Bersara

Bersara. Anda sudah ready ke, simpan duit apa yang patut.

Ikut kajian rakyat negara ini kena ada RM1 juta simpanan jika mahu bersara dengan selesa dan tenang. 

Itu adalah hasil dapatan kajian Syarikat pengurusan insuran, pencen dan aset, Aegon yang berpusat di The Hague, Belanda.

Menurut laporan MailOnline yang dipetik KOSMO!, firma itu buat kajian mengenai kos hidup untuk bersara di Malaysia.

Firma itu analisis data kos sara hidup dari laman Numbeo untuk kira kos persaraan di negara berbeza.

Dalam kajian itu, Pakistan adalah negara paling murah di dunia untuk bersara iaitu sekitar AS$118,953 (RM553,000)

Manakala India dan Colombia pula masing masing kurang AS$150,183 (RM699,000).

Firma itu berkata, negara paling mahal untuk bersara adalah Singapura

Rakyat negara jiran itu kena ada AS$0.9 juta (RM4.19 juta) jika mahu hidup dengan selesa selepas bersara

Negara lain ikut jejak langkah Singapura adalah Switzerland, Amerika Syarikat, Luxembourg, Denmark, Emiriyah Arab Bersatu dan Kanada.

(Foto KWSP kredit kepada NSTP)

Hanya 4 peratus rakyat Malaysia mampu 

Dalam pada itu, menurut laporan The Star pada 23 September 2022, dalam satu laporan berkata

Mereka yang bersara dalam tempoh 20 hingga 30 tahun lagi perlu ada simpanan dari RM900,000 hingga RM1 juta

kata ketua pegawai strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisham Hussein.

“Apabila anda lihat ambang simpanan RM600,000, hanya kira kira 4 peratus rakyat Malaysia yang mampu bersara,” katanya.

Nurhisham berkata RM600,000 itu hanya boleh tampung keperluan perubatan pesakit luar atau lawatan ke klinik biasa.

“Jumlah itu tak termasuk kos keperluan perubatan utama,” katanya.

Katanya, Alor Setar adalah tempat paling murah untuk bersara yang selesa di negara ini.

Namun di Alor Setar, seseorang itu perlu RM480,000 untuk bersara di sana.

Dalam pada itu, Menurut laporan Berita Harian, setiap orang perlu rancang ‘bekalan’ persaraan mereka dan ia tidak salah jika bermula dari awal.

Perancangan kewangan bijak bagi kehidupan selepas bersara amat penting supaya 

kehidupan hari tua lebih terjamin dan paling penting bebas dari segala hutang.

5 tips untuk bersara dengan tenang dan selesa

Berikut adalah langkah yang penting untuk susun pelan bersara 

Cari penasihat atau perunding kewangan

Penting supaya dapat rancang strategi sesuai dengan situasi dan tujuan

Simpan secara konsisten

Asingan 10 peratus dari gaji bulanan kerana ia satu strategi paling mudah, tetapi 

perlu disiplin kuat dan kaedah ini perlu dilentur dari usia muda 

Buat pelaburan

Ada banyak jenis antara nya Amanah Saham Berhad (ASB), saham 

dan mata wang, emas serta hartanah serta lain lain. 

Ambil skim persaraan swasta

Skim persaraan swasta ini mula sejak 2012 

Pelan ini boleh kan kita simpan amaun dari gaji secara konsisten

Skim Persaraan Swasta ini di urus oleh Private Pension Administration Malaysia (PPA). 

PPA tawar pelan serendah RM100 sahaja dengan 57 dana skim persaraan swasta 

dan 26 dari nya adalah patuh syariah.

Insentif cukai juga ada maksimum hingga RM3,000 setahun bergantung kepada kadar 

cukai ditetapkan.

Ambil pelan takaful yang ada simpanan dan pelan bersara

Simpan secara sukarela untuk bersara

Simpanan dengan syarikat takaful ini ada boleh pilih dan ubah dana untuk melabur 

Ikut selera risiko dan profil investment yang kita mahu

Pelan ini ada pelepasan cukai maksimum RM3,000 setahun. 

Skim syarikat insurans atau takaful mampu beri pulangan baik dan perlindungan 

menyeluruh termasuk simpanan hari tua, pampasan terhadap kehilangan 

upaya kekal dan kemalangan serta kematian. 

habis//

Foto utama kredit kepada FB Hariz Mansor

Mahu belajar cari duit simpanan bersara melalui bisnes eBay, tekan SINI

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi kisah menarik di bawah

Cara MUDAH belajar eBay 2024

Peguam Syarie geram, saksi kes isteri pertama ‘blur’ depan hakim

Cara cari duit online 2024

>>> Belajar cari duit simpanan untuk bersara, tekan SINI<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.