wak tunot

20 tahun bukan masa yang singkat, jika disandar kepada umur manusia, sudah miliki

tubuh yang kekar dan kuat bagi seorang lelaki.

Malah akal fikiran juga semakin matang untuk membuat keputusan.

Begitu juga dengan syarikat Wak Tunot Enterprise di Kampung Tengah, Kluang ini.

Meniti tahun ke 20 penubuhahnnya, setelah puas memijak ranjau berduri

jenama ini makin tegar untuk hadapi cabaran mendatang

Berpeluang menemubual pengasas dan pemilik Wak Tunot baru baru ini

Penulis kagum dengan semangat dan kecekalan pengusahanya, yang masih gagah bertahan

Walaupun hadapi sepak terajang dalam dunia bisnes

Diasaskan oleh pasangan suami dan isteri, Haji Mihat Tahir, 80 dan Hajah Tulos Joyo, 72

Syarikat ini mengeluarkan lebih 40 jenis kuih muih termasuk kerepek dan rempeyek tradisi orang Melayu.

Menurut Hajah Tulos, bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada nya untuk 

teruskan perjuangan dengan kesihatan yang baik

“Ceritanya, dahulu, saya ada buka kedai makan yang menjual menu mee bandung dan nasi goreng kampung.

“Punya popular menu ini tiap tiap hari dari jam 3 petang ke malam, tak putus putus pelanggan order.

“Waktu itu, saya lah tukang masak, sayalah pelayan, saya lah semua nya, jadi kerana gerai sentiasa penuh

“Saya namakan kedai saya ini ‘Kedai Sabar Menanti’ dan dalam masa sama, saya pun ligat juga

“Saya fikir, ada baik kalau resipi rempeyek yang diwarisi dari ibu ini dijual dan jadi sumber pendapatan sampingan

dan Alhamdulillah, memang betul, rempeyek saya buat pun turut laris dibeli pelanggan,” katanya.

Sumber manusia cabaran utama Wak Tunot

Beliau berkata, usaha nya itu juga kerana ada kempen 1 Daerah 1 Industri dan dia sahut cabaran untuk menyertainya.

Katanya, bermula dari situ, dia dan suami nya ambil keputusan untuk teruskan bisnes hinggalah ke hari ini.

“Hari ini saya ada kilang mini di belakang rumah dan ada seramai 40 pekerja dengan 15 dari nya adalah pekerja tetap.

“Kini kami fokus kepada kilang dan sehari jika rempeyek sahaja kami boleh keluarkan

 sebanyak 840 botol seberat 500 hingga 600 gram setiap satu.

“Itupun sebenarnya, kami tak cukup tangan kerana permintaan memang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, cabaran utama bagi pembuat kerepek secara manual seperti syarikatnya adalah soal sumber manusia.

“Nama pun manusia kan, inilah cabaran utama kami sebab produk kami 100 peratus guna tenaga manusia.

“Jadi manusia ini bukan nya robot, ada penat nya, ada karenah nya. Kalau tanya apa solusi

 nak atasi masalah ini, kami pun sudah buntu tak tahu nak buat macam mana lagi.

“Jadi inilah sebenar nya risiko jika buat produk ‘home made’ ini, kerana nak jaga

supaya kuih muih sedap dan rasanya tak lari, memang kena buat manual.

“Bukan tak pernah cuba, pakai mesin, tetapi kualiti nya tak sama dengan buat pakai tangan

macam rempeyek kacang, ber minyak jadinya, memang tak sedap,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini anak bongsu nya menguruskan perniagaan itu dibantu

suami nya yang menjaga bahagian pemasaran.

Serik ditipu RM44,000

wak tunot enterprise

Katanya, pengusaha makanan seperti nya juga berdepan pelbagai cabaran dan

paling tidak dapat dilupakan nya, pernah ditipu hingga RM44,000 pada 2008.

“Masa itu, kami rajin sertai acara promosi dan didatangi seorang lelaki yang konon nya

mahu membeli secara pukal kuih muih raya.

“Pada hari itu, dia datang dengan sebuah lori dan kami pun punggah stok kuih raya

ke dalam lorinya sebelum kami diberi satu cek.

“Namun kemudian, kami tak sangka, cek itu sebenar nya cek tendang, dan usaha kami

untuk cari dia di lokasi yang didakwa kedai nya itu, sudah tutup,” katanya.

Katanya, kenangan pahit itu adalah pengajaran paling besar bagi dirinya dan

membuatkannya berhati hati apabila membabitkan pembelian pukal.

Katanya, menjadi adat resam dalam bisnes ada pasang dan surutnya,

namun sebagai peniaga, beliau tidak boleh berputus asa dan kena segera bangkit jika hadapi apa apa masalah.

“Macam hari ini, sebagai peniaga, memang terasa dengan kenaikan kos barang mentah

 seperti telur, tepung, gula dan sebagainya.

“Itu tak masuk kos botol, plastik dan lain lain. Tetapi kena pandai atur kan supaya kita tak

 rugi dan masih boleh cari makan,” katanya.

(baca lanjut : Akhirnya kuih raya pun naik harga )

Kuih muih masuk pasaraya, tembusi Singapura

Katanya, disebabkan pengeluaran produk nya masih manual, pihak syarikat ambil keputusan 

tidak membuka jualan online.

“Sebab kami tahu produk berasaskan tepung ini memang mudah rapuh jika hendak dipos 

apatah lagi, kadang kadang permintaan yang ada termasuk ‘walk in’ pun kami tak dapat penuhi.

“Itu sebab utama kami tak buat pemasaran online, kerana mahu menjaga kualiti,” katanya.

Katanya, walau pun begitu, beliau bersyukur kerana sehingga kini kuih muih buatan syarikat nya sudah menembusi

pasaraya Mydin Wilayah Selatan selain Jusco Bukit Tinggi Selangor, dan sebuah pasaraya di Wangsa Maju, ibu negara.

“Kami juga menjadi pembekal kepada sebuah syarikat popular di Johor Bahru

selain pengedar yang membawa kuih muih kami masuk ke Singapura,” katanya.

habis//

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi kisah menarik usahawan kita

Kopi Cap TV terjual 4.5 juta sachet guna online

Christy Studios jana jutaan ringgit di Etsy

>>> Klik di sini untuk belajar bisnes dropship dengan Jutawan eBay<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.