Mantan Kapten Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) belajar resipi pastri dari You Tube
Memetik laporan Channel News Asia, Encik Fuad Fahmi, 34, pada awalnya sah hidap barah
koriokarsinoma tahap empat pada Disember 2016.
Oleh kerana itu, beliau membuat keputusan untuk quit SAF kerana mahu memberi tumpuan lapan kali
rawatan kimoterapi.
Akibat rawatan itu, dia alami banyak pendarahan pasca rawatan dan kakinya menjadi lemah hingga
hampir putus asa.
“Rawatannya sangat, sangat keras dan saya terkena banyak kesan sampingan,
seperti cirit birit dan loya, dan juga diserang demam panas.
“Menjelang peringkat akhir rawatan, saya benar benar berasa seperti putus asa
dan saya beritahu ayah saya.
“Saya tidak mahu buat kemoterapi lagi, saya tidak mahu lagi.
“Biarkan saya dan jika sudah tiba masanya untuk saya pergi, saya akan pergi,” katanya.
Katanya, hanya ada 5 peratus peluang untuk hidup kerana sifat agresif barah itu sendiri.
“Barah telah merebak ke organ lain seperti paru paru, kelenjar limfa.
“Ia naik ke atas dari kawasan testis dan sudah merebak ke saraf tunjang
dan mungkin sampai ke otak,” katanya.
Beliau berkata, amat sukar terima ujian itu kerana dia amal gaya hidup sihat dan seimbang.
“Secara peribadi, saya amal tabiat pemakanan yang baik
gemar pergi gim dan bersukan sepanjang masa,” katanya.
Perlu lawan untuk orang yang saya sayang
Katanya lagi, syukur kerana keluarga dan teman wanita (kini isteri)
tak jemu memberi semangat supaya dia melawan penyakit nya itu.
“Mereka enggan putus asa dan bersama bersatu melawan barah
dan memberi saya sokongan yang hebat.
“Mereka bantu urus dan selesai masalah yang ada dan ingatkan saya perlu lawan untuk orang yang saya sayang.
“Kerana saya masih muda dan masih banyak lagi yang perlu dicapai dalam hidup,” katanya.
Katanya, usaha mereka ber hasil dan rasa tidak percaya apabila doktor berkata dia sudah sihat pada Ogos 2019.
“Sembilan bulan selepas sah hidap barah tahap empat itu, doktor kata tiada lagi penanda barah dalam badan saya,” katanya.
“Saya tidak mampu berkata kata, saya hanya pandang ayah saya dan peluk nya.
“Saya kata: ‘Inilah yang telah kita per juangkan. Mari kita mulakan hidup baharu.’ … Saya terlalu gembira,” katanya.
Belajar pastri dari You Tube
Selepas itu, dia yang juga seorang jurulatih ketika berada dalam SAF,
kemudia menceburi kerjaya lain termasuk bidang jualan dan logistik.
Katanya, ketika ber kerja di sebuah kedai karipap di Tampines, dari situ timbul idea untuk dia berniaga bakeri sendiri.
“Ada seorang pakcik ini ketika itu membuat roti di sana. Saya tanya kepada nya sama ada dia boleh mengajar saya.
“Dia berkongsi resipi ringkas tentang cara membuatnya dan ia agak menarik minat saya,” katanya.
Katanya, minatnya dalam bidang membuat roti dan pastri terus berkembang apabila dia belajar sendiri cara membakar menerusi YouTube.
“Saya suka akan idea membuat produk dengan hasil tangan saya sendiri dan berkongsi makanan dengan keluarga saya dan masyarakat,” katanya.
Encik Fuad, yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang kulinari, tidak lama kemudian mendapati dirinya bereksperimen dengan resipi yang lebih rumit termasuk pastri jenis ‘viennoiserie’.
Azam buka akademi bakeri
Pada Februari tahun lalu, dia mula menjual pastrinya sebagai perniagaan sampingan, di media sosial menerusi jenama Captain Roti.
Sebulan kemudian, hasil maklum balas yang memberangsangkan, dia memutuskan untuk berhenti kerja sebagai seorang pengurus di sebuah firma logistik untuk menumpukan pada perniagaan bakeri.
Kini, Encik Fuad menjual antara 2,000 hingga 2,500 pastri sebulan dan memasang impian untuk menubuhkan akademi bakeri sendiri pada masa hadapan.
“Saya tidak pernah sangka saya berada di tahap sekarang,” katanya.
“Saya sentiasa fikir sebelum ini bahawa saya mahu ada kerjaya yang bagus dengan SAF atau mungkin di tempat lain di luar.
Tetapi di sinilah saya, melakukan sesuatu yang saya suka, walaupun minat ini baru saja diterokai.
“Tetapi ini bukti bahawa tiada yang terlambat dan sentiasa ada jalan di mana anda boleh menunjukkan kreativiti anda.
“Atau mencari jalan anda melalui – apa saja rintangan yang menghalang jalan anda,” katanya.
“Bila saya imbas kembali seluruh perjalanan saya, termasuk perjuangan saya melawan barah.
“Saya berasa sangat bersyukur dan banyak penghargaan yang perlu diberikan sepanjang perjalanan ini,” katanya.
Kredit foto CNA & Encik Fuad Fahmi
Majulah Malaysia
Kita tabik Spirng kepada orang Melayu Singapura ini
Sikap Majulah Singapura benar benar meresap ke dalam diri beliau
Orang Malaysia pun boleh jadi maju sama seperti Tuan Fuad Fahmi ini
Kalau tak pandai buat pastri, apa kata belajar jual barang barang buat pastri
Yang pasti bukan nya untung seringgit dua, sampai empat kali ganda au
Ehh tak percaya ke
cuba tengok gambar di bawah
Untung RM36.22 sen satu barang. WAUU!!
Barang yang sama, harga yang berbeza
Mengapa tak nak untung lebih
Klik sini untuk tahu cara berniaga di ebay
Atau download e-book percuma di sini
Duduk Malaysia takpe, janji gaji USD
Lagi artikel menarik untuk dibaca sambil minum kopi O dan cicah roti di bawah