Rahsia sebenar cara buat bisnes online dengan cara berniaga di ebay!


Kali ini saya nak kongsikan kepada sahabat semua cara buat bisnes online jual di ebay dengan kaedah sebenar yang simple, mudah dan praktikal untuk terus dipraktiskan!

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Saya harap anda semua diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah serta diberkati.

Kata-kata motivasi untuk hari ini ialah:

“Your FUTURE is created by what you do TODAY not tomorrow”

Wahai sahabat-sahabat semua, sentiasalah mengingatkan diri kita bahawa masa depan kita adalah apa yang kita usahakan pada hari ini dan bukan semalam.

Baiklah pada artikel kali ini, saya ingin kongsikan satu produk yang mana ia mampu memberikan keuntungan kepada kita sehingga 5 angka hanya dengan sedikit semangat dan usaha untuk belajar cara buat bisnes online dengan menggunakan platform ebay!

Produk yang saya ingin tunjukan pada sahabat-sahabat semua adalah TEH… Percaya atau tidak, dengan hanya minuman yang selalu kita “mengeteh” ini, boleh memberikan kita keuntungan sehingga RM10,000++???

Mari saya tunjukkan buktinya.

Berikut merupakan beberapa bukti dari seorang seller dari Malaysia yang membuat listing produk Teh Boh di ebay. 100% dengan hanya buat bisnes online sepenuhnya!

BUKTI 1

cara buat bisnes online jual barang di ebay
BOH Plantation Cameron Highlands Tea 100 Bags

Haaa… itu sahabat-sahabat. Agak-agak pernah minum tak? Mestilah pernah. Itu minuman seharian kita. Petang-petang minum teh “O” panas-panas dengan goreng pisang. auuwwww terangkat…!

Jom kita lihat apa seller ini buat dengan teh ini.

Kalau sahabat-sahabat teliti gambar diatas, cuba lihat pada harga yang diletakan. Harganya adalah US $8.00 @ RM 33.00 ..!!! Mahalnyaaa…

Dah tu cuba tengok berapa kuantiti telah terjual…. 211 SOLD…!!! Dengan harga yang mahal tu pun, sudah banyak sangat terjual…!

Mari kita bandingkan dengan seorang seller ini. Produk sama tetapi beliau berniaga dia shopee.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Boh Cameron Highlands Tea Bags 100 pcs

Tengok sahabat-sahabat, dengan produk yang sama seller ini hanya menjual dengan harga RM13.99.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Perbandingan antara Platform

Berdasarkan jadual diatas, saya bandingkan 2 platform berniaga online dengan produk yang sama dan saya anggarkan kuantiti terjual juga sama. Jadi sahabat-sahabat boleh lihat bagaimana Ebay boleh mencapai hasil jualan sebanyak 136 % LEBIH daripada platform shopee. Dengan hanya teh uncang boh ini sahaja, seller ebay ini telah mendapat hasil jualan RM6000++. wahhh macam 2 kali gaji engineer tu… T_T

Sebenarnya tak susah pun cara buat bisnes online ni! yang penting mesti kena ada ilmu dan strategi yang betul untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Jom kita kira berapa jumlah keuntungan bagi satu unit jika diambil kira kos yang terlibat iaitu ebay fee, paypal fee dan postage.

Mari kita lihat berapa keuntungan seunit pula. Anda boleh gunakan final fee calculator di sini

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Keuntungan seunit (USD)

Selepas dikira, keuntungan bersih 1 unit terjual adalah sebanyak USD2.54.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Jumlah Keuntungan Keseluruhan

Jadi apabila menggunakan rate 1USD = RM4.10, maka jumlah keseluruhan keuntungan selepas menjual 211 items adalah sebanyak RM2000++. banyakkk tu… cukuplah bayar duit kereta dan rumah kan… hihi

Jadi mengapa tunggu lagi untuk mula berniaga ebay? ini bukti yang memang 100% hasil berniaga dengan cara buat bisnes online sepenuhnya!

BUKTI 2

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Boh Plantation Gold Blend Tea 60 Teabags

Okay sekarang kita ke bukti ke-2. Teh boh Gold Blend. fuhh sedap betul teh ni. Ada sahabat-sahabat yang pernah cuba?

Mari kita bongkarkan produk ini. Apa yang berlaku di ebay dengan produk ini.

Dengan harga dijual US $8.00 @ RM33.00, sebanyak 158 TELAH TERJUAL..!!! banyakkk tu…

Jom kita bandingkan dengan shopee pulak

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Boh Cameronian Gold Blend

Di shopee, produk yang sama hanya dijual dengan harga RM12.20 sahaja…! Jom kita bandingkan kedua-dua seller ini.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Perbandingan antara Platform

Berdasarkan jadual diatas, sahabat-sahabat boleh lihat dengan mengambil kira bilangan terjual adalah sama iaitu 158 produk, Seller ebay telah mendapat hasil jualan sebanyak 150% LEBIH daripada seller di shopee. Dengan hanya 1 produk ini, seller ebay tersebut telah menjaya mendapat hasil jualan sebanyak RM4000++ hanya buat bisnes online sahaja. Wauuu okaylah kan. dah saing-saing gaji cikgu sekolah dah tu T_T

Mari kita lihat berapa keuntungan seunit pula. Anda boleh gunakan final fee calculator di sini

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Keuntungan seunit

Dengan 1 unit terjual, seller ini mendapat keuntungan sebanyak USD3.41. Kalau terjual sebanyak 158 unit, berapa seller ini untung ye?

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Keuntungan Keseluruhan

Jumlah keseluruhan keuntunga bersih seller ini dengan hanya 1 produk teh gold blend ini, beliau telah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM1923.97. Wahhh gaji kerani tu. Takyah penah-penat mengadap komputer 9jam. Listing produk dan tunggu order masuk. senang kan??

Jadi persoalan disini, mengapa tunggu lagi untuk berniaga di ebay???

BUKTI 3

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Boh plantation tea leaves 250g pack

Okay sahabat-sahabat. ini bukti terakhir untuk artikel ini. Daun Teh boh atau lebih mesra kita panggil serbuk teh. Serbuk teh boh dengan berat 250g, dijual di ebay pada harga US $5.99 @ RM 24.78??? Adoii mahalnyaa… ada orang nak beli ke tu???

Jom tengok bilangan terjual…. 111 SOLD!!!! perghhhh serbuk teh ni pon sampai 111 terjual? biar betul ebay ni… tak sangka buat bisnes online boleh memberi keuntungan yang berlipat kali ganda bila jual di ebay!

Jom kita tengok pulak di shopee berapa harga terjual produk serbuk teh ini.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Boh Teh Cameron Highland 250g

Hahh tu ada jual di shopee.. Harga baru RM7.60..! banyak tu beza dengan harga di ebay. Jom saya kongsikan perbandingan kedua-dua seller ini.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Perbandingan antara Platform

Tengok tu sahabat-sahabat sekalian. Seller ebay berjaya menjaya hasil jualan sebanyak 226 % LEBIH daripada seller di shopee hasil jualan secara bisnes online tapi cuma di platform yang lebih menguntungkan. Hasil jualan sehingga 2750.58 hanya dengan produk serbuk teh ini. haha mcm tak percayakan. Berapa untung bersih seunit ya di ebay?

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Keuntungan Seunit

Dengan berniaga produk ini di ebay, seller ini mendapat keuntungan sebanyak USD1.91 setiap item.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Keuntungan Bersih

Dengan terjualnya 111 unit, maka seller ini mendapat keuntungan bersih sebanyak RM800++.

Apa yang paling best, anda hanya perlu setup sekali sahaja seumur hidup untuk buat listing di akaun ebay anda

kemudian hanya tunggu order dari potential buyer di luar negara untuk dapatkan teh dari akaun ebay anda. Setelah terima order, anda proses dengan kadar segera.

ianya sudah menjadi pendapatan tambahan buat anda sekeluarga secara pasif income.

>>>PANDUAN EBAY INTELLIGENCE<<<

Semoga kita berjumpa lagi di artikel seterusnya yang mana saya akan membongkarkan lagi produk-produk yang boleh “menggila” di platform berniaga online ebay.

 

    52 replies to "Cara buat bisnes online | Rahsia Bagaimana seller ini menjana RM2k++ hanya jual teh ke luar negara"

    • hafiz

      assalamualaikum tuan..apa pakej yg patut sya beli untuk mulakan bisnes dalam ebay ni?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, pakej paling sesuai ialah pakej B dan pakej D tuan. kalau tuan boleh datang ke bengkel pakej D paling sesuai

        • hafiz

          terima kasih tuan.dalam pakej B ni ada tak teknik untuk High Demand Low Risk (HDLR)?

    • wawa zack

      Assalamualaikum.. macam mana nak join kelas ni?

      • Zul Ariffin

        Waalaikumsalam puan, boleh join kelas daftar di sini ye. mamabaryani.com/ebay pilih pakej C atau D. klu perlukan bantuan boleh call sy di 0162322119

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, boleh daftar kelas di sini ye mamabaryani.com/ebay pakej C atau D

    • solehah ezani

      assalam..after dftr kelas and buat payment… sume content dlm pakej yg dipilih tu akn diajar online ke.. or ade kelas face to face

      • Zul Ariffin

        wslm puan, akan diajar secara face to face di bengkel puan

    • Nabila shahirah

      saya nak join tp mcm jauhla boss, xde kelas atas talian je, sebab sy puan susah sikit mak ayah nak lepas g jauh sorang2.

      • Zul Ariffin

        salam puan, boleh join melalui panduan video or ebook utk belajar secara online..boleh dapatkan di sini ye mamabaryani.com/ebay

    • Siti Khairunnisa Binti Samsuddin

      assalammualikum blh tau cara mcm mana nak post utk ke worldwide menggunakan ebay

      • Zul Ariffin

        wslm puan, boleh gunakan flexipax post international di pos malaysia

    • Kwon Lily

      Assᴀʟᴀᴍᴜᴀʟᴀɪᴋᴜᴍ tuan/puan saya juga berminat untuk menyertai online kelas jarak jauh.. Boleh email saya kwonlily86@gmail.com

      • Kwon Lily

        Tuan/Puan, saya check ebay tiada colum/category untuk berjualan makanan/minuman pun

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam ya boleh tuan.. daftar di sini ye mamabaryani.com/ebaypower

    • Roslan

      Bagaimana atau dimana kita boleh dapatkan kadar bayaran penghantaran barangan ke luar negara

      Terima kasih

      Roslan

    • Fatimah

      boleh bg harga ebook n Bengkel

      • Zul Ariffin

        ya boleh puan harga ebook rm197 shj dan bengkel rm597, boleh dapatkan di sini ye. mamabaryani.com/ebay

    • jue

      salam sifu..nak tau lps hadir bengkel rm597 ni dah blh bgerak sendiri atau akan ada bengkel2 berbayar lain yg perlu hadir ke?

      • Zul Ariffin

        wasalam puan, lepas hadir ke bengkel kalau puan ada masalah kurang faham lg boleh repeat bengkel lgi secara percuma..sy adakan setiap bulan, boleh join tarikh mana2 yg puan free..

    • rabiatul adawiya

      macam mana cara nak dapatkan ebook? atau ada contact no whatsap tak?

      • Zul Ariffin

        boleh dapatkan di sini ye puan, mamabaryani.com/ebay ya ini no contact sy 0162322119

    • Sal

      Saya pernah beli video tutorial eBay tahun 2017, masih sama ke?

      • Zul Ariffin

        ya content masih sama cuba ada beberapa features yang berubah..

    • Zulaila

      Slm..En Zul saya berminat utk bengkel bagaimana ya?kat penang buat bila bengkel tu?

      • Zul Ariffin

        salam puan.. penang buat masa ni belum ada tarikh puan, 25 jan 2020 ni di bangi ye.boleh rujuk jadual shngga december di sini mamabaryani.com

    • Tia

      Assalammualaikum,en.Zul,saya Tia drp Sabah.Ada buat bengkel dekat Sabah tak?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam cik tia, alamak buat masa ni sy anjurkan bengkel di bangi selangor dan johor shj cik tia.. utk jadual kelas boleh rujuk di sini ye mamabaryani.com/ebaypower

    • amirul

      slam tuan, nak tanye
      saya ada satu barang sold.. tp dia tulis camni “Failed to obtain services from carriers.Sorry, we could not find a shipping service for these addresses.”

      saya cek address kat USPS ok xde masalah
      sebab apa ya?

      • Zul Ariffin

        salam tuan, utk brg jual di ebay usa, seller dari malaysia tak boleh guna shipping label print direct dari ebay sistem, tuan cuma ambil info buyer dan post guna courier service dari pos malaysia sperti flexipax. nnt tracking number just update secara manual di akaun ebay tuan utk inform buyer..

    • SUHAILA

      Assalam en.zul, bengkel ni Akan ajar semua perkara ke termasuk urus akakun paypall.
      &Adakah selepas hadir bengkel ni, seseorang Tu boleh start berniaga Di eBay A to Z

      • Zul Ariffin

        wasalam puan, ya betul..bengkel ni akan diajar dari A to Z untuk new seller berjaya buat jualan di ebay. lepas bengkel da boleh start menjual, dan sy berikan support kelas percuma untuk buat research setiap bulan. boleh dftar di mamabaryani.com/ebay ye

    • Harzarina

      Assalamualaikum Tuan.. Kalau ambil package D selain dari attend bengkel.. Apa lagi yg dapat?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, pakej D puan akan dapat ebook+Video tutorial bengkel + Support group + kelas revision puan. better ambil pakej D lebih sesuai utk newbie.. boleh dapatkan di sini ye mamabaryani.com/ebay

    • Azura

      Saya berminat nak join kelas ebay

      • Zul Ariffin

        ya boleh puan, utk jadual kelas boleh rujuk di sini ye mamabaryani.com/ebaypower

    • Mahdar Ajuna B.Kamaruddin

      Asalamualaikim Tuan,

      Saya berminat utk belajar dan berniaga thru e bay. Kalau saya beli buku e panduan biz ebay dri Tuan. Pakej yg mana baik utk zero knowledge macam saya. Saya berminat pakej C.

      Appreciate your upmost help and advise..

      Tqvm

      01131313005

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, utk pakej zero knowledge yg terbaik adalah pakej D tuan, sebab klu tuan ambil yg pakej D dah termasuk semua sekali yg ada di pakej A to C. tp dalam tempoh covid19 ni bengkel sy takde anjurkan lagi. pakej yg sesuai adalah pakej B.. tuan boleh dapatkan di sini ye. mamabaryani.com/ebay

    • shasha

      saya ingin menjual online ke luar negera bagaimana caranya

      • Zul Ariffin

        boleh puan, kena buka akaun ebay dulu..puan dah ada akaun ke belum ye?

    • Safina

      Assalamualaikum…saya dah setup account ebay malaysia..ready to sell dah ni..tapi saya tgk kebanyakkan sifu tak guna ebay malaysia sbb jualan dalm USD..macam mana ek?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam..setup akaun mmg di ebay malaysia puan, nnti log in ke ebay luar negara seperti ebay usa dan jual di market sana..klu nak jual di market mlysia better guna shopee lebih tinggi trafik berbanding ebay malaysia

    • Muhd Saliheen

      saya ada buat account ebay dengan niat untuk cuba menjual, lepas listing, terus suspended.. kenapa ye?

      • Zul Ariffin

        tuan kena verify akaun dulu..lepas verify dgn customer support ebay nnti baru boleh menjual tuan

    • nur suraya

      assalamualaikum tuan…untuk memulakan bisnes ebay ni memerlukan laptop/pc ke…jika hanya menggunakan handphone boleh ke??

      • Dr. Zul Ariffin

        waalaikumsalam..better kena ada laptop puan.hp utk monitor ok..tp utk kerja2 editing better guna laptop

    • Mohd Noh bin Awi

      ok saya nak

    • Dzi

      Pn. Tak kena tahan untuk cukai kastam us ke kalau jual ke sana?

Leave a Reply

Your email address will not be published.