eBay USA

eBay USA lubuk duit, jual barang dari Malaysia dan untung 4 kali ganda

Sebelum kita nak pergi lebih jauh pasal eBay USA ni, saya nak tanya, mesti ramai yang terkesan sebab ringgit jatuh kan

Harga barang naik buat kita sakit kepala, belanja semakin besar

Jika dahulu RM100 boleh penuh troli di pasaraya

Tapi sekarang?

Jangan bersedih, sebagai orang biasa apa yang kita boleh buat dalam keadaan macam ini

Kita cari pendapatan sampingan, namun ramai yang ragu ragu

Nak bisnes, modal tak besar

Nak bisnes, takut rugi la pula

Tak tahu nak bisnes apa?

Tak pandai lah

Itu jawapan biasa bagi mereka yang tak biasa

Insya allah, dengan bacaan ini saya akan bantu anda fahami apa kelebihan

jika kita pilih eBay USA

Jangan risau, Allah yang atur rezeki

yang penting kita berusaha dan berdoa OK?

eBay USA vs Kota Melaka

Tapi sebelum itu sedikit selingan motivasi

Malaysia ini tanah bertuah, kita mewarisi kekayaan alam semula jadi

hingga pernah direbut penjajah, apa sahaja barang boleh ditukar jadi duit

Tanah bertuah ini sangat terkenal di zaman silam kerana kesibukan pelabuhan Kota Melaka

Ini bukti kan, secara alami DNA kita PANDAI berniaga

kita bukan bangsa yang MALAS

Yang jadi runtuh nya Kota Melaka sebab fitnah dan hasad dengki

Racun ini diguna penjajah untuk hancur kan tamadun kita

Sebab itu lah sejarah kejayaan bangsa ini cuba dipadam

kita dimomok kan dengan naratif

bangsa ini bangsa PEMALAS, jadi apa kata, kita sama sama ‘ajar’ sikit

Mulut mulut celupar ini

Tiba masa nya bangsa ini bangkit dan bukti kan kita boleh berdiri sama tinggi dan 

duduk sama rendah dengan siapa sahaja, boleh? ok GOOD

Jadi jaguh dunia, jual di eBay USA

Sudah tentu, salah satu cara nya adalah dengan guna apa sahaja kelebihan yang ada

Ada caranya dan jom kita lihat bagaimana kita boleh jana duit secara online

dengan jadi eBay USA seller walaupun kita duduk di Malaysia

Mengapa Menjual di eBay USA?

Jangan jadi jaguh kampung sahaja, eBay USA adalah lubuk harta karun

Pasaran luas

Dengan lebih 180 juta pembeli aktif, produk anda berpotensi

menjangkau khalayak yang tidak pernah anda impikan.

Cuba bayangkan, kain sarung batik jadi barang dekorasi hias rumah di Amerika

atau dipakai David Beckham

eBay USA

Sales dalam USD

Rakyat Amerika sanggup membayar guna dollar untuk barangan unik dan berkualiti tinggi.

Pamerkan produk yang unik, kraf tangan, koleksi yang jarang ditemui atau barang vintaj dan saksikan keuntungan anda melonjak

Seller happy

Dalam keadaan ringgit yang jatuh, seller Malaysia di eBay USA memang happy.

Walaupun guna shipping ke oversea, seller masih boleh kekal kan harga yang boleh bersaing

dan kekal untung sampai empat kali ganda berbanding jika barang itu dijual di Malaysia

Model Perniagaan Fleksibel

Start small, test the water dan upgrade dari masa ke masa. Hanya dengan jual 2, 3 barang dari rumah sendiri

Anda sudah ada kedai online, bayang kan macam anda sudah ada kedai runcit sendiri, tak pernah fikir kan?

eBay USA itulah kedai runcit kita dan buat kita rasa kita boleh ‘standing same height, sit same low’ hehe

Anda Sudah Bersedia ?

Berikut adalah TIPS yang boleh anda follow sebelum kedai di eBay USA

Cari Niche Anda

Apakah yang menjadikan anda unik?

fesyen batik? rempah eksotik?

Sarung telefon yang dilukis dengan tangan?

Kenal pasti produk atau kategori di mana anda boleh menonjol daripada orang ramai

Research, Research, Research : Fahami bakal pembeli anda

Apakah keperluan mereka?

Apa barang mereka mahu? 

Apa harga yang patut dijual?

Analisis seller eBay USA dari Malaysia yang berjaya dalam niche anda, data is the king

Listing barang jualan like a Pro

Foto berkualiti tinggi, huraian terperinci dan harga yang kompetitif adalah penting.

Labur dalam fotografi yang bagus, tulis caption produk yang jelas dan offer yang menarik

Pilih shipping yang TEPAT

Bersikap telus tentang kos penghantaran dan tawarkan servis shipping yang berbeza.

Bekerjasama dengan kurier yang boleh dipercayai seperti DHL atau FedEx untuk 

pastikan penghantaran tepat pada masanya dan buat customer happy.

Customer Servis kena A

Komunikasi adalah penting, balas pertanyaan customer dengan segera

selesaikan isu dengan cekap dan lakukan extra effort untuk bina kepercayaan dan maklum balas positif

Kuasai Pemasaran

Gunakan media sosial, sertai komuniti dalam talian yang berkaitan dan teroka pilihan 

pengiklanan berbayar di eBay sendiri.

Sebarkan cerita unik produk anda dan kelebihan nya untuk bantu settle kan masalah dan keperluan mereka

INGAT!

Perkara berkaitan undang undang

Memahami peraturan import/eksport dan mematuhi keperluan kastam AS.

Sentiasa Up to date

Dasar dan algoritma eBay berubah dari masa ke masa. Teruskan belajar, sesuaikan strategi anda dan terima perubahan

Kesabaran adalah Kunci

Membina perniagaan yang berjaya memerlukan masa dan usaha.

Jangan putus asa dengan halangan awal. Analisis, belajar dan teruskan bergerak ke hadapan.

Dengan dedikasi dan petua berharga ini, anda, seorang seller eBay USA yang jual dari Malaysia

boleh ubah nasib hidup diri dan keluarga melalui bisnes ini

Bayang kan kisah manis apabila anda mampu membawa mereka berjalan jalan ke mana sahaja

Atau membeli apa sahaja yang mereka suka dan mahu dengan untung diterima

Bayang kan masalah kesempitan wang anda bakal berakhir

tak perlu lagi mencatu itu dan ini sementara menunggu gaji baru

Ini lah masa nya anda ubah nasib diri, anda boleh guna untuk rawat insan yang anda sayang

dan paling penting, ingat kita bukan bangsa yang MALAS dan TAK PANDAI

Banyak lagi sebenarnya kita boleh capai jika sudah berjaya

Kami doa kan anda berjaya menjadi apa yang anda impi kan selama ini AMIN

Lagi kisah motivasi di bawah

Download ebook eBay PERCUMA di sini

>>> Rahsia bisnes eBay yang MUDAH dan MURAH. Klik sini<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.