tabiat buruk

Buruk punya perangai. Hah ini kerap kita dengar bila ada buat tabiat buruk kan

Tabiat buruk ini macam macam jenis dan yang pasti ia akan buat kita jadi rendah diri

berpenyakit, kurang produktiviti dan dilihat sebagai negatif oleh orang lain

Sebelum kita story solution untuk atasi tabiat buruk ini, 

Jom kita lihat apa problem yang selalu dihadapi oleh orang kita hari ini

Tabiat ketagih media sosial

Ketagihan media sosial adalah masalah yang semakin meningkat, 

terutama dalam kalangan golongan muda.

Habis kan terlalu banyak masa di media sosial boleh bawa kesan negatif

seperti bimbang, murung dan masalah tidur.

Buang masa tabiat buruk

Habis kan masa berjam jam tonton rancangan TV atau filem boleh sebab kan seseorang tidak aktif

Menyumbang kepada masalah gaya hidup, tabiat makan yang tidak sihat dan masalah tidur.

Suka bertangguh

Suka bertangguh tugas hingga saat akhir.

Ini boleh jadi punca tekanan, bimbang dan prestasi yang lemah.

Cakap diri negatif

Kritik diri dengan benda negatif boleh bawa jadi punca harga diri jadi rendah, murung, dan bimbang.

Kurang atau lebih tidur

tabiat buruk

Tidak cukup atau lebih tidur boleh bawa jadi punca penyakit seperti obesiti, diabetes, dan jantung.

Semua benda nak buat

Multitasking cuba melakukan dua atau lebih perkara sekaligus.

Ini boleh jadi punca produktiviti turun, banyak buat kesilapan dan tekanan bertambah.

Telan emosi

Orang kata negatif pasal kita, kita terima bulat bulat jadi punca emosi jadi negatif, seperti stress, sedih atau bosan.

Ini boleh bawa kepada tabiat makan yang tidak sihat dan tambah berat badan.

Masa skrin yang berlebihan

Masa skrin yang berlebihan adalah habis kan terlalu banyak masa lihat skrin, seperti telefon pintar, komputer dan televisyen.

Ini boleh jadi punca mata jadi tegang, sakit leher, dan masalah tidur.

Not to say NO

Asyik menurut segala permintaan tanpa pandai bantah boleh jadi punca tekanan, keletihan dan kebencian.

Kurang senam

Kurang senam tidak atau tidak buat aktiviti fizikal yang mencukupi.

Ini boleh bawa jadi punca masalah kesihatan, termasuk obesiti, penyakit jantung, dan diabetes.

Postur badan yang tak betul

Postur badan yang tak betul ketika buat kerja seperti di depan komputer boleh jadi punca sakit pinggang dan keletihan.

Ambil alkohol 

Ambil alkohol boleh jadi punca masalah kesihatan,

termasuk kerosakan hati, penyakit jantung, dan kanser.

Merokok

tabiat buruk

Merokok adalah punca utama kematian yang boleh dicegah.

Penyalahgunaan dadah

Penyalahgunaan dadah boleh jadi punca ketagihan, dos berlebihan, dan kematian.

Dengkur 

Dengkur adalah gangguan tidur yang jadi punca nafas berhenti berulang kali semasa tidur.

Ini jadi punca masalah kesihatan seperti penyakit jantung, strok, dan diabetes.

Adalah penting untuk ambil berat mengenai kesan tabiat ini dan 

ambil langkah langkah untuk elak kannya.

Jika anda bergelut dengan tabiat buruk, banyak  cara boleh bantu anda.

5 langkah atasi tabiat buruk

Kenal pasti punca tabiat buruk

Langkah pertama untuk ubah apa sahaja tabiat buruk adalah kenal 

pasti kenapa anda lakukan tabiat buruk itu

Sebagai contoh, anda merokok mungkin kerana untuk berehat atau atasi stress.

Anda pasti boleh mula cari cara yang lebih sihat untuk atasi alasan itu, seperti senam atau meditasi.

Cari tabiat gantian

Jika anda lebih suka untuk merokok apabila tertekan

Anda boleh ganti kan tabiat merokok itu dengan kunyah gula getah

Jalan mundar mandi, lihat langit, dengar muzik dan bunyi air

atau buat aktiviti dengan orang tersayang.

Tabiat gantian perlu mudah

Sebaik sahaja anda telah pilih untuk ganti tabiat lama dengan tabiat baru

Anda perlu tabiat yang paling mudah dibuat

Apa sahaja halangan yang buat tabiat baru sukar dibuat

Itu yang anda kena kenal pasti dan atasi

Contoh anda nak kurus tetapi bila stress anda suka makan

Sebelum anda stress cepat cepat kosong kan rak snek ringan 

dan isi peti ais dengan buah buahan

Pastikan dalam peti ais atau kabinet anda tiada makanan yang

tak sihat dan mengemukkan 

Sokongan dari orang lain

Adalah penting untuk dapat kan sokongan orang lain.

Ini boleh bantu anda untuk kekal bermotivasi dan berada di landasan

yang betul selari dengan matlamat anda.

Terdapat beberapa cara iaitu

Anda boleh menyertai kumpulan sokongan, cari mentor, atau bercakap 

dengan rakan dan keluarga anda tentang matlamat anda.

Ubat tabiat buruk dengan ilmu agama

Bagi orang Islam, tabiat buruk ini akan beri kesan besar kepada iman dan amal seseorang

Malah kesannya juga bukan setakat kepada diri sendiri malah kepada orang lain

Namun Islam mengajar umat nya dengan amalan amalan yang boleh ubat diri dari buat perkara yang mungkar

Banyak amalan yang boleh dibuat supaya umat Islam tidak buat tabiat yang buruk

seperti solat, baca al Quran, zikir, doa, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

dan banyak lagi, namun ada doa yang boleh kita amal kan seperti 

“Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang”

(Sahih Bukhari)

Ubah tabiat buruk perlu masa dan usaha, tetapi ia boleh dilakukan

dengan pendekatan yang betul.

Dengan mengikuti lima tips ini, anda boleh tingkat kan peluang anda untuk berjaya.

habis//

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi kisah positif untuk dibaca

5 tabiat orang berjaya

Stress ? Ini jalan keluarnya..

>>> Klik di sini untuk TIPS capai KEJAYAAN <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.