Penyakit paling bahaya adalah sakit jantung. Menurut laporan Harian Metro baru baru ini, golongan berusia 40
tahun dan ke bawah di negara ini yang alami Sindrom Kematian Mengejut Golongan Dewasa (SADS), akibat
serangan jantung dan strok, semakin naik. Pengasas Pusat Kesejahteraan Heart Bit E-ECP Dr S. Denesh berkata ini
mungkin kerana kejutan kepada sistem kardiovaskular iaitu buat aktiviti fizikal dengan banyak selepas tidak buat dalam
tempoh yang panjang semasa perintah kawalan pergerakan apabila negara dilanda pandemik Covid-19.
Namun tahukah anda, ada 9 lagi jenis jenis penyakit paling bahaya yang dikenal pasti dan boleh ancam nyawa.
Artikel ini ingin beri kesedaran ancaman kesihatan yang paling serius. Jom kita baca dan ambil langkah perlu okay.
Bismillah
Penyakit Paling Bahaya : Kanser
Kanser salah satu penyakit paling bahaya kerana boleh merebak dengan cepat dan beri kesan yang teruk. Contohnya,
kanser payudara atau kanser paru paru. Apa itu kanser? Kanser atau barah adalah sejenis penyakit
yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah
(replikasi) ikut aturan nya bagi boleh kan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlaku kecederaan. Namun ada
kala nya sel ini tambah secara tidak normal dan jadi punca berlaku ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Kencing manis salah satu penyakit paling bahaya
Diabetes atau kecing manis adalah salah satu jenis jenis penyakit kronik di mana ianya masalah yang besar di mana mana
negara di dunia. Di Malaysia satu kajian pada tahun 2011 di mana lebih dari 3 juta rakyat Malaysia hidapi diabetes.
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu dari faktor
utama untuk dapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi hasil kan
insulin atau badan tidak boleh guna insulin sendiri dengan efektif. Makanan akan tukar kepada gula dalam badan kita.
Insulin akan bawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan diguna untuk bekal kan tenaga.
Penyakit Autoimun
Penyakit autoimun seperti lupus atau rheumatoid arthritis berlaku apabila sistem imun serang tisu tisu badan sendiri. Ini
jadi punca organ organ dalaman rosak serius. Tanda tanda anda mungkin hidap penyakit autoimun adalah :
- Sakit sendi, sakit otot atau lemah otot
- Susut berat badan
- Ruam yang berulang, amat sensitif pada cahaya matahari, ruam bentuk rama rama pada hidung dan pipi.
- Sukar untuk beri tumpuan.
- Rasa letih, berat badan naik atau tidak tahan sejuk.
- Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit.
- Kekeringna pada mata, mulut dan kulit.
- Kebas pada bahaian tangan dan kaki.
- Kerap alami keguguran
Penyakit Mental – Cemas dan Depresi
Penyakit mental seperti cemas dan depresi semakin diberi tumpuan. Apa punca penyakit mental? Penyebabnya tidak tahu
dengan tepat. Kajian masih dibuat untuk tahu punca sebenar penyakit ini. Namun ada macam macam faktor yang
jadi punca penyakit mental.
Faktor genetik/ keturunan:
Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi dari populasi yang tiada sejarah
penyakit berkenaan.
Gangguan bahan kimia dalam otak:
Bila bahan kimia dalam otak atau neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul.
Sebagai contohnya:
Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah
Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau
Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin
Jangkitan virus:
Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah ada kaitan dengan penyakit mental.
Sejarah hidup yang getir:
Sebagai contoh: proses lahir yang sukar, ibu bapa mati semasa kecil, terlalu banyak cabaran hidup yang sukar
Keadaan sosio ekonomi yang rendah:
Faktor miskin, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam komuniti boleh buat masalah penyakit mental menjadi lebih
banyak
Penyakit Paling Bahaya : HIV/AIDS
HIV/AIDS tetap menjadi ancaman kesihatan yang serius global. Pencegahan dan kesedaran adalah penting
untuk atasi jangkitan penyakit ini. Kebanyakan pesakit yang kena HIV tidak sedar bahawa mereka telah dijangkiti.
Sebilangan pesakit alami gejala gejala berikut dalam masa 1-6 minggu selepas kena kuman HIV:
- demam
- sakit tekak dan batuk
- sakit otot
- sakit kepala
- cirit-birit
- bengkak kelenjar limfa
- letih
- ruam
- sakit sendi
- turun berat badan
Pada stage awal, pesakit nampak sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak ada tanda tanda HIV/AIDS, tetapi ia
boleh merebak dan jangkiti orang lain.
Jenis jenis Penyakit : Penyakit Pernafasan – Asma
Asma adalah penyakit paru paru kronik yang menjadi bengkak dan sempit kan saluran nafas. Semasa serangan
asma, pesakit mungkin alami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), sesak dada, sesak nafas dan batuk.
Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh jadi penyakit yang boleh ancam nyawa
jika tidak dirawat.
Darah Tinggi
Hipertensi atau tekanan darah tinggi sering kali tidak tunjuk gejala yang jelas. Darah tinggi adalah satu keadaan apabila
tekanan darah anda selalu tinggi dari biasa. Darah tinggi boleh jadi punca masalah kesihatan serius seperti serangan
jantung atau strok.
Penyakit Paling Bahaya : Tuberkulosis (TB)
Walaupun TB kurang dapat tumpuan, ia tetap jadi penyakit paling bahaya yang boleh bawa mati jika tidak dirawat
dengan wajar.
Apakah gejala TB?
- Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
- Batuk berdarah
- Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
- Hilang selera makan atau turun berat badan
- Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
- Mudah letih dan lemah
- Serak suara
Jenis-jenis Penyakit : Penyakit Kulit – Eczema
Eczema adalah contoh penyakit kulit yang boleh jejas kualiti hidup seseorang. Pengurusan yang betul dan
penjagaan kulit yang baik perlu. Apa punca ekzema?
- Keturunan.
- Buka alahan tetapi ada macam macam pencetus.
- Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada panas, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
- Ia juga boleh terjadi akibat perkara perkara seperti berikut:-
- Infeksi virus.
- Bahan kimia / perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
- Lain lain jangkitan.
- Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain lain bahan yang boleh jadi punca alahan.
habis/
Nak belajar cari wang untuk get ready jika kena sakit apa apa ? Tekan Link ini jika Nak Tanya Pasal eBay
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah