
Warga Emas 77 Tahun Jadi Peserta Kelas eBay Paling Senior
Warga emas berusia 77 tahun menjadi pelajar paling senior mendaftar diri menyertai kelas eBay anjuran Export Oversea Academy - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) setakat ini. Penglibatan dan sikapnya yang positif itu menerima pujian daripada tenaga pengajar EOA yang berharap kisah perjalanan wanita ini dapat menjadi pembakar semangat dan memberikan inspirasi kepada golongan muda.