tuntut fasakh

Tuntut fasakh, apa nak kena buat ?

Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak.

Di antara perkara perkara yang harus kan tuntutan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :

a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari 1 tahun.
b) Tidak buat peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak tunai tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama 1 tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang hidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim sakiti atau jadi kan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri tunai kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepada isteri isteri nya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak setubuhi isteri dengan sengaja walau 4 bulan telah kahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

Bagaimana cara proses tuntut fasakh di Mahkamah ?

KAUNTER МАНКАМАН

a. Suami atau isteri:-

Serah Borang Permohonan Perceraian

yang telah dilengkapkan (ikut format borang negeri masing masing).

ii) bayar yuran pendaftaran (ikut kadar ketetapan negeri masing masing).

iii) daftar kes cerai di kaunter

iv) terima tarikh dan masa hadir ke Mahkamah. (Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamah hendak lah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes didaftarkan).

b. Mahkamah serahkan saman kepada suami atau. isteri (dalam tempoh tidak melebihi 14 hari selepas kes didaftarkan).

МАНКАМАН

C. Suami dan isteri:-

i) hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan

ii) bawa bersama dokumen asal seperti. berikut:

Sijil Nikah atau Sijil Ruju*

Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau Pasporti.

d) Suami atau isteri maklumkan pembelaan kepada hakim.

e) Suami atau isteri tidak ada persetujuan untuk bercerai.

f) Suami dan isteri dapatkan tarikh perbicaraan.

Persediaan sebelum bercerai termasuk tuntutan fasakh

g) Suami dan isteri:-

i) lantik peguam

ii) sediakan dokumen perbicaraan dalam tempoh tidak melebihi 1 bulan. 

Senarai semak dokumen perbicaraan seperti berikut:

  • Penyata Tuntut Fasakh
  • Penyata Pembelaan dan Tuntutan
    Balas (jika ada)
  • Jawapan kepada tuntutan balas
  • Dokumen dokumen/ exhibit exhibit berkaitan dengan pembuktian kes seperti: laporan polis, laporan doktor, resit-resit atau bil-bil dan sebagainya.
  • Fakta-fakta yang dipersetujui dan fakta-fakta yang tidak dipersetujui

Jom ikuti nukilan seorang Peguam Syarie famous, Fahmi Ramli pasal isu tuntut fasakh ini okay

Suami tak mampu bersetubuh, isteri berhak tuntut fasakh

Salah satu sebab kahwin antara lelaki dan wanita oleh Syarak adalah untuk pasangan itu bersuka suka atau lahir kan zuriat.

Maka, nafkah seorang suami keatas isteri itu bukan sahaja libat nafkah zahir sahaja, tetapi hak nafkah batin.

Isu ini mungkin jarang berlaku. Biasanya lelaki jarang ‘miss’ Nafkah Batin, tapi selalu gagal atau culas nafkah zahir sahaja.

Tapi, ada juga suami yang ada masalah untuk bersetubuh dengan isteri. Sama ada kerana faktor kesihatan ataupun mungkin tiada nafsu lagi keatas isteri.

Apakah Nafkah Batin ini semata mata persetubuhan sahaja?

Tidak, jika ikut tafsir umum, nafkah batin ini meluas. Ia termasuk lah layanan dan kata kata yang baik oleh suami keatas isteri juga dikira nafkah batin.

Namun, dalam tafsiruntuk tuntutan Fasakh, nafkah batin hanya isu PERSETUBUHAN semata-mata. Ia tidak libat kegagalan suami berkata kata baik atau layan isteri dengan teruk. Jika ada caci maki sebagai nya, ia tertakluk dibawah penderaan mental, bukan gagal nafkah batin.

Berapa lama tempoh kegagalan Nafkah Batin untuk isteri mohon tuntutan fasakh?

Sekiranya suami gagal beri nafkah batin kepada isteri selama 1 tahun atau lebih, maka isteri berhak untuk tuntutan fasakh. Kegagalan itu mesti sebab suami itu sendiri, dan bukan nya datang dari keengganan isteri.

Berbeza dengan nafkah zahir dimana suami yang gagal atau cuai sedia nafkah yang cukup kepada isteri selama 3 bulan sahaja, isteri berhak untuk tuntut Fasakh.

Apakah yang perlu dibuktikan oleh isteri?

Jika isteri dakwa bahawa dia tidak terima Nafkah Batin lebih daripada 1 tahun, isteri mesti berikan keterangan terlebih dahulu yang dirinya tidak mempunyai sebarang permasalahan atau dihalang untuk bersetubuh.

Misalnya masih datang haid atau mungkin tidak ada sebarang penyakit.

Jika isteri dakwa suami ada masalah kesihatan misal nya suami ada masalah kencing manis yang teruk sehinggakan dia tidak mampu untuk bersetubuh, maka beban keatas isteri untuk buktikan.

Jika sebaliknya suami nafi dakwaan tersebut, maka suami perlu buktikan yang dia sihat.

Bagaimana jika suami yang enggan atau hilang lebih setahun?

Jika suami dengan sengaja enggan bersetubuh, selama satu tahun itu, maka Fasakh boleh disabitkan.

Atau mungkin ada keadaan, suami telah hilang kan diri dan tinggal kan isteri lebih dari satu tahun.

Namun, jika suami ada sebab seperti isteri ada penyakit kelamin, maka dia berhak untuk tidak memberi Nafkah Batin.

Misalnya isteri ada HIV, maka, tak wajar untuk berlaku persetubuhan jika mudarat kesihatan.

Bagaimana jika suami tak bersetubuh, namun hanya ‘ringan ringan’ sahaja?

Jangan gelak yer. Ini real tau. Ada suami yang tak bersetubuh, tapi dia keluar kan air mani diluar sahaja.

Sebagai orang yang ber kahwin, anda patut tahu hal ini kerana ini tak dikira nafkah batin.

Jika isteri tidak dapat kepuasan kerana itu, maka, ia boleh dianggap suami tidak memberi nafkah batin.

Atau ada juga keadaan suami yang ‘berejakulasi pramatang’. Belum sempat setubuh, dah selesai.

Tuan ada pengalaman kes macam ni ke?

Ya, pernah ada. Saya tidak mahu kata dimana. Tapi, antara alasan tuntut Fasakh difailkan adalah kerana suami tersebut dikatakan gagal beri Nafkah Batin lebih satu tahun.

Walaupun ada balik rumah dan sebagainya, suami itu ada masalah mudah ereksi hingga terjadi ‘ejakulasi pramatang’ atau tak tahan lama.

Antara sebab nya adalah masalah berat badan dan penyakit kencing manis.

Ada juga orang punya masalah berat badan atau kencing manis masih mampu, namun, masalah ejakulasi pramatang ini satu masalah yang mungkin juga berlaku kepada mana mana lelaki.

Bab ini mungkin sensitif, tapi kita perlu belajar dan tahu. Terutamanya yang sedang dalam perkahwinan atau mungkin yang bakal berkahwin.

Selain dari soal bersetubuh, saya nak ingat kan sekali lagi, Nafkah Batin juga adalah layanan dengan kata kata lembut dan baik kepada isteri.

Jangan hanya pandai bersetubuh, tapi layanan batin lain ‘kelaut’

Seharusnya seiring. Bergaullah dengan isteri dengan layanan dan kata kata yang baik. Jaga soal Nafkah Zahir juga. Jangan kahwin kalau hanya pandai bagi Nafkah Batin sahaja.

Ingat yer. Semoga memberi manfaat kepada anda yang membaca.

Dalam pada itu, dalam perkongsian lain, beliau membuat posting berikut :

Cikgu selalu jadi mangsa perceraian

Kebanyakan dari kes perceraian yang pernah saya kendali kan, adalah di kalangan cikgu.

Sama ada cikgu sekolah rendah, sekolah menengah, hatta cikgu tadika pun.

Pastinya, semua nya cikgu wanita yang saya kendalikan. Kebanyakan isunya lebih kurang sama.

Dan semua nya menjurus kepada perceraian yang mana mereka yang bergelar guru ini sudah tidak lagi tahan untuk teruskan.

So, saya nak kongsi antara kes kes cerai yang melibatkan Cikgu Wanita dianiaya suami.

Mungkin anda yang membaca ni seorang guru yang lalui isu yang sama :

Mangsa suami suruh buat Personal Loan

Jangan kata bank yang suka suruh orang government buat loan, suami pun suka isteri dia yang seorang cikgu kerajaan buat personal loan.

Sebab apa, sebab senang nak approve. Kenapa diminta untuk buat loan?

Yang ni macam macam. Ada suami suruh buat sebab nak buat bisnes. End up, bisnes kelaut, isteri yang tanggung sampai lepas cerai.

Tak bayar balik pulak. Bila diminta, melenting. Ada juga jenis tak mengaku suruh buat loan, katanya isteri ni yang nak buat.

Nafkah diri, tanggung sendiri

Mentang-mentanglah dari sebelum kahwin, isteri ni dah menjadi cikgu, ada income memang tanggung sendiri. Lepas kahwin, macam tu jugalah berlaku sampai kini

Ada yang isteri ni tanggung belanja rumah, bayar loan rumah, bil bil utiliti. Bahkan, anak anak pun isteri ni yang tanggung.

Suami dia tanggung kereta mewah dan motosikal besar sahaja. Bila mintak belanja nafkah sebab tak cukup, melenting tak tentu hala.

Kena pukul dan kerap bergaduh

Jangan kata cikgu tak pernah kena pukul, atau seorang ustaz sekolah tak akan pukul isterinya.

Tahap pendidikan tak cermin akhlak atau sabar seseorang. Ada yang malu nak pergi sekolah bila rakan rakan guru yang lain melihat kesan lebam dimata.

Malu kalau nak bersemuka dengan guru lain, apatah lagi anak anak murid. Tapi, ada yang boleh bertahan dan sabar walaupun dipukul berkali kali, sebab fikir soal anak anak banding diri sendiri.

PJJ

Perkahwinan jarak jauh, ini sangat familiar di kalangan suami isteri yang juga guru. Jarang sekali nak dengar suami isteri dalam satu sekolah. Biasanya, ada yang satu negeri, tapi lain daerah.

Ada juga yang isteri cikgu, tapi suami kerja lain yang ditugaskan di tempat lain. Sebulan sekali sahaja jumpa. Masalah PJJ adalah kurang komunikasi, kesetiaan dan kecuaian nafkah. Insya allah nanti saya kongsi kan lebih terperinci.

Curang

Cerita bab curang ni, bukan sahaja suami, isteri pun ada yang curang. Saya tak nafi. Cuma, sepanjang kendali kes, mesti ada juga isu curang berlaku kepada seorang isteri juga cikgu.

Tapi, ada satu kes, suami nya juga guru, tapi kantoi curang dan cinta dengan anak murid yang berumur 17 tahun. Bukan biasa biasa, sampai kan dah bawak murid tersebut sampai ke Genting Highland pun, sewaktu isteri yang juga guru balik berpantang di kampung.

Apa tindakan yang biasa cikgu cikgu wanita ini lakukan?

Ada yang dinasihati untuk kaunseling terlebih dahulu. Bahkan, ada yang menjadi mangsa dikalangan guru kaunseling juga. Maksudnya, kita ini sebagai manusia perlukan juga nasihat dari orang lain.

Ada yang mengadu hal rumahtangga ini kepada ahli famili dan kenalan rapat. Ini langkah yang betul banding anda pendam seorang diri. Sebabnya, mungkin mereka yang tahu ini akan bantu sebagai saksi atau mungkin dilantik sebagai Jawatankuasa Pendamai/Hakam kelak.

Ada yang terus failkan perceraian di mahkamah. Ini maksud nya dah habis tahap sabar. Dan perkara ini tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang isteri yang nak failkan cerai jika dia memang teraniaya.

Ada yang tak nak cerai, tapi dia failkan tuntutan Nafkah diri atau nafkah anak sebab suami cuai atau gagal nafkah kepada anak. Tak semua orang nak cerai, tapi dia mahukan suami bertanggungjawab terhadap dia dan anak anak sahaja.

Ada yang tak buat apa-apa. Hidup macam biasa dengan harap, one day suami akan berubah. Terpulang atas pilihan masing masing.

Dapatkan nasihat yang betul

Sebenarnya banyak lagi alasan, tapi setiap kes di kalangan cikgu yang berlaku, inilah top 5. Bezanya, watak berbeza dan senario juga sedikit berbeza.

Ada yang boleh sabar dan berbaik dengan suami setelah dinasihati untuk kaunseling. Tapi, kalau isteri dah buat keputusan untuk failkan kes di mahkamah, itu makna tahap sabar telah habis.

Cuma, jenis perceraian apa yang difailkan itu berbeza beza mengikut fakta kes masing masing. Pastinya, dapat kan nasihat yang betul sebelum buat tindakan selanjutnya.

Ada ke cikgu yang baca perkongsian ini? Betul ke tidak ini yang selalu berlaku?

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi artikel menarik di bawah

Doa pembuka rezeki dan kekayaan dari Ustazah Asma’

Bersara? kena ada RM1 juta..

>>> Mahu berdikari dengan bisnes eBay ? klik sini<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.