siswi eBay

Siswi yatim piatu enggan menjadikan kehilangan ibu dan ayah sebagai alasan untuk terus berduka

sebaliknya berazam bagi mengubah nasib diri dengan belajar mengenai bisnes eBay.

Nur Athirah Mohd Yazid, 23, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejututeraan Awam

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata,

pernah cuba mempelajari eBay melalui You Tube, namun sukar memahaminya.

Siswi yang juga Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, teruja apabila terpilih

menyertai kursus eBay anjuran Dr Zul secara percuma dan bertekad

mahu belajar bersungguh sungguh sebelum tamat pengajian pada bulan Febuari tahun depan.

“Sebelum ini pernah join eBay tetapi tergendala sebab saya tak tahu banyak benda

sebab kalau pergi kat You Tube ke, takde orang nak ajar, dan belajar itu terhad.

“So bila saya belajar kat sini saya nampak satu persatu , first sekali saya memang tak minat bisnes.

“Tetapi bila saya tengok eBay ini saya rasa macam seronok gila,

lagipun Dr Zul in, kawan saya pernah kenal, dia kata memang bagus ambil dengan dia.

“Bila saya masuk memang betul pun dia akan ajar satu persatu,” katanya

pada Bengkel Ebaypreneur Usahawanan Siswa (B40/Asnaf) UTHM, di sini baru baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Export Oversea Academy Dr. Mohd Zulariffin Md Maarof.

dan Pengarah Pusat Teknousahawan UTHM Dr. Nasuha Sa’ude.

eBay sumber pendapatan alternatif

Kata anak ketiga dari empat beradik itu, mahu fokus majukan 

dirinya dahulu sebelum boleh bantu adik beradiknya yang lain.

Katanya, bersyukur terima tajaan biasiswa daripada Jabatan 

Perkhidmatan Awam (JPA) sepanjang pengajian dan melihat eBay boleh 

menjadi sumber alternatif kewangan selepas ini.

Orang tua ‘pergi’ berselang tiga minggu

Bercerita lanjut mengenai punca kematian orang tua nya, Nur Athirah 

berkata, ayahnya meninggal dunia pada 14 April lalu akibat sakit buah

pinggang, kanser tahap 4 dan serangan jantung.

“Emak saya meninggal sebab nak jaga ayah saya di hospital, dan 

kemalangan tetapi ambil masa yang lama sebab masuk ICU (sebelum meninggal),” katanya.

Dalam pada itu, Nur Athirah berkata, berterima kasih kepada Pusat Tekno Usahawan UTHM dan Dr Zul 

selain meminta kelas eBay percuma kepada pelajar diteruskan lagi pada masa depan.

Ayuh Siswa Siswi

siswi eBay

Ada ke pelajar universiti yang alami masalah kewangan namun tak nampak jalan untuk cari duit

Guna kan kepintaran anda untuk belajar selok belok eBay 

Anda tak perlu tinggalkan pelajaran untuk aktif berniaga dalam eBay

Kami ada pelajar U yang sudah buktikan mereka mampu jana income ribuan ringgit 

walaupun belum grad lagi

Mahu tahu lebih lanjut mengenai Export Oversea Academy boleh klik di sini

Atau cuba kenal kenal dahulu apa itu eBay dengan download e-Book secara PERCUMA di sini

Yang penting sepatah kata Dr Zul

Duduk Malaysia takpe, janji gaji USD

Lagi kisah menarik di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published.