newbie yang baru nak try test cuba jual dekat eBay.com
Mesti ramai yang kena hadap masalah akaun tiba tiba kena suspended kan?
Dengan tiada angin tiada ribut, tiada pula alasan diberikan
Sakit hati kan, padahal dah semangat sangat ni dapat untung dalam dollar
Ya tuan tuan dan puan puan
Itu situasi biasa untuk newbie dan apa lagi boleh saya pesan
selain sabar adalah ikut nasihat ini
Sebelum apa apa, tolong, please saya rayu JANGAN buat
Listing banyak banyak
Listing barang branded macam kasut Nike, Adidas dan lain lain
Ini dua PANTANG LARANG sangat besar untuk akaun akaun yang baru register
kalau tak nak kena suspended
Newbie buat eBay macam rumah sendiri
Jika anda sudah ikuti kelas Dr Zul, sama ada online atau offline, Dr Zul sudah banyak kali ingat kan
Takpe, kita ingatkan sekali lagi,
nak jual di eBay ini, untuk bagi mudah faham macam ini
awak tu baru kahwin dengan anak orang
Tiba tiba lepas malam pertama, esoknya tu
Awak tanya dekat bapak mertua
‘Pak, boleh tak saya nak pinjam geran rumah bapak, nak buat cagaran pinjaman bank.
“Tak pun, kalau bapak setuju, bapak tukar je nama geran rumah ni kepada nama saya,” kata Abu tersengih sengih
Agak agak apa orang tua tu balas?
Errr…
“Kau ni nak mampos agaknya” pak mertua kata dalam hati
Hah, macam itu lah situasi eBay, awak baru je masuk rumah dia
Entah siapa awak dia pun baru kenal, tiba tiba awak tak segan silu
Nak buat macam macam kat rumah dia, marah lah kawan tu, tu dia suspended
Tu yang tiba tiba kawan tu sentap, diharam nya awak jejak kaki ke rumahnya lagi
Baru masuk rumah orang, kena lah pandai ada adab dan budi bahasa
Betul tak?
Bila dah lama lama kahwin nanti dan awak tunjuk perangai elok
Bukan kata geran rumah, geran kebun pun sanggup dibaginya
Cuma awak kena sabar
newbie kena patuh peraturan
Ini tidak, baru masuk rumah eBay tu, awak dah buat kecoh
Dalam eBay tu ada ipar duai, abang besar, tailong, taiko, Jerung Merah, Makcik Kemboja
Jadi perangai penjual di eBay ini macam macam, selaku tuan rumah eBay kena adil
kalau tak nak kena suspended, ikut peraturan okay
eBay kena jaga hati dan periuk nasi semua,
Karang awak jual kasut Nike tiruan ke, atau original ke, awak dah langgar Malik
Malik tu abang besar kawasan, dia yang susah susah cipta brand itu, datangnya awak
Orang baru, kacau tempat balik, karang kena sengattt, awak marah
Macam itu juga, kalau Makcik Kemboja buat hal, dia sibuk pula
Jual Abaya Fashaa, padahal awak ini lah pencipta brandnya, awak lah pengasasnya
Dia senang senang, jual barang awak, lepas tu claim itu barang dia
Yang sakit hatinya, awak pula kena suspended dengan eBay
Jadi, untuk handle hati semua orang, eBay kena bertegas
Kalau perlu eBay gantung, eBay buat
Jika perlu eBay permanently suspended, eBay buat
Kalau perlu dakwa dalam mahkamah pun, eBay akan bagi kerjasama.
Hah, faham tak, macam itu lah analogi mudah
Nak bagi faham
Apa itu VERO?
Kita kena tahu bahawa tak semua produk boleh dipasarkan di eBay.
Kita kena kenalpasti apa itu VERO
Vero adalah singkatan bagi perkataan “Verified Rights Owner”.
Contoh, company NIKE telah daftar di bawah program vero eBay.
Then jika eBay dapat tahu ada seller jual barang NIKE tiruan
Listing mereka akan kena remove
dan jika new bie seller eBay buat listing barang palsu ini
Confirm akaun nya akan terus kena suspend
Tapi, kalau kita jual barang NIKE ori boleh tak?
Boleh jual, tapi macam mana nak compete dengan seller
Yang dah lama dan dapat rating baik dari buyer ?
Okay, bab yang ini , kena discuss dalam kelas
Sebab kena belajar secara teknikal macam mana nak baca data
dan how to compete dengan trusted seller yang lain
Nak tahu apa listing barang barang VERO , boleh google di eBay.com
Non VERO
Okay, bagi barang yang “non VERO” pula adalah barang yang tiada jenama.
Macam acu kuih lompang
Hah dapat sesuatu , kalau dapat share artikel ini okay
Download ebook PERCUMA di sini
Lagi artikel menarik di bawah