Anda pernah pos makanan frozen ke luar negara?

Boleh ke pos makanan ‘frozen’ ke luar negara? Tak rosak ke nanti?

Biasa yang kita dengar makanan kering je yang boleh pos kan? Makanan ‘frozen’ agak sensitif dan rumit untuk diselenggara. Sebab tu pos makanan kering ke luar negara lebih selamat.

Ok, jom saya kongsikan cara nak pos makanan ‘frozen’ ke luar negara.

Sebenarnya boleh je nak pos makanan ‘frozen’ ni .Tapi ia perlu ditambah dengan bahan-bahan keperluan ini bagi mengelakkan daripada barang tersebut rosak dan anda akan mengalami kerugian. Mari saya kongsikan dengan anda apa bahan nya.

1. Kotak Styrofoam

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang baik untuk menjaga kualiti makanan tersebut daripada rosak kerana panas.

Dengan kandungan ‘polistren’ yang sememangnya adalah penebat haba dapat mengurangkan kadar haba di dalam makanan ‘frozen’ anda yang boleh mengakibatkan bakteria hidup seterusnya membiak yang menyebabkan makanan tersebut boleh rosak.

2. Dry Ice

Dry Ice ataupun ais kering dapat mengekalkan suhu sejuk di bawah takat beku. Ini bagi mengelakkan makanan ‘frozen’ tersebut terkena freezer-burn jika suhu berubah-ubah melebihi 0 darjah celcius.

Dry ice ini sangat sesuai digunakan untuk makanan ‘frozen’ seperti sayur, buah-buahan, makanan laut dan lain-lain. Bila ada dry ice ni kotak yang mengandungi makanan ‘frozen’ tu akan kekal sejuk. Jadi, anda tak perlu risau tentang kualiti makanan ‘frozen’ anda.

3. Ice Gel

Ice Gel ini sama fungsinya seperti dry ice cuma bezanya tak tahan lama seperti dry ice. Ini kerana suhu takat beku ice gel lebih rendah berbanding dry ice. Biasanya ice pack banyak menggunakan ice gel ini.

Jika anda nak gunakan ice gel juga boleh, tetapi anda perlu memasukkan terus ke dalam freezer setelah barang tersebut sampai. Oleh itu kualiti makanan anda tak terjejas.

4. Kotak

nak pos makanan frozen

Untuk menghantar barang frozen, anda memerlukan kotak yang bersaiz besar sesuai dengan saiz barang.

Anda boleh je cari kotak mengikut saiz melalui kurier yang anda pilih. Biasanya ada kotak khas untuk barang frozen yang sesuai. Kenalpasti kotak yang anda gunakan tak nipis dan tahan lasak.

Syarikat Kurier Yang Menyediakan Servis Pos Barang Frozen

Syarikat kurier GDEX ada menyediakan penghantaran barang frozen. Anda perlu sejuk beku kan makanan ‘frozen’ anda terlebih dahulu 12 jam sebelum diserahkan kepada kurier. Suhu sepanjang tempoh penghantaran adalah bermula 0-15 darjah celcius.

GDex juga menyediakan satu rekomendasi cara pembungkusan makanan ‘frozen’ yang betul untuk menjamin kualiti dan ketahanan makanan sepanjang proses penghantaran.

Kesimpulan

Apapun kurier yang anda pilih, cara bagaimana anda lakukan untuk pos makanan ‘frozen’ ni, tanggungjawab terhadap barang yang anda pos bergantung kepada anda.

Pastikan anda meneliti syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak kurier. Samada ada mereka bertanggungjawab atau tak terhadap kerosakan atau kerugian terhadap barang anda jika berlaku perkara yang tak diingini berlaku.

Anda boleh kemukakan laporan aduan jika barang anda hilang. Saya ada kongsikan dalam post sebelum ini bagaimana nak buat aduan dengan SKMM jika barang anda pos mengalami masalah.

>> Anda Nak e-Book Percuma Bagaimana Nak Buat Akaun eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.