Hai! Dalam artikel sebelum ni, saya ada kongsikan langkah demi langkah teknik cari pesaing yang komfem dropship produk dari Aliexpress. Seperti yang saya terangkan, ada 4 cara buat kajian cari produk hot untuk bisnes eBay guna software Zik Analytic iaitu Category Research, Niche Research, Competitor Research dan Product Research. Mencari pesaing yang guna model bisnes dropship dari Aliexpress yang sama macam kita adalah kaedah Competitor Research.

.

.

Tujuan kita cari pesaing ialah untuk spy, follow & improve listing produk hot yang pesaing kita berjaya jual. Selain tu, kita jugak nak dapatkan lagi idea keyword dan niche dari pesaing kita. Melalui idea keyword dan niche lain tu jugak, kita boleh jumpa banyak lagi pesaing lain. Dengan cara ni, kita tak akan kering idea nak listing produk apa. Sebab tu lah, Competitor Research adalah cara terbaik dan efisien untuk buat kajian dan cari produk hot kat eBay.

Sangat mudah untuk jumpa pesaing seller ebay yang dropship produk dari Aliexpress. Tapi satu persoalan yang saya tinggalkan untuk anda dalam artikel sebelum ni ialah… apakah benchmark atau kriteria pesaing dropship ‘Aliexpress To eBay’ yang bagus untuk kita spy & follow?

Dalam artikel ni, saya akan jawab persoalan tu dan kongsikan lebih menyeluruh berkaitan Competitor Research seperti konsep Competitor Research, elemen-elemen penting dalam Competitor Research dan kriteria pesaing dropship Aliexpress To eBay yang bagus untuk kita spy, follow dan improve listing produk hot diorang.

.

Konsep Competitor Research

.

Senang jer nak faham konsep Competitor Research ni. Dalam bisnes, kita kena tahu siapa pesaing kita. Pesaing adalah satu bisnes lain yang lebih kurang sama macam bisnes kita. Pesaing jugak mestilah satu bisnes yang kita rasakan lebih bagus dari kita supaya kita sendiri boleh improve dan jadi bagus setaraf diorang. Sudah tentu setiap bisnes ada kelebihan dan kelemahan. Yang ‘kelebihan’ tu lah yang kita kena spy, follow dan improve buat lebih baik, bukan hanya tiru bulat-bulat.

Dalam konteks bisnes eBay dan kajian produk hot eBay, kita nak ada pesaing yang bagus dari segi jualan bulanan dan yang paling penting ada listing produk hot yang dah terbukti terjual paling kurang pun 10 unit sebulan. Pesaing yang boleh buat jualan kencang ribu riban setiap bulan, bukannya semua listing produk diorang tu hot pun. Mungkin ada beberapa jer. Jadi, kita hanya nak spy produk-produk yang hot tu jer, huhu. Dalam video panduan HDLR Method ada ditunjukkan tekniknya secara praktikal…

.

.

3 Elemen Penting Dalam Competitor Research

.

Sekarang saya akan terangkan 3 elemen penting dalam kaedah Competitor Research buat kajian produk hot kat eBay…

.

1. Mindset: Spy, Follow & Improve Produk Hot!

  • Kemungkinan mindset spy, follow & improve ni dah melekat dalam fikiran anda sekarang sebab saya dah ulang beberapa kali, huhu.
  • Kita nak spy listing produk hot pesaing yang dah terbukti terjual paling kurang pun 10 unit sebulan.
  • Improve listing produk hot pesaing. Apa yang perlu kita improve? Paling kurang pun cuba perbaiki title, gambar dan harga yang sepadan dengan value produk yang anda offer!

.

2. Dapatkan Idea Keyword Dan Niche Lain!

  • Selain spy produk hot pesaing, ada satu lagi peluang yang anda boleh spy pada setiap pesaing iaitu idea keyword dan niche.
  • Mungkin ada listing produk yang anda tengok ada sikit jualan dalam masa sebulan atau tak ada jualan langsung, tapi jangan cepat sangat abaikan!
  • Tengok pada keyword niche tertentu dan gunakan fungsi ‘Product Research’ dalam software Zik untuk scan keyword tu.

.

3. Senaraikan Pesaing Dan Spy Setiap Minggu!

  • Kalau anda jumpa mana-mana seller eBay yang bagus dan sesuai dijadikan pesaing, save nama ID seller tu kat dalam file Excel  supaya anda boleh spy seller tu setiap minggu.
  • Apa kriteria pesaing dropship Aliexpress To eBay yang bagus? Jom baca sub-topik seterusnya…

.

5 Kriteria Pesaing Dropship ‘Aliexpress To eBay’ Yang Bagus

.

1. Sumber Supplier Yang Sama!

  • Untuk jadikan mana-mana seller eBay tu sebagai pesaing, anda perlu pastikan seller tu guna sumber supplier yang sama macam anda guna. 
  • Macam mana cara nak tentukan? Tengok produk yang seller tu iklankan dan check ada tak produk yang sama dijual oleh supplier anda.
  • Tengok jugak pada ‘Item Location’. Kalau Item Location produk tu kat U.S, kemungkinan ada dijual kat Amazon, Wallmart, Sears dan sebagainya. Kalau Item Location tu kat China, kemungkinan produk tu ada dijual kat Aliexpress, Taobao, 1688 dan sebagainya. Kalau Item Location kat Malaysia? Ehem, anda mesti tahu nak cari kat mana, huhu.

.

2. Model Bisnes Yang Sama!

  • Secara umumnya, seller eBay baru macam kita ni guna 2 model bisnes jer. Samaada pre-order dari marketplace tempatan dan dropship produk dari negara luar.
  • Kalau pre-order dari marketplace tempatan tak ada masalah nak tentukan. Tapi macam mana nak tentukan seller eBay tu buat bisnes dropship dari negara luar?
  • Caranya, bandingkan ‘Seller Country’ dengan ‘Item Location’. Negara seller eBay yang buat dropship biasanya lain dari lokasi produk. Sebagai contoh, seller eBay dari Lithuania, Morocco, Myanmar, Malaysia tapi lisitng produk dari China atau US. Faham kan? Kalau anda dropship dari China, cari seller eBay yang dopship dari China jugak untuk dijadikan pesaing. >>>Saya ada tunjukkan teknik kajiannya dalam artikel yang lepas.<<<

.

3. Feedback Bawah 500

  • Kenapa kita kena spy seller yang ada feedback bawah 500? Bagi kami dalam komuniti eBay Intelligence, seller dengan feedback bawah 500 ialah seller baru. Jadi kita sebagai seller baru kenalah spy & follow seller baru jugak. Kalau anda sendiri dah ada feedback lebih dari 500, tu maknanya anda dah tak ada masalah nak cari dan jual produk kat eBay.
  • Kita nak cari seller baru tapi dah berjaya buat jualan sesuatu produk lebih dari 10 unit sebulan untuk dijadikan pesaing. Tu maksudnya, seller tu pandai buat kajian produk dan dah terbukti jual produk hot.

.

4. Jumlah Jualan 30 Hari Paling Kurang $1300 (Subjektif!)

  • Tujuan kita tengok Jumlah Jualan 30 hari mana-mana seller eBay adalah untuk dapatkan gambaran berapa keuntungan sebulan yang seller tu dah capai.
  • Secara umumnya, seller eBay yang buat pre-order produk tempatan atau dropship dari negara luarboleh buat keuntungan minimum 30% daripada jumlah jualan. Jadi kat sini, kita boleh kira dan dapatkan gambaran sahaja berapa keuntungan seller eBay tu untuk 30 hari yang lepas.
  • Kalau seller eBay tu buat jualan $1,300 (RM5,200) sebulan, keuntungan minimum yang dia dapat mungkin dah boleh capai RM1,500 sebulan.
  • Ini bergantung pada target peribadi jualan dan keuntungan anda buat bisnes eBay. Ia adalah kriteria subjektif. Anda yang tentukan berapa. Kalau anda rasa boleh buat untung bersih RM1,500 sebulan tu dah power, anda boleh jadikan seller tu sebagai pesaing dan spy & follow untuk minggu-minggu akan datang.
  • Konsepnya, kita spy & follow pesaing yang dah capai target kita. Target tu biarlah tinggi sikit tapi praktikal. Yang penting tahap ikhtiar tu kenalah tinggi setanding impian, hehe.

.

5. Keuntungan Bersih Setiap Produk Paling Kurang $5! (Subjektif!)

.

  • Ini jugak adalah kriteria subjektif, anda boleh tentukan sendiri berapa untung bersih setiap produk yang anda rasa puas hati buat bisnes eBay dropship.
  • Saya cadangkan, carilah produk yang boleh buat untung bersih paling minimum pun $5 (RM20). Ada tak seller yang ambil untung $1-$2 jer? Ada! Kalau kena produk yang betul-betul hot, diorang boleh menang volume jualan.

.

Kesimpulan Kriteria Pesaing Dropship ‘Aliexpress To Ebay’ Yang Bagus

.

Okay, itu saja perkongsian saya untuk artikel kali ni. Sekarang anda dah tahu secara menyeluruh berkaitan Competitor Research seperti konsep Competitor Research, elemen-elemen penting dalam Competitor Research dan kriteria pesaing dropship Aliexpress To eBay yang bagus untuk kita spy, follow dan improve listing produk hot diorang.

Saya doakan kita semua boleh konsisten buat listing paling kurang pun 1 produk hot setiap hari! Kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam dan lebih serius buat bisnes kat eBay bersama Dr. Zul, boleh lah datang ke Bengkel Ebay Intelligence yang beliau anjurkan setiap bulan melalui link kat bawah ni..

.

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<

.

Leave a Reply

Your email address will not be published.