Tips simpan duit

Tips simpan duit ini untuk bersara dengan tenang ini diterjemahkan dan disesuaikan dari In Retirement Put Eggs in This 3 Baskets

KATAKAN hampir tiba masa anda untuk bersara, sudah pasti macam macam teori tentang perkara yang perlu kita buat

semasa bersara. Simpan duit sudah, dan kini tiba masanya untuk guna wang yang disimpan itu secara berhemah.

Dick Van Dyke berkata, “Saya dapati persaraan bermakna bermain golf, atau saya tidak tahu apa

maksudnya. Tetapi bagi saya, bersara bermakna laku kan apa yang seronok.”

Artikel ini mungkin bantu mereka yang tidak pasti tentang masa depan. Semasa anda fokus untuk

bersara, cuba fikir tentang bersara kepada sesuatu, bukan bersara dari sesuatu.

Ramai orang buat perkara yang betul dengan rancang persaraan mereka lebih awal daripada masa nya. Tetapi

apabila mereka fikir nak guna wang persaraan mereka, persoalan yang membingungkan berterusan kerana ada macam

macam ketidakpastian dalam persaraan, seperti inflasi, kadar cukai, turun naik pasaran dan isu kesihatan.

Adakah saya akan ada wang yang cukup untuk bersara? Adakah saya akan hidup lebih lama daripada aset saya?

Setiap kali anda mula fikir soalan soalan ini, masuk akal untuk mula membuat rancangan. Saya cadangkan

tips simpan duit dengan buat tiga tabung berbeza untuk wang persaraan anda.

Tips simpan duit dalam tabung wang tunai

Tabung ini adalah untuk keperluan jangka pendek — untuk belanja yang tidak dirancang dan pada masa yang tak sesuai pula.

Adalah bijak untuk sedia belanja hidup selama tiga hingga enam bulan sekiranya berlaku kecemasan, seperti baiki kereta atau perkakas yang rosak atau bumbung bocor, dsb.

Tabung gaji atau dana kecemasan yang besar sebelum bersara adalah satu yang wajib untuk bolehkan anda bersara

dengan tenang tanpa buat apa apa pinjaman atau sentuh duit bersara

Maintain dana kecemasan semasa bersara adalah penting dan ada boleh jadikan akaun simpanan bank sebagai tabung wang tunai.

Anda boleh semak wang anda bila bila masa dan boleh diguna bila bila masa, tetapi ingat ia hanya untuk waktu kecemasan sahaja. Isi semula akaun simpanan ini jika anda sudah guna duitnya.

Anda juga boleh menggunakan sijil deposit (CD). Anda akan dikenakan penalti kerana keluar kan wang sebelum CD

matang, tetapi penalti tidak akan ambil dari jumlah prinsipal yang didepositkan.

Anda akan terima kadar faedah yang jauh lebih baik dan biasanya dapat untung even anda perlu keluarkan dana lebih awal.

Tips simpan duit guna tabung gaji

Manusia umumnya hidup lebih lama, anda mungkin akan dari 15 hingga 20 tahun untuk bersara. Tabung gaji ialah tempat

yang tepat untuk dapat income yang terjamin dan stabil.

Apabila anda tidak lagi menerima gaji, adalah penting untuk ada goal yang jelas semasa sedia kan tabung gaji ini

Pelan anda akan kelihatan sangat berbeza jika anda ikut melancong atau terlibat dalam aktiviti lain yang banyak

dipengaruhi oleh inflasi.

Jika anda ingin ikut dalam aktiviti yang kosnya tidak menentu, anda perlu lihat pilihan income yang akan beri lebih fleksibiliti.

Sebagai contoh, anda mungkin ingin mempertimbangkan portfolio dana bersama bon, bon kerajaan jangka pendek dan

anuiti berubah-ubah.

Jika anda rancang untuk belanja wang bersara anda pada perkara yang lebih terkawal dengan kos yang lebih

rendah, anda boleh guna pilihan income dengan kurang fleksibiliti.

Sebagai contoh, anda mungkin boleh pilih bon kerajaan jangka panjang, bon gred tinggi dan anuiti tetap.

Adalah penting untuk ada income selama enam hingga 10 tahun, sekali gus beri masa untuk pasaran pulih sekiranya

berlaku apa apa.

Tabung growth

Sebaik sahaja anda tahu apa yang anda perlukan untuk bersara, anda boleh beri tumpuan untuk dapat kadar pulangan

yang lebih tinggi ke atas baki dana.

Apabila anda tahu pendapatan anda dijaga, anda mampu untuk ambil risiko dengan beberapa aset. Sebagai contoh, anda

mungkin ingin labur dalam saham individu, dana bersama ekuiti/saham dan pelaburan antarabangsa.

Kunci kejayaan dalam pasaran saham adalah tidak jual saham apabila harga nya mula jatuh.

Jika anda faham ilmu pelaburan ini lebih mudah untuk anda terus melabur dan dapat pasti kan tabung anda semakin pulih.

Bersara bermakna buat benda yang seronok. Itu sukar dilakukan jika anda sering bimbang jika wang tak mencukupi.

Ramai yang bimbang dengan perkara yang sama. Sebab itu ada pepatah ‘Jangan Letak Semua Telur dalam Satu Bakul”

Rancang pelan simpanan anda dengan buat 3 tabung ini akan bantu kurang kan kebimbangan anda itu.

Dan Dunkin menyumbang kepada artikel ini.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Nak Tahu Pasal eBay ? Tekan SINI

Lagi kisah menarik di bawah

Mokti’s Ice Cream Gula Apong bermula dari bonet kereta

>>> Cari duit lebih dengan bisnes eBay, klik sini<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.