Seller Malaysia ini berjaya buat jualan $6411.89 usd hanya dropship dari shopee untuk jual di ebay USA!

Artikel kali ini saya nak kongsikan strategi bagaimana nak buat dropship dari shopee untuk jual di pasaran ebay dan menjana keuntungan yang berlipat kali ganda!

mari kita lihat sedikit statistik jualan barang ni oleh seller malaysia dari bulan April 2019 sehingga Julai 2019

dropship shopee

Seller ini kebanyakannya dropship dari shopee untuk jual ke ebay sahaja!

dropship shopee
Ghost Pepper Noodles

Apa barangnya? ya ghost paper mamee daebak..

Adakah kita pernah nampak mee segera berperisa korea ini? Adakah sahabat-sahabat yang pernah rasa kepedasan mee segera ini?

Baiklah dikesempatan ini saya ingin kongsikan perbezaan seller menjual produk ini di 3 platform perniagaan online yang berbeza.

Tujuan perbandingan ini dibuat adalah untuk membuka minda sahabat-sahabat sekalian bahawa terdapat medium lain untuk kita berniaga selain daripada kedai fizikal.

PLATFORM 1: LAZADA

dropship shopee
LAZADA

Platform pertama ialah LAZADA.

Seperti yang sahabat-sahabat dapat lihat, seller ini telah menjual Ghost Pepper Noodles ini dengan harga RM9.00 sebungkus,

PLATFORM 2: SHOPEE

dropship shopee
SHOPEE

Seterusnya di platform Shopee. part ni paling best. sebab seller di shopee ramai suka buang harga. so anda boleh ambil kesempatan untuk dropship shopee dan jual ke platform lain yg lebih menguntungkan.

Seller ini telah menjual Ghost Pepper Noodles ini dengan harga RM6.00 sebungkus.

Malah bukan itu sahaja, seller ini telah membuat promosi sekiranya pembeli ingin membeli 2 bungkus, harga akan turun kepada RM5.00.

PLATFORM 3: EBAY

dropship shopee
EBAY

Akhir sekali mari kita tengok seller ini. Beliau telah menjual produk Ghost Pepper Noodles ini di ebay pada harga USD 25.99 @ RM106.91 untuk 2 bungkus.

PERBANDINGAN ANTARA PLATFORM

Baiklah seterusnya saya ingin kongsikan perbandingan antara seller-seller ini.

dropship shopee
Pembeli

Baiklah,

Berdasarkan jadual diatas, sahabat-sahabat dapat melihat 2 bahagian iaitu dari pihak pembeli dan penjual. Case study di ambil dari 3 contoh seller yang saya tunjukkan sebelum ini.

Jika diperhatikan dari pihak pembeli, Sekiranya seseorang ingin membeli 2 unit Ghost Pepper Noodle, beliau perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM10.00 di SHOPEE, RM18.00 di LAZADA dan RM106.91 di Ebay.

Kos yang dinyatakan belum termasuk untuk kos penghantaran. Untuk shopee, pembeli dikenakan cas penghantaran sebanyak RM12.00 manakala di LAZADA adalah sebanyak RM4.80. Manakala di ebay pula, pembeli tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk penghantaran kerana harga produk sudah termasuk dengan harga penghantaran.

Penjual

Jika diperhatikan bagi pihak penjual pula, kita lihat bahawa jumlah keuntungan bagi setiap seller adalah berbeza. Kos penghantaran yang perlu dikeluarkan oleh seller di LAZADA dan SHOPEE ialah RM7.46 manakala seller di Ebay perlu mengeluarkan RM25.00.

Ebay & Paypal Fee

Bukan itu sahaja, seller di Ebay juga perlu untuk membayar kos tambahan iaitu kos ebay dan kos paypal sebanyak USD3.65 @ RM14.60.

Keuntungan Penjual

Jika dilihat kepada jadual diatas, kita dapat lihat keuntungan kasar bagi ketiga-tiga seller ini. Keuntungan untuk seller ebay ialah RM67.31, Seller Shopee ialah RM14.54 dan seller Lazada ialah RM15.34.

Sekiranya mengambil kira harga kos bagi barang tersebut bersamaan dengan harga seller Shopee, maka seller di Lazada berjaya mengaut keuntungan sebanyak 5.5% melebihi daripada seller di Lazada.

Manakala jika melihat kepada keuntungan seller di Ebay, seller ini telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak 360%++ daripada seller di Shopee.

Wahhhhhh… 360% ++…!!!

Disini sahabat-sahabat dapat tengok berbandingan seller antara platform yang berbeza walaupun dengan produk yang sama. Walaupun dengan produk yang sama, keuntungan bersih berbeza walaupun sama-sama di perniagaan online.

Persoalan disini, adakah orang beli Ghost Pepper Noodle dengan harga USD25.99 @ RM106.91???

Seller di Ebay

Jika sahabat-sahabat sekalian dapat lihat, produk ini telah berjaya terjual sebanyak 7 unit oleh individual seller ini.

Pendapatan kasar seller ebay ini untuk produk ini sahaja adalah sebanyak USD181.93 @ RM727.72 hanya untuk produk Ghost Pepper Noodles ini,

Cukup ke tu? cukuplaa kan alhamdulillah…

So, Apa strategi nak dropship dari shopee untuk jual di ebay?

simple je. caranya macam ni:

Langkah 1 : Daftar akaun ebay, paypal dan shopee dahulu. untuk daftar akaun ebay boleh rujuk di sini : >>>Perkara Asas belajar bisnes ebay<<<

Langkah 2 : Pilih supplier di shopee yang mempunyai simpanan stok. bukan dropship

kenapa perlu cari seller shopee yang ada stok?

tujuannya adalah anda nak dropship dari shopee untuk jual di ebay. tapi kalau seller tu pun dropship jugak, alamatnya bila la buyer anda nak dapat barang kan? sebab tu kena contact buyer tu confirmkan dia ada stok tak dan boleh sampai barang ke alamat anda berapa lama

deal dengan seller tu siap-siap kalau beli harini bila akan sampai ke alamat anda.

dah deal, proceed ke step seterusnya

Langkah 3 : Beli tracking number dan sampul /parcel flexipax siap siap untuk pos barang bila dapat buyer. Boleh rujuk di sini kalau nak beli parcel ni. >>>Flexipax online<<<

parcel ni anda boleh beli dulu dalam kuantiti 1-5 unit. simpan kat rumah untuk mempercepatkan proses packing. pastikan anda dah tanya seller di shopee tu berapa anggaran berat dan dimension size barang nak beli tu. so tak lah tersalah beli parcel flexipax.

cek dulu betul betul yer. study sikit buat research.

Langkah 4 : Buat iklan/ listing di ebay barang yang anda nampak ada potensi untuk jual di ebay yang anda boleh dapat di shopee

So, bila barang dah terjual je di akaun ebay anda, boleh terus beli di shopee dengan seller yang anda dah deal di step 2 tadi.

ini cara paling mudah, kurang kos, dan kurang risiko tanpa simpan stok untuk dropship shopee jual ke ebay USA.

buyer tak bising ke barang lambat sampai?

tak.. buyer usa perangainya tak macam buyer malaysia.

buyer sana diorang cool je. barang sampai 2-3 minggu masih steady lagi.kalau buyer malaysia beli harini memang diorang akan expect kalau boleh barang tu sampai semalam kan? hehehe

so relax.. yang penting handling time anda letak la 2-3 hari. pastikan dalam masa 2-3 hari tu mesti barang dah pos dan update tracking number ke paypal anda.

Langkah 5 : ulang langkah 2 sampai 4 untuk barang- barang yang lain pulak…

jom tengok best seller performance ni

dropship shopee

seller ni berjaya jual 83 unit. banyak kan? anda boleh kira sendiri berapa profit dia..

saya kongsikan sikit data jualan ebay seller malaysia untuk barang ni dari 1 april 2019 sehingga 2 ogos 2019

sales masih ada lagi, tapi demand dah slow sikit..

artikel ni sy kongsikan kepada anda dengan tujuan untuk memberi pendedahan bahawa tak mustahil untuk anda boleh jual di ebay

dah terbukti ramai new seller dan newbie yang baru lagi dalam dunia perniagaan tapi telah berjaya menjual di ebay..

antara skill yang paling penting untuk buat bisnes ebay adalah anda mesti kena pandai buat research.

mesti kena pandai baca ebay data untuk kenal pasti barang apa yang high demand, low risk dan low competitor..

dalam bengkel ebay intelligence saya ada kongsikan cara macam mana nak buat research dan baca ebay data.

nak tau bila tarikh bengkel terkini? rujuk di sini

>>>Bengkel Ebay Intelligence<<<

Anda jauh tapi masih nak tau cara buat research yang betul?

kalau anda dah kuasai teknik ni, dalam masa 2 jam je barang dah boleh terjual macam student ni

dropship shopee

Dapatkan Panduan eBay Intelligence di bawah

>>Dapatkan disini<<<

    10 replies to "Strategi Dropship shopee menghasilkan jualan $6411.89 di ebay dalam masa 4 bulan"

    • MOHAMAD SHAFIZAL BIN NAIN @ ABDUL SALAM

      tuan,

      saya ade beli pakej B bulan 6 haritu…mcm mane nak masuk group ye..

      • Zul Ariffin

        salam tuan, click join request group di emel link download ye tuan.. or search zac_uei tuan request join group ye nnti sy approvekan

        • Aimi

          tuan,

          saya punya belum approve lagi fb untuk masuk group support.

    • Nida

      Slm..blh sy join class tuan

      • Zul Ariffin

        wslm ya boleh puan, daftar di sini ye mamabaryani.com/ebay pakej C or D untuk kelas ebay

    • Asyraf

      Salam tuan..utk shipping produk. Contoh kalau berat item melebihi kota flexipax, ada cara lain x tuan utk ship produk ke usa dngn kadar yg murah. mohon bntn tuan. tq

      • Zul Ariffin

        wslm tuan cara lain tuan boleh juga gunakan service dari web2ship.com..

Leave a Reply

Your email address will not be published.