Sudah masuk hari ke-61 perang di Gaza, Palestin.

Angka kematian dah pun masuk ke 5 angka. Sekurang-kurangnya 17,177 telah terkorban apabila Israel membuat pembunuhan secara besar-besaran (genocide) di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober yang lalu.

Kini mereka terus membedil hospital, sekolah, rumah selain kem-kem penempatan dan pelarian mangsa yang tercedera.

Infrastruktur penting termasuk stesen pengudaraan, tangki air dan perigi, kemudahan jabatan di hospital telah lumpuh sepenuhnya mulai semalam. Apa yang menyedihkan ialah bekalan oksigen untuk bayi pra-matang dan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU) telah kehabisan ekoran daripada sumber elektrik yang ‘nyawa-nyawa ikan’ menjadikan keseluruhan operasi di hospital tidak lagi berfungsi.

Sejumlah mangsa yang cedera di sekitar hospital berkenaan menanggung kesakitan dalam tempoh yang lama akibat kelumpuhan operasi hospital. Menurut sumber yang dipercayai mereka yang berada di dalam hospital tidak dibenarkan keluar. Staff perubatan juga tidak dapat berkomunikasi dengan rakan perubatan lain disebabkan capaian internet dan rangkaian komunikasi terputus sepenuhnya.

Bayangan untuk gencatan senjata di antara Israel- Hamas seakan samar apatah lagi mereka terus mengepung hospital utama As-Syifa’ yang kini dikatakan seperti ‘nyawa di hujung tanduk’. Keadaan di sana umpama di dalam penjara hidup.

boleh bantu untuk Palestin

Hikmah Tersedia Yang Pasti Buat Umat Islam Seluruh Dunia

Banyak ibrah dan hikmah daripada perang Israel-Hamas ini yang semestinya akan menjadi satu sejarah dan satu titik tolak untuk umat Islam bangkit. Berapa ramai yang mula terbuka hati menerima Islam dengan merasai sendiri kehebatan ayat Al-Quran melalui terjemahan yang mereka baca melalui kisah Palestin ini.

Kemudian masing-masing tertunggu-tunggu dengan update “Abu Ubaidah” seorang jurucakap briged tentera Al-Qassam. Sosok beliau dengan hanya menampakkan mata cukup menggerunkan tentera musuh.

Berapa ramai pula ibu-ibu yang berazam untuk melahirkan “next” Al-Qassam. Pejuang-pejuang Subuh juga turun untuk bangkit memenuhi masjid-masjid untuk menunaikan solat Subuh berjemaah rentetan daripada peristiwa berdarah ini.

Terbaharu, tular seorang selebriti pempengaruh Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar mengajak para pengikutnya untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Dengan hashtag #GengSubuhMacamJumaat yang dibawanya telah menarik perhatian serta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengikutnya.

Di media-media seperti TikTok juga banyak perkongsian dan sejarah yang telah disingkap kembali sejak Palestin di jajah selama 80 tahun lamanya sejak jatuhnya Kerajaan Turki-Uthmaniyyah. Palestin umpama penjara yang dikawal sepenuhnya oleh Israel yang menginginkan tanah Palestin menjadi milik mereka sejak dari dahulu lagi.

boleh bantu untuk Palestin

Yang menyedihkan bila bangsa dan agama Islam sendiri berpaling tadah dan hanya berdiam diri seolah-olah ‘akur’ dengan apa yang dilakukan terhadap Gaza, Palestin.

Siapa lagi yang mahu membela Palestin selain umat Islam sendiri?

Apa lagi yang kita boleh bantu untuk Palestin. Jom saya kongsikan .

1. Teruskan Berdoa

Doa adalah senjata buat kita. Teruskan lah berdoa untuk Palestin. Buat mujahidin dan warga Palestin yang imannya sangat baik untuk diteladani.

Semoga Allah dapat membela umat Islam di Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak yang dipercayai paling ramai terkorban.

2. Jangan Putus Untuk Infak Kepada Palestin

Banyak saluran untuk memberi sumbangan kepada Palestin. Ini lah cara yang terbaik yang kita boleh bantu untuk Palestin.

Di antaranya Persatuan Cinta Gaza Malaysia https://emergency4gaza.com/

Anda boleh follow di channel Telegram Terkini dan Sensasi Palestin. Banyak juga platform lain seperti Tiktok anda boleh join live Que Haidar yang sangat aktif buat live bersama tetamu dari Palestin sendiri.

Mereka update perkembangan di sana dan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Yang terkadang bersilih ganti dengan bunyi bom. Anda boleh join live Tiktok Que Haidar setiap malam jam 11pm. Alhamdulillah, ramai yang menderma dengan bagi ‘gift’ kepada tetamu Palestin yang join live dan mereka boleh tebus gift tersebut dengan membeli keperluan rakyat Palestin di sana secara terus.

3. Berusahalah Untuk Membantu Palestin

Sekurang-kurangnya kita dapat menggembirakan anak-anak di sana dengan makanan, minuman dan ubat-ubatan untuk menjaga kebajikan mereka. Terbaru , KKM membuka permohonan dalam talian untuk mana-mana pegawainya yang berminat untuk menyertai pasukan perubatan bantuan iaitu Palang Merah Antarabangsa dan Mercy Malaysia.

4. Hidupkan Rasa “Cinta Palestin” Dalam Diri Anak-Anak

Sentiasa ingatkan ahli keluarga terutamanya anak-anak tentang kesengsaraan yang berlaku di bumi Palestin. Berkongsi cerita sejarah mengenai Palestin. Bagaimana Islam melalui zaman kegemilangan dan kejatuhan semasa dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

bisnes yang boleh jana income

Bersedekah untuk Palestin dengan kadar yang termampu. Cari jalan untuk melebihkan bersedekah untuk rakyat Palestin. Saya suka untuk menggalakkan anak-anak kreatif menjana income sedari mereka bersekolah lagi.

Ini dapat mengajar mereka untuk berdikari dan mencari idea bisnes yang boleh jana income sendiri untuk menggalakkan bersedekah.

Banyak platform bisnes yang anda boleh jana income untuk anda terus bersedekah. Salah satunya adalah bisnes di eBay

Bak kata Dr Mohd Zulariffin, anda boleh mula dengan modal yang rendah dan gunakan sumber yang ada.

>> Anda Nak Jana Income Di eBay?

Leave a Reply

Your email address will not be published.