Harga barang naik 2025 kata pakar ekonomi
Menurut Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, harga barang dan perkhidmatan berkemungkinan meningkat pada tahun depan Beliau berkata, peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan antara faktor utama kenaikan berkenaan. Faktor lain harga barang naik termasuk penyasaran subsidi petrol RON95, lapor Sinar Harian.







