Internship Tabung Haji

Internship Tabung Haji 2024 ? baca ini dahulu

Internship Tabung Haji. Macam best je kan dapat buat intern kat tempat ini, mana tahu boleh dapat kerja terus lepas intern, mesti parents happy, lagi happy kalau dapat jodoh sekali ehhh

Mesti ramai adik adik yang sedang belajar di institut pengajian tinggi awam atau swasta ketika ini mencari cari tempat yang paling bagus untuk buat internship kan

Puas dah google pasal tabung haji internship, gaji intern, intership bank rakyat, bank islam internship dan macam macam lagi kan

Tapi sebelum adik adik nak tempuhi dunia intern ini, mohon adik adik baca nukilan saudara WN Muhaimin ini di bawah

Moga moga dengan bacaan ini, adik adik faham realiti dunia pekerjaan dan mudah jalani latihan industri di mana mana tempat sekalipun okay

Internship tabung haji ? kena nilai pesan ini

PERANGKAP KEMISKINAN

Abam nak buat teguran ikhlas kepada adik2 yg masih belajar, intern & fresh grad. Selepas baca berita ni abam simpulkan 3 RUNGUTAN yg di’highlight’ oleh sebahagian kalian:

– Tidak mahu DIARAH

– buat kerja di LUAR SKOP tak mahu

– Tidak mahu bekerja LEBIH MASA

Dan 3 rungutan ini menjadikan kalian merasa tertekan &  rasa seperti hamba. Malangnya, ketiga-tiga rungutan ini sebenarnya adalah PERANGKAP PEMIKIRAN ORANG MISKIN.

Begini nasihat abam..

1. TIDAK MAHU DIARAH – Kajian menunjukkan generasi X ke atas mereka lebih suka ‘bekerja bebas’ iaitu bekerja dengan cara mereka (abam pun generasi X) Oleh sebab itu, kita mungkin tak suka diarah terutama daripada bos mahupun rakan sekerja senior. manakala adalah norma alam pekerjaan pekerja junior / intern akan diarah atas dasar pengalaman. (Ye la, takkan junior yg nak mengarah pulak).

Tetapi untuk pengetahuan kalian, ARAHAN adalah PROSES PEMBELAJARAN FASA PERTAMA. Ingat tak macam mane kita mula2 belajar solat. Mak ayah kalian BERI ARAHAN kan? Kadang2 smpai kene paksa. Sebab awal2 kerjaya adalah tempoh MELENTUR BULUH.   

Maka jadilah buluh yg melentur dgn baik AMBILLAH IA SEBAGAI PROSES BELAJAR. Kita tak mampu ubah pakcik2 tua bagi arahan, sebaliknya ambillah ia sebagai nasihat yg baik. Sebab setiap nasihat itu ada ILMU UNTUK KALIAN AMBIL. Sekiranya kalian resist proses pembelajaran fasa pertama ini, percayalah, kalian AKAN KEKAL DI FASA PERTAMA sehinggalah kalian menjadi pakcik2 yg mengarah pula.

Internship tabung haji atau mana mana intern pun jika nak berjaya, buat perkara ini

2. TIDAK MAHU KERJA LUAR SKOP – Inilah yg selalu orang cakap, ‘JANGAN MEMILIH’. Pertamanya begini, abam guarantee 200% kalian AKAN KERJA LUAR SKOP. Apa yg kalian belajar tu, barangkali 10-20% je digunakan. Maka, there is no such thing sebenarnya kerja skop sendiri ini. Setiap kerja, ada bahagian dokumen, reporting, hands-on etc.

Keduanya, BEKERJA DI LUAR SKOP adalah FASA PEMBELAJARAN FASA DUA. kenapa? Sebab kelak, syarat kalau kalian nak naik pangkat, perlu utk kalian MENGUASAI KERJA2 DALAM SKOP & LUAR SKOP.

Dan ketiga, bekerja luar skop MEMBUKA PELUANG KEPADA KARIER HEBAT. Contohnya anda skrg engineer, tapi masa belajar kalian ambil tahu hal production & HR, maka peluang untuk anda jadi production manager / plant manager adalah tinggi. Bukan sedikit director yg abam kenal daripada bidang2 teknikal.

Intern kena sedia kerja lebih masa

3.  TIDAK MAHU BEKERJA LEBIH MASA – Pakar motivasi Brian Tracy membuat kajian. Mereka yg hanya bekerja 8 JAM hanya akan mencapai tahap SURVIVAL. Iaitu mereka bekerja untuk survive hidup. Manakala orang yg dikategori hebat & berjaya, mereka bekerja setiap hari 12 jam. Namakanlah yg berjaya, Elon Musk, Mark Zuckerberg, mereka semua bekerja lebih masa terutama pada awal2 kerjaya.

Jangan keliru. Bukan suruh balik keje lambat. Abam pun balik on time. Sebaliknya abam nasihat jgn berkira utk blk lambat bila perlu. Kata Jim Rohn, “WORK ON YOURSELF HARDER RATHER ON YOUR JOB”. Maksudnya, sentiasa ingat, kerja lebih masa yg kalian buat ADALAH UNTUK DIRI SENDIRI. Bukan utk company. Kalau kalian keje lebih masa & fokus utk improve diri, yg akan cepat naik dlm kerjaya adalah anda!

NO WORK LIFE BALANCE

JANGAN TERPERANGKAP DENGAN DAKYAH ‘WORK-LIFE’ BALANCE. There is no such thing!

Tahu kenapa? Kalau anda ada banyak masa tapi takde duit pun bole buat apa? Sebaliknya, masa kalian MASIH BUJANG & TIADA KOMITMEN, maka pulun kerja lebih masa!

Lepas dah banyak duit BARULAH CERITA PASAL WORK-LIFE BALANCE ok? Masa tu, balik on time, setiap weekend pergi bercuti.

NOTA : Sebaliknya, sekiranya benar berlaku penganiayaan dan penyalahgunaan intern yg besar, maka laporkan samaada kepada lecturer uni anda. Mereka akan ada sesi dengan HR dan supervisor. Pun begitu, nasihat abam masih kekal utk lebih cekal hadapi dugaan ini. Kerana akan ada dugaan yg lebih mencabar di alam pekerjaan

May Allah bless

WNM

Apa syarat nak buat LI di TH

Okay, bagi mereka yang nak cari tempat untuk latihan industri, penulis nak fokus kepada tabung haji internship @ internship tabung haji

Apakah syarat syarat kelayakan ?

Jawapan

  1. CGPA Semasa minimum 3.0
  2. Dari Institusi Pengajian Tinggi di dalam Malaysia dan Luar Negara
  3. Bertempoh – minimum 3 bulan maksimum 6 bulan
  4. Bidang yang berkaitan secara langsung dengan TH

Apakah yang diperolehi oleh pelatih TH?

Jawapan

  1. Pelatih yang ingin mempelajari sesuatu yang baru.
  2. Pelatih yang berdisiplin dan mematuhi peraturan.
  3. Pelatih yang berusaha untuk meningkatkan potensi diri.

Bolehkah saya memohon Latihan Industri jika saya tidak berada pada tahun akhir saya ?

Jawapan

Keutamaan diberikan kepada pelajar dalam tahun pengajian mereka yang terakhir. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk memohon pada tahun kedua terakhir anda.

Berapakah tempoh minimum dan maksimum untuk menjalani Latihan Industri di TH?

Jawapan

Tempoh minimum tiga (3) bulan dan maksimum enam (6) bulan.

Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk permohonan saya diproses ?

Jawapan

Permohonan akan diproses dalam tempoh sebulan. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh sebulan, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.

Bilakah saya perlu menghantar permohonan untuk Latihan Industri ?

Jawapan

Permohonan perlu dibuat tiga (3) bulan sebelum tarikh mula Latihan Industri.

Bolehkah saya memohon jika saya tidak belajar di universiti tempatan ?

Jawapan

Ya

Mengapa Tabung Haji dipilihh sebagai tempat Latihan Industri ?

Jawapan

Pengalaman bekerja di salah satu firma perkhidmatan mukmin profesional terkemuka di dunia :

  1. Kerja-kerja yang mencabar intelektual.
  2. Budaya yang mesra.
  3. Mentor yang baik.
  4. Latihan yang luas dan mendalam yang merangkumi ruang keperluan industri semasa.

Untuk soalan soalan berkaitan internship tabung haji, adik adik boleh >>> KLIK SINI <<<

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Cara buat duit di rumah 2024

>>> Nak cari kerja part time, tapi gaji USD ? klik sini<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.