Bila nak pos barang ke luar negara mesti anda terfikir kurier yang lebih mudah dan jimat kan?

Sudah tentu lah!

Sebenarnya banyak je pilihan kurier antarabangsa yang ada.

Sejak permintaan e-commerce meningkat, syarikat kurier semakin bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan!

Kalau anda nak tahu terdapat 2 jenis kurier untuk pos barang luar negara.

Kurier ekonomi mengambil masa 2 hingga 4 minggu manakala kurier ekspres hanya mengambil masa sehari hingga 7 hari bekerja sahaja.

Tapi ia bergantung kepada kurier yang anda pilih juga!

cara pos barang ke luar negara

Jom saya kongsikan 7 cara pos barang ke luar negara dan kurier yang lebih mudah untuk anda.

1. Isi Maklumat Permohonan

Pertama sekali, anda perlu isi maklumat pemohon dan penerima seperti dalam gambar di bawah ni .

Ni kalau anda menggunakan Flexipack International Pos Laju Malaysia.

Bahagian Depan

pos barang luar negara

Kenal pasti kategori dan nilai barang kerana mungkin terdapat peraturan tertentu yang berkaitan dengan jenis barang.

Contohnya tak boleh pos item yang berbentuk cecair.

Ini kerana bahan cecair sangat sensitif untuk melalui proses penghantaran yang jauh. Boleh lihat seperti gambar di bawah barang yang dilarang untuk dipos.

pos barang luar negara

2. Sediakan Dokumen Penting

Seterusnya, sediakan dokumen penting sebelum anda pos barang luar negara. Boleh tengok senarai di bawah ni :

i) invois komersial (termasuk resit pembelian),

ii) permit eksport dan dokumen kastam,

iii) penyata bateri, dokumen cukai,

iv) dan label penghantaran mengikut negara destinasi.

Lebih baik anda search awal-awal tentang maklumat dokumen ni. Nanti tak lah menyesal di kemudian hari!

Untuk pos barang ke luar negara guna Easy Parcel pun mudah. Semua destinasi negara ada.

3. Pilih Kurier Yang Lebih Mudah

Pilih syarikat perkapalan atau kurier yang boleh pos barang ke negara destinasi pilihan.

Bandingkan pilihan kurier dan semak kos pos, masa penghantaran dan jaminan penghantaran.

Seperti dalam gambar ini merupakan kadar terbaru untuk kos pos barang luar negara menggunakan Flexipack International Pos Laju Malaysia.

4. Pembungkusan Barang

Bungkus barang dengan selamat dan mengikut garis panduan pembungkusan antarabangsa. Jangan lupa labelkan dengan jelas alamat pengirim dan penerima.

5. Pengisytiharan Kastam (Custom Declarations)

Lengkapkan borang pengisytiharan kastam dengan tepat.

Ini termasuk maklumat keterangan barang, jenis, nilai dan kuantiti barang yang nak dipos.

Contoh maklumat keterangan macam barang kesihatan, atau permainan. Jika barang perubatan anda perlu dapatkan dokumen daripada farmasi untuk pengesahan.

Anda boleh lihat dalam gambar di bawah ni maklumat yang perlu diisi. Maklumat ni ada di bahagian belakang pada sampul tau!

Bahagian Belakang

pos barang luar negara

Pastikan anda bayar cukai yang berkaitan dan duti import jika diperlukan.

6. Jejak Tracking Number

Bila dah siap dan semua maklumat telah disi, pihak kurier akan tanya samada anda nak beli tracking number atau tak. Harga tracking number adalah RM13.50 setiap satu.

Anda boleh jejak penghantaran dengan tracking number yang disediakan sehingga barang sampai.

pos barang luar negara

7. Follow-Up Status Penghantaran

Akhir sekali, pantau status penghantaran dan hubungi syarikat kurier jika terdapat sebarang masalah atau kelewatan.

Kini dengan teknologi anda boleh pos barang anda ke luar negara dengan lebih mudah!

Saya kongsikan di sini kurier yang lebih mudah untuk anda. Antaranya adalah : 

Flexipack International Pos Laju Malaysia

Jika anda pertama kali pos barang ke luar negara, kurier ni sesuai untuk anda. Anda tak perlu buka akaun.

Flexipack International ni terbahagi kepada dua. Ada yang berwarna biru dan ada yang berwarna magenta.

Magenta untuk dihantar ke negara Asean seperti Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Singapore dan Thailand.

Manakala warna biru pula untuk dihantar ke negara selain Asean contohnya seperti USA, Kanada, Australia dan UK. 

Kos Pos Tambahan Flexipack International

Sejak pandemik Covid 19, kadar tambahan untuk Flexipack International ini telah meningkat sebanyak 10%. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada berat barang.

Mudah je nak dapatkan Flexipack ni. Anda hanya perlu ke cawangan pejabat Pos Laju Malaysia yang terpilih.

Anda boleh juga order secara online di laman web Pos Laju Malaysia

Singapore Post

Selain daripada Pos Laju Malaysia, Singapore Post juga menjadi pilihan untuk pos barang ke luar negara.

Kelebihannya anda hanya boleh tunggu sahaja di rumah atau pejabat anda tim mereka akan ambil.

Namun anda harus membuat permohonan terlebih dahulu.

DHL Express

Seperti kurier antarabangsa lain yang menyediakan khidmat pos barang ke luar negara,

dengan DHL Express juga anda boleh check kadar pos barang ke negara yang anda pilih.

Boleh semak di DHL Express. Anda hanya perlu mendaftar dengan membuka akaun untuk proses yang lebih mudah dan menjimatkan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kurier express lebih cepat daripada kurier biasa atau ekonomi. Yang penting anda tahu barang apa yang anda pos , mudahlah untuk anda kategori kan barang tersebut.

Macam Puan Adilah Ibrahim ni, beliau memilih untuk menjual ubat nyamuk di eBay. Biar betul?

Siapa sangka menjual ‘ubat nyamuk’ pun pembeli di eBay cari. Selain itu, antara barang rare yang mendapat permintaan tinggi di luar negara ialah ragi tempe, racun tikus dan juga acuan kuih tart.

Katanya lepas keluar artikel di mStar terus jualan e-book miliknya meletup.

Memang rezeki terpijak lah kan!

Anda Nak Tahu Bagaimana Pos Barang Ke Luar Negara Boleh Jadi Side Income?

Latest Post

Leave a Reply

Your email address will not be published.