kosmetik racun

4 kosmetik ada racun ini kena banned dengan KKM sebab boleh jadi punca buah pinggang dan sistem saraf rosak

Selain boleh ganggu otak kanak kanak yang masih kecil atau yang belum lahir. 

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 6 Disember 2023

gesa orang awam elak beli dan guna produk kosmetik berikut

kerana ada racun ber jadual seperti di bawah:

Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan
1Bestie Moisturizer CreamMerkuri
2Abyra Seaweed Skin Care- Seaweed Cell Renewal Night CreamMerkuri
3.Gerbera Beauty – Treatment & Repairing Night CreamHydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate
4Gerbera Beauty – Whitening Night CreamMerkuri dan Betamethasone 17-Valerate

Susulan dari itu, notifikasi produk produk kosmetik itu

telah di batal kan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM

dan tidak lagi di benar kan untuk dijual di Malaysia.

Racun Merkuri

komsetik racun

(gambar hiasan salah seorang pengguna kosmetik yang sebelum ini viral di Indonesia kerana guna krim muka ada merkuri . Klik sini)

Merkuri di larang di dalam produk kosmetik

kerana racun ini boleh mudarat kesihatan.

la boleh serap masuk ke dalam badan 

dan sebab kan ke rosak an pada buah pinggang dan sistem saraf.

Racun ini juga boleh ganggu per kembang an otak kanak kanak yang masih kecil atau yang belum lahir. 

Merkuri juga boleh jadi punca ruam, iritasi dan per ubah an lain pada kulit.

Produk yang ada hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate

adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah 

dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

Guna produk yang ada bahan bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan

boleh sebab kan kesan kesan sampingan yang tidak dingini seperti berikut:

Racun Hydroquinone

Racun ini boleh sebab kan merah merah pada kulit yang disapu, tak selesa, ubah warna, hipersensitif

boleh halang proses pigmentasi (depigmentasi)

yang boleh kurang kan perlindungan kulit dari sinar UV merbahaya

dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Racun Tretinoin

Racun ini boleh buat kulit yang disapu jadi merah, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari

Betamethasone 17-Valerate

Racun ini boleh buat kulit muka yang disapu jadi nipis dan mudah alami iritasi, jerawat, ubah pigmentasi kulit

dan tingkat kan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh bawa kesan mudarat.

HABIS//

Lagi kisah jadi iktibar di bawah

Akaun eBay suspended ? Ini puncanya..

Akaun semasa mana paling murah ? Baca ini

>>> Klik di sini untuk INFO & TIPS tentang eBay<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.