
Dari Cheras ke Amazon, Ghaania Mendunia
Minat melukis dan memotong baju sejak dari kecil menjadi titik permulaan kisah perjalanan pemilik jenama pakaian Ghaania, Elly Nur Sufri. Menerusi jenama Ghaania yang bermaksud semula jadi cantik di dalam bahasa Arab, Elly berkata, bermula dari itu, akhirnya minat dan bakatnya itu dikembangkan sebagai kerjaya sebagai pereka fesyen.