settle hutang

DISCLAIMER. (SEMUA GAMBAR HIASAN SAHAJA) Tak boleh settle hutang dengan ah long pasangan kekasih ambil

keputusan tamat kan riwayat hidup mereka

Kisah ini adalah kejadian benar yang berlaku beberapa tahun lalu

Yang tak baik jadikan iktibar dan cara macam ini TIDAK wajar kita ikut okay.

Bagi menjaga air muka keluarga, tak perlu lah saya perinci kejadian nya

Menurut laporan pasangan ini dijumpai sudah reput dalam kediaman mereka di sebuah negeri

Polis terpaksa pecahkan pintu rumah pasangan itu kerana berkunci dari dalam.

Sebaik sahaja masuk ke kediaman itu, polis jumpa mayat pasangan itu di atas katil bilik utama.

dan bekas tempat arang yang dibakar dan dipercayai jadi punca kematian

Pasangan itu sempat tinggal kan nota bunuh diri dan list hutang dengan ah long

settle hutang

Settle hutang ada cara yang lebih baik

Hmm, bila sudah mati akal memang tak nampak jalan lain, tamat kan hidup kerana tak mahu beban kan lagi orang di sekeliling

semua orang tahu masalah ah long ini tak akan setel 

selagi ada yang offer pinjam duit dan orang ramai boleh pinjam duit

walau kita tahu interest loan ini memang tinggi dan boleh jadi banyak jika skip bayar

tetapi apa pilihan yang ada jika  orang susah dan terdesak kerana mahu pakai duit

kita tak berada di kasut mereka namun tak bermakna kita boleh setuju ikut buat benda yang sama

nauzubillahiminzalik, untuk orang Islam bunuh diri adalah dosa besar dan tak boleh ampun

Tolong lah cari jalan lain, sebab yang pasti ahlong ini hanya boleh ugut dan ugut sahaja

itu pun dah kira buat jenayah kalau mereka datang buat kacau boleh kena tangkap dan dakwa lagi

tengok macam kes ini masuk media bila 4 samseng yang ahlong upah kena tangkap dan kena dakwa sebab buat bising

kacau family si peminjam. Baca lanjut di sini

apa pun ingat negara kita masih

ada undang undang, so jangan anggap bila dah berhutang itu  memang tak ada cara lain nak

cari jalan keluar, ada, 

okay jika ada pembaca yang tengah kusut, tak tahu cara macam mana nak settle hutang

jom kita tengok cara nak settle hutang dengan slow dan steady

Insya allah dengan cara ini kita ada plan yang jelas 

untuk keluar dari masalah hutang

Keluar daripada hutang boleh menjadi proses yang susah tetapi manis akhirnya

Kena ada disiplin, komitmen, dan plan yang tersusun dengan baik.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh buat untuk settle hutang 

Settle hutang dengan rekod semua yang kita pinjam

settle hutang

Kira semua hutang yang ada seperti kad kredit, loan peribadi, kereta dan even hutang buku 555

Kira jumlah semua hutang itu, termasuk kadar faedah dan bayaran minimum.

Ini bantu bagi clear picture pasal kedudukan kewangan kita dan

bantu kita usaha bayar balik.

Buat kira kira ikut gaji dan belanja 

Cuba tengok apa belanja yang boleh kita kurang kan atau tepi kan benda yang tak perlu

macam makan di luar, karaoke, tengok wayang atau tiba tiba beli benda tak perlu

Macam sebelum tidur tengok je iklan tik tok pasal makanan, tahu tahu dah beli

JANGAN buat lagi ok (saya cakap kat diri sendiri sebenarnya)

Guna separuh dari gaji untuk settle hutang walau pun jumlah nya kecil

Pilih hutang dengan faedah paling tinggi dulu, dan settle kan hutang itu dahulu

Hutang macam ini kira hutang jahat 

sebab dia akan beranak bila kita miss payment, biasa nya kad kredit

Satukan semua hutang

Pernah tak dengar orang cakap buat loan baru tutup loan lama

Cara ini boleh bantu kita settle hutang kalau buat dengan betul

Tolong jumpa pegawai bank atau koperasi dan cakap saya nak buat cara macam ini

Tapi syarat nya nak interest loan tu yang paling rendah 

So kata lah dari ada 3 loan dari bank A, B & C.

Kita loan baru dengan bank D, dan settle semua hutang dengan bank A, B & C.

So bulan bulan contohnya dari kena settle hutang sampai RM3,000

Kita dapat kecilkan kepada hanya RM1,500 sebulan

Tapi AWAS, nasihat ini tak boleh buta buta ikut ya

Tolong jumpa pakar dalam bidang ini

dan fikir masak masak sebelum buat loan baru okay.

Cari side income

Untuk cepat settle hutang, memang tiada cara paling baik selain buat side income

Boleh try baca write up ini untuk cara cari duit online

Zaman ini dengan hanya hujung jari dan bekerja dari mana sahaja

Boleh dapat side income dengan mudah

Cuma yang susah bila ada banyak alasan, suka tangguh dan penyakit M 

Itu dah tak boleh buat apa

Pokoknya kata Azri Walter, kena henyak sampai lunyai untuk berjaya

Nasihat pakar

Saya ini penulis dan tulis artikel mengikut carian maklumat yang ada

tetap tak sama dengan nasihat yang anda dapat dari orang yang pakar 

dalam bab nak settle hutang ini

di Malaysia kalau dah terbeban dengan hutang kita ada agensi seperti

AKPK yang boleh bagi nasihat pakar supaya hidup kita tak seksa dengan cara nak settle hutang

Mereka akan guide dan bantu kita susun cara nak settle hutang ikut keadaan kewangan kita

Ingat, untuk keluar dari hutang perlukan masa dan usaha.

Memang tiada kata lain yang tepat selain SABAR , USAHA dan DOA lah minta tolong yang ESA

Supaya kita terus komited ikut plan nak settle hutang, bayar hutang ikut masa

Semoga berjaya okay

Download e-book eBay PERCUMA di sini

Lagi artikel bagi pedoman di bawah

>>> Klik sini cara cari side income guna modal kecil, UNTUNG dalam USD <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.