Kelah Merah cecah RM1,200 sekilogram, kini mudah diternak
Kesukaran menternak ikan kelah merah menyebabkan harga ikan yang juga dikenali ‘Raja Sungai’ itu boleh mencecah dari RM800 hingga RM1,200 sekilogram (kg) di pasaran. Mana tidaknya, ternakan ikan kelah perlu mengambil masa sehingga empat tahun selain perlu diberi makanan sehingga 80 hingga 95 kg untuk mendapatkan berat sekilogram seekor. Menyedari potensinya yang mampu menjana pendapatan lumayan sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif dan berjaya menghasilkan formulasi makanan khusus ikan kelah yang boleh mengatasi isu berkenaan.