
The Soap Haven Bantu Rawat Ekzema Laris Di Amazon
The Soap Haven. Pasangan suami isteri yang juga bekas guru dan peguam tidak menyangka keputusan mereka mengubah haluan kerjaya dengan menumpukan bisnes online di Amazon kini membuahkan hasil yang lumayan. Produk ciptaan mereka, The Soap Haven, yang membantu pesakit ekzema kini laris di platform dagang utama dunia itu dan kini dipasarkan ke Amerika, Syarikat, United Kingdom dan Singapura. Produk The Soap Haven boleh dibeli di Amazon pada harga USD 26.99 untuk setiap pek berisi 4 ketul sabun seberat kira-kira 128 gram setiap satu.