan makan gaji yang sedia ada.

Tetapi cerita itu tidak berhenti di situ: Dia menetapkan jadual rutin, menyenaraikan bilangan item yang tetap dengan kerap.

Beberapa produk terlarisnya termasuk alat memasak mewah, pisau, serta kitab Injil. Tetapi itu bukan semua; dia juga menjual pembesar suara, kartrij dan kanta kamera dengan beza harga yang besar antara harga belian dan jualan.

2. Cori O’Steen

Satu lagi kisah kejayaan peniaga eBay datang daripada keluarga O’Steen dengan perniagaan mereka Upak N Ship. Cori O’Steen adalah seorang ibu yang bermimpi untuk mempunyai perniagaan sendiri sambil menguruskan rumah tangganya. Bersama suaminya Beau, dia menjalankan sebuah syarikat pembungkusan dan ketabahannya menjadikan Upak N Ship sebuah perniagaan kecil yang berjaya menghasilkan jualan berlipat kali ganda di eBay dan laman web mereka.

Dia mungkin tidak mendapat tentangan daripada keluarga seperti Chapman. Malah keluarganya sangat kagum dengan tujuh ribu penghantaran sebulan. Seiring dengan perniagaan mereka yang semakin berkembang, dia mula menyertai badan amal, dan percaya atau tidak, ia semakin meningkatkan jualannya berkali ganda.

Itu adalah dua kisah kejayaan peniaga eBay yang mungkin memberi inspirasi kepada anda.

Nah…amacam…anda dapat sesuatu daripada kisah ni? Pasti ada point-point penting yang boleh dijadikan sumber inspirasi dan motivasi kepada anda kan?

Selepas mengetahui kisah mereka, adakah anda berminat untuk menjadikan diri anda sebagai peniaga eBay yang berjaya? Bidang perniagaan mungkin bukan satu-satunya cara untuk mencari rezeki dan menambah pendapatan dan mungkin sukar bagi sesetengah orang untuk memulakannya, namun, jika anda tahu cara mengendalikannya, hasilnya pasti memuaskan.

<<<Nak Tahu Caranya? Klik DI SINI>>>

Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.