Penyebab penyakit diabetes @ kencing manis adalah kerana pankreas dalam tubuh badan manusia sudah tidak dapat hasilkan insulin secukupnya

Q : Apa itu pankreas

A : Pankreas adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin.

Q : Apa kepentingan insulin ?

A : Insulin berfungsi untuk kawal glukos dalam darah

Q : Jika insulin gagal berfungsi, apa jadi ?

A : Jika glukos sudah banyak dan tidak terkawal di dalam badan, maka ia menjadi penyebab penyakit diabetes @ kencing manis

Diabetis terbahagi kepada:

Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I

Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II

Penyebab penyakit diabetes kerana insulin

Q : Tak faham lah, apa benda ‘mellitus detus’ ni..

A : Okay jangan pening pening, chill je,

Diabetes Mellitus Jenis I adalah penyakit autoimun, yang mana sistem imun rosak kan sel sel yang sihat dalam badan.

Dalam kes ini, sistem imun rosak kan sel beta dalam pankreas hingga pankreas tidak dapat hasil kan insulin sendiri.

Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang jelas kan statement itu.

Pesakit Diabetes jenis 1 memang bergantung dan perlu suntikan insulin secara kerap untuk imbangi kematian sel beta

Dalam kes masalah diabetes jenis 2, sistem imun tidak rosak kan sel beta.

Tetapi terjadi kerana badan tak upaya untuk bertindak kepada insulin, yang juga dikenali sebagai penolakan terhadap insulin.

Badan akan buat lebih banyak insulin untuk imbangi insulin yang tidak berkesan

dan ia masih tidak dapat hasil kuantiti insulin yang cukup

Dalam jangka masa yang panjang, ketegangan sel beta akan rosak dan kurang kan producing insulin.

Pesakit diabetes jenis 2 perlu suntikan insulin kerana :

a) Kurang kepekaan kepada insulin

Berat badan yang berlebihan akan kurang kan kepekaan anda kepada insulin.

Tidak sensitif kepada insulin makna nya adalah insulin tidak dapat kurang kan kadar glukosa darah yang sepatutnya.

Pesakit yang kurang kepekaan kepada insulin biasa nya ambil suntikan insulin untuk elak kadar glukosa yang lebih

Makanan penyebab diabetes

Q : Fuhh, berasap juga nak faham ye

A : Ya, tak mengapa, ini ilmu asas untuk faham serba sedikit pasal punca penyebab penyakit diabetes, tahniah sebab anda concern

Q : Apa tanda tanda penyebab penyakit diabetes ya ?

Simptom diabetes depend pada kadar gula dalam darah.

Ada individu yang derita pradiabetes atau diabetes jenis 2, mungkin tidak akan show simptom yang terlalu jelas.

Namun, bagi penderita diabetes jenis 1, simptom mungkin akan nampak lebih cepat dan mungkin lebih teruk.

Berikut tanda tanda kencing manis umum penderita diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2:

  • Sering haus
  • Sering lapar
  • Kerap buang air kecil
  • Penurunan berat badan secara tiba tiba
  • Keletihan
  • Kekuatan otot menjadi berkurang
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Nafsu seks berkurangan
  • Disfungsi ereksi
  • Luka lambat pulih
  • Selalu dijangkiti infeksi pada bahagian gusi, kulit atau kemaluan
  • Kewujudan keton di dalam urin (keton adalah sisa produk dari otot dan lemak yang terkumpul akibat kekurangan insulin)

Q : Adakah makanan penyebab diabetes juga dan apa punca punca lain penyebab penyakit diabetes ?

A : Betul, makanan jadi salah satu faktor boleh kena penyakit kencing manis, dan ada faktor faktor lain, iaitu :

  • Berat badan obes / gemuk
  • Tidak senam dan amal gaya hidup tidak aktif
  • Ambil makanan / minuman tinggi gula, karbohidrat, tinggi lemak dan kurang serat
  • Keturunan- diabetes ada kaitan yang kuat dalam famili
  • Peningkatan umur
  • Bangsa – Kaum India punya lebih risiko dapat diabetes

Jaga makan dan minum

Q : Macam mana nak elak dari kena penyakit diabetes ?

A : Good question, ada banyak cara, antara paling utama adalah atasi punca penyakit diabetes di atas

Q : Okay, saya boleh follow, boleh jelas kan tak pasal makanan / minuman tinggi gula? jadi penyebab penyakit diabetes ?

A : Ambil gula lebih boleh jadi punca penyakit diabetes. Bukan setakat gula pasir yang kita buat air itu semata mata.

Rasa manis dari madu, raisin, gula gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah adalah makanan yang punya indeks glisemik (IG) yang tinggi.

IG ukur berapa cepat makanan yang ada karbohidrat (seperti nasi) tingkat kan paras gula dalam darah selepas makan

  • Makanan yang tingkat kan paras gula dengan perlahan dipanggil makanan rendah IG.
  • Makanan yang tingkat kan paras gula secara sederhana dipanggil makanan sederhana IG.
  • Makanan yang tingkat kan paras gula dengan cepat dipanggil makanan tinggi IG.

Banyak air minuman tin atau kotak yang dijual ketika ini guna glukosa atau sirap jagung yang ada fruktosa yang tinggi.

Q : tapi apa pula kaitan makanan tinggi lemak dengan jadi punca penyebab penyakit diabetes, saya keliru

Makanan ada lemak akan tambah kalori dan naik kan berat badan.

Berat badan yang berlebihan akan kurang kan kepekaan anda kepada insulin (rujuk penerangan pesakit diabetes jenis 2)

Elak makanan tinggi lemak

Q : Oh begitu, baik saya faham, jadi apa contoh makanan tinggi lemak?

A : Contohnya, makanan yang ada lemak tepu dari sumber haiwan dan biasa nya pejal dalam suhu bilik

Lemak tepu antara punca kolesterol jahat iaitu LDL dalam saluran darah kita naik.

Berikut adalah makanan lemak tinggi yang kita kena elak kerana jadi penyebab penyakit diabetes

  • Minyak sapi (ghee)
  • Potongan lemak daging lembu, khinzir atau kambing
  • Daging ayam warna merah gelap dan kulit ayam
  • Susu penuh krim
  • Mentega/marjerin
  • Keju-Walaupun keju ada kalsium, vitamin B12, fosforus, selenium, ia merupakan produk tenusu yang kaya dengan lemak tepu. Anda boleh ambil tetapi dalam kuantiti yang rendah.
  • Krim masam
  • Makanan bergoreng – kaya dengan lemak trans
  • Vegetable shortening
  • Biskut
  • Kek
  • Makanan ringan
  • Aiskrim

Q : Okay, apa maksud makanan kurang serat pula ?

A : Serat (atau serat makanan) adalah karbohidrat yang ada dalam tumbuhan atau added ke dalam makanan serta minuman.

Tidak seperti karbohidrat lain, serat tidak boleh dihadam oleh badan kita. Sebaliknya, ia dipecahkan oleh bakteria dalam usus besar.

Terdapat dua jenis utama serat makanan: larut dan tidak larut.

Serat memang ada peranan penting. Ia beri sumber makanan ‘bakteria baik’ dalam sistem pencernaan kita, bagi ia berfungsi seperti yang sepatutnya

20 makanan serat tinggi

Q : Okay terus kan, apa pula fungsi serat larut ?

A : Serat larut mampu larut kan dan bentuk bahan seperti gel yang bantu tingkat kan penghadaman manusia dan elak sembelit.

Serat juga rendah kan kolesterol dan kawal paras glukos dalam darah.

Serat ini boleh dapat dalam bijirin seperti oat, barli, serta buah dan sayur

Q : Apa fungsi serat tidak larut ?

A : Serat tidak larut tidak larut dalam usus kita dan sebahagian besar nya kekal tidak berubah apabila lalu sistem penghadaman kita.

Kualiti inilah yang pasti kan pergerakan usus tetap teratur selagi ada serat yang cukup

Contoh makanan adalah beras perang, kentang, bran gandum dan kekacang

Berikut ialah senarai 20 makanan serat tinggi yang boleh dipilih untuk atasi penyebab penyakit kencing manis

  1. Bijirin sarapan pagi dengan bijirin penuh
  2. Bijirin penuh
  3. Biskut gandum bijirin penuh
  4. Kentang (dengan kulitnya)
  5. Bertih jagung
  6. Kacang
  7. Brokoli
  8. Kekacang
  9. Oat
  10. Roti pelbagai bijirin
  11. Beras perang
  12. Buah-buahan kering
  13. Epal
  14. Strawberi
  15. Raspberi
  16. Avokado
  17. Kubis brussel
  18. Pisang
  19. Buah pir
  20. Lobak merah

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Penyakit paling bahaya, hati hati jika ada tanda ini..

>>> Nak cari kerja part time, tapi gaji USD ? klik sini<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.