Cara kurus dengan cepat boleh dilakukan dengan macam macam cara. Cuma anda mahu kurus dengan
cara yang cepat tapi sengsara atau nak yang lambat tapi sihat?. Pilihan di tangan anda, artikel ini akan
guide anda untuk tahu cara kurus dengan sihat dan selamat. Jika anda mahu tahu, boleh teruskan baca,
tapi kalau tak mahu, boleh skip ya.
Ketika ini di media sosial ubat kurus memang laku keras. Namun, yang pasti macam biasa, ramai doktor mahupun pakar
kesihatan sudah berbuih mulut beritahu effect ubat kurus segera ini kepada tubuh badan, malah ada yang bawa maut.
Sebenarnya ramai je yang sudah tahu tapi buat buat tak nampak.
Mereka ini berada dalam simptom denial. Itu orang lain, aku makan okay kot, aku makan sikit je, tak ada effect mana pun.
Kata mereka menyedapkan hati sendiri. Ubat kurus cepat ini adalah berbahaya jika salah guna dan tambah lagi bahaya jika
tidak ada kelulusan KKM.
Untuk kurus dengan cara yang cepat atau untuk tahu cara menurunkan berat badan 10kg dalam masa 2 minggu atau apa
sahaja impian kurus anda, tolong alert dengan kisah seperti di bawah :
Obses nak kurus, gadis ini pernah 16 jenis produk, sehinggalah…
Cara kurus dengan cepat makan ubat kurus, betul ke cara ini ?
Sebelum kita beritahu 10 tips dari Kevin Zahri jom kita baca nukilan Dr Erna Nadia ini dahulu okay ? Ok jom baca
Kenapa Ubat Kurus Bahaya ?
Dalam produk untuk kurus kan badan ini, dua bahan utama yang biasa ada adalah:
1. Sibutramine
2. Phentermin
Dua bahan ini akan dan boleh jadi punca:
1. Selera makan menurun
2. Menghalang serapan lemak
3. Meningkatkan metabolisma badan
4. Mengubah fungsi otak untuk hilangkan selera makan
Selain itu, bahan lain yang kerap dicampur bersama adalah laxative atau nama lain adalah julap.
Bahan ini akan membuatkan seseorang membuang air besar dengan jayanya dan asyik nak membuang.
Penggunaan bahan bahan inilah yang membahayakan kesihatan dan nyawa apabila kadar dos yang tinggi dan tidak terkawal serta tidak dipantau oleh sesiapa.
Simptom terlebih dos atau tersalah dos adalah:
1. Mual/loya
2. Berdebar debar
3. Tekanan darah menjadi rendah sangat/tinggi
4. Sentiasa gelisah/ tidak senang duduk
5. Sesak nafas
6. Sakit dada
7. Masalah/gangguan tidur (terlebih/terkurang)
8. Kerap kencing/buang air besar
9. Bibir / kulit menjadi kering
Menurut Dr Erna, ramai anggap bila ada simptom simptom ini adalah normal kerana mereka beranggapan itulah proses yang berlaku kononnya ubat tengah berfungsi/berkerja.
Lama lama organ dalam menjadi rosak dan mati.
Usus pecah akibat terlebih berkerja.
Buah pinggang rosak sebab tak dapat nak tapis lagi.
Fungsi hati menjadi gagal akibat terlebih dos.
Garam galian/ elektrolik dalam badan menjadi tidak seimbang.
Semua ini adalah komplikasi akibat dari ubat/produk kurus.
Cara kurus dengan cepat ini buat organ rosak!
Anda memang akan kurus tetapi organ anda sekali akan rosak.
Sedih dan kecewa bila tengok pesakit datang dengan komplikasi. Segalanya sudah terlambat bila organ dalam dah rosak.
Samada perlukan cuci darah atau perlukan rawatan berterusan dan yang paling sedih adalah kematian.
Usus kita tak perlu dicuci dengan produk2 pun.
Cukup sekadar minum air kosong dengan cukup, makan cukup serat dan bersenam.
Allah cipta elok dah.
Sama juga berat badan.
Jaga makan dengan betul, bersenam, minum air dan rehat dengan baik.
Pengguna tak reti sabar nak kurus, penjual suka
Masalah orang kita adalah semua nak laju bak peluru pandu.
Entahlah nak ke mana tu laju laju.
Sabar.
Semua perlukan proses yang betul.
Tak perlu short cut.
Sayangi organ dan kesihatan anda.
Semua ni Allah bagi kita pinjam sahaja.
Jadi jagalah sebaiknya.
Kepada penjual, hati hati kerana jangan kerana anda mahu kaya raya, habis kesihatan pembeli.
Juallah benda yang tidak merosakkan kesihatan orang.
5 cara kurus dengan cepat ? Ini nasihat Dr Erna
Dr Erna Nadia juga berkata, pengguna tak perlu membazir beli produk yang sebut ‘detoks’ ‘cuci’ segala ini.
Allah jadikan badan kita ni dah hebat dah.
Setiap satu organ yang Allah cipta, Allah dah datangkan sekali dengan fungsi yang super bagus untuk badan kita berkerja dan hidup dengan baik.
Bergantung pada kita sahaja bagaimana nak jaga apa yang Allah dah bagi kita pinjam sekejap untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.
Makan makanan sihat.
Tidak merokok atau minum arak kerana keduanya memudaratkan.
Bersenamlah setiap hari.
Tidur dan rehat dengan baik.
Manage your anger and stress.
Semua nasihat cliché ini adalah untuk kebaikan badan kita.
Tapi adakah kita ikut?
Sedih…ramai jadi mangsa produk overclaim cara kurus dengan cepat
Buah pinggang dah ada fungsi kumuhkan lebihan air dan bahan kumum serta toksik dari badan kita.
Sama juga dengan hati untuk singkirkan toksik berlebihan dari badan kita.
Paru paru untuk keluarkan karbon dioksida dan jika ada jangkitan kuman, paru paru datang dengan reaksi batuk untuk bantu keluarkan kahak.
Usus juga untuk perkumuhan buang air besar. Tidak ada istilah usus tersumbat melainkan jika ada penyakit dalam usus seperti ada ketumbuhan seperti polyp di dalamnya.
Sedih saya bila saban hari ada sahaja pesakit yang datang akibat komplikasi daripada produk yang overclaim ini.
Boleh jadi kurus, boleh jadi sihat, cuci usus, lancar berak, jadi cantik, peranakan mantap yada yada yada.
Anda yang membeli, terpedaya, duit habis begitu sahaja, mereka?
Mereka kaya raya, berjoli sini sana tanpa mengetahui pun anda sedang merana menanggung segala penyakit dan komplikasi yang ada.
Berjimatlah dan belilah makanan yang fresh.
Jom lah kita tukar gaya hidup kita menjadi sihat dan tidak membazir apatah lagi menyokong mereka yang cuma mahu kaya anda merana ini.
It’s not easy but it’s not impossible.
Kita nak, kita buat.
Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri dan keluarga kita juga.
Dr. Erna Nadia
Pemisah antara permulaan dan kejayaan adalah alasan
Dengar pula apa kata Kevin Zahri
Bermula dengan niat
Jika sebelum ini (niat nak kurus) sudah gagal sejak 10 tahun lalu, kekalkan niat yang sama, jika tak berputus asa, anda tidak akan gagal
Tetapkan matlamat
Berapa kilo dan tempoh nak turun berat badan, biar realistik
Anda tahu nak buat apa
untuk menjayakan nombor dua (tips), setakat (post status nak kurus) letak angka, viral sosial media hebat, tetapi tak tahu nak buat kan jadi realitsik ,ini tak akan terlaksana
Umumkan azam
Tak kira di medsos atau kepada kawan kawan, bukan untuk syok sendiri atau megahkan diri, tetapi ia bagus untuk bagi sedikit tekanan yang positif, supaya kita rasa tanggungjawab untuk walk the talk, bukan setakat menyembunyikannya
Persekitaran positif
Ia sangat susah untuk capai sesuatu tetapi persekitaran agak terbalik, pastikan anda tempatkan diri dengan orang orang yang mungkin harapan, haluan dan kapal yang sama
Fokus kepada kebahagiaan
Ya ini cabaran (usaha nak kurus), tetapi anda patut rasa gembira pada masa yang sama kerana perubahan ambil masa, perubahan bukan mudah, perkara hebat memang bukan perkara yang mudah
Benarkan kesilapan berlaku
Jangan harapkan kesempurnaan dalam perjalananan kurus ke tak kurus anda, akan ada perkara yang berlaku betul dan salah
Fokus kepada perubahan kecil
macam ala ala lebuhraya yang panjang itu, ada hentian rehat dan rawat di sepanjang jalan. Jadi penting untuk buat perubahan dan pertukaran kehidupan yang perlahan lahan. Jangan terlalu drstik kerana selepas itu akan anda burn out
Buat apa sahaja anda mampu untuk melakukannya
Sama ada beli kasut baru ke, jam fitness ke, sertai program ke apa ke, hanya untuk dapatkan rentak, gunakan apa sahaja untuk anda jaya kan retail therapy
Jangan gelojoh
Tarik nafas yang panjang, enjoy the journey, jangan burn out pada minggu yang pertama, sebarkan azam di sepanjang tahun supaya anda boleh maintain momentum dan perlahan lahan tapi berjaya
(Foto kredit kepada Dr Erna Nadia dan Kevin Zahri)
habis//
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi kisah menarik – Penyakit paling bahaya, hati hati jika anda ada tanda ini..
>>> Cara gemuk kan dompet dengan wang USD ? Ini nasihat Dr Zul, klik sini <<<