Bisnes di ebay- Part 2

Assalamualaikum. kali ini saya nak berkongsi kepada anda potensi bisnes di ebay yg ramai orang pandang rendah dengan potensi perniagaan di ebay. Ada yg bertanya dengan saya..masih relevan lagikah bisnes di ebay ni? jawapannya YESSS. masih relevan selagi anda berniaga dengan cara yg betul.

Baru-baru ini saya telah membuka bisnes offline iaitu bisnes kedai makan. sebelum ini saya hanya mendengar dan dah sedia maklum, bisnes offline ni memakan modal yg besar. tapi lepas dah bukak bisnes offline dan dah merasainya sendiri modal yg keluar..barulah saya dapat menjiwai bahawa bisnes online ni sangat best dan lebih berpotensi untuk dapatkan pulangan yang lumayan dengan modal yang sangat-sangat rendah..

jika anda mempunyai modal sebanyak RM10K. anda laburkan untuk bisnes online anda..banyak tools dan perkara yang anda boleh lakukan. tetapi jika anda laburkan RM10k untuk bisnes offline, sangat sedikit peralatan yang anda boleh beli.

ok saya taknak bercakap lebih panjang perbezaan antara bisnes offline dan bisnes online ini. apa yg ingin saya sampaikan adalah bisnes online ini adalah lebih mudah untuk anda usahakan dan jika kena strateginya. Hasilnya lebih besar berbanding bisnes offline.

Cuba anda lihat seorang seller di bawah. Akaun masih sangat-sangat baru. baru daftar pada bulan May 2016. feedback pun baru ada 3 sahaja.

 

1

 

ini membuktikan bahawa bisnes ebay masih relevan untuk anda lakukan. produk apa yg dia jual tu? jom kita lihat. Produk yg dijual sangat tidak asing dari kita. apa yg dijual adalah alicafe tongkat ali instant coffee, maggi asam laksa, dan nona kaya jem. produk yg sangat simple

2

 

maggi yang anda boleh dapatkan di mana-mana sahaja di pasaraya dan kedai runcit. berapa harga dia jual tu? mari kita kira keuntungan dia sedikit.

USD 1 = RM4.11

USD 16.90 = RM 69.48

EBAY fees and paypal fees anggaran sebanyak RM10, Kos modal RM6, dan kos penghantaran anggaran RM20

KOS = Harga barang (RM6) + POS (RM20) + FEES ( RM10) = RM36

HARGA JUALAN = RM69.48

Untung bersih seunit = RM69.48 – RM36 = RM33.48

untung ke rugi? mamat ni cuma jual maggi jer..takyah fikir susah-susah nak jual apa..ketika anda berfikir nak jual apa, mamat ni dah berjaya jual benda yang anda mungkin tak jangka. itulah keunikan bisnes di ebay. ๐Ÿ™‚

 

3

 

apa yang bestnya kat ebay ni lagi adalah anda tak perlu nak pam facebook ads, bayar google adwords, buat marketing di instagram dan sebagainya. apa yang anda perlu lakukan hanyalah cari produk di sekeliling anda amek gambar listing di ebay dan tinggal… tunggu sahaja sampai la dapat sales.. sementara tunggu tu anda boleh tidur makan main game dan macam-macam lagi kerja lain yg anda nak buat. senang kan?

saya tak menjanjikan bulan dan bintang untuk anda cepat kaya. percayalah..real bisnes it takes time to growing up. let the business growing up consistently and steadily. as long as you are still making money. it’s better than don’t make anything.

orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit..apa yang penting akaun ebay anda dapat bertahan dan akan datang apabila akaun anda sudah mempunyai feedback yang banyak anda dah boleh generate income USD1K sebulan sehingga infiniti. only sky is the limit. ๐Ÿ™‚

seperti seller di atas. hasil jualannya sebulan padaย 21 ogos sehingga 19 sept 2016 yang lepas adalah hanya USD60.70 bersamaan dengan RM247 sahaja.

4

tak banyak. tapi apa yang saya nak sampaikan adalah perniagaan di ebay masih lagi realistik untuk anda usahakan. Akan datang saya akan share kepada anda bagaimana seorang student saya yg masih sangat-sangat baru lagi dalam bisnes di ebay, dia berjaya generate income bersih sebanyak USD300 ataupun RM1200 sebulan hanya menggunakan platform ebay sahaja. dan barangan yang dia jual adalah sepenuhnya secara dropship.

 

next post saya sharekan ye. stay tune. ๐Ÿ™‚

2 Comments

  • I’m so impressed with what you shared about eBay. Hope I can do so. Please show me the way. Tq

    • zulariffin

      Reply Reply 18/11/2016

      yes. you may follow this blog and read all the post. i will share more article in future ๐Ÿ™‚

Leave A Response

* Denotes Required Field