Perniagaan Online? Selalu anda dengar kan…ada di antara anda yang memang sudah menjalankan perniagaan online, tetapi ada juga yang masih ragu-ragu dan tak nak menceburinya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan untuk semua pembaca blog setia ni. Hari ni saya nak berkongsi dengan anda RAHSIA untuk anda menjadikan perniagaan online anda berjaya. Macam senang je dia cakap…cakap boleh la…bukan senang nak kaya dengan perniagaan online ni…MUNGKIN inilah keluhan sesetengah daripada anda kan? Tak pe.. Jom baca sampai abis barulah anda tahu rahsianya kan!

Perniagaan online atau perniagaan dalam talian boleh memberikan anda kebebasan untuk menjalani kehidupan mengikut cara anda sendiri, tetapi hanya jika anda tahu apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana untuk melakukannya.

Sekiranya anda bertemu dengan orang ramai di shopping mall ke, atau di mana-mana sahaja dan bertanya kepada mereka apa yang paling mereka mahukan sepanjang hidup, jawapannya mungkin ada kaitan dengan satu perkataan iaitu KEBEBASAN.

Kebebasan kewangan, kebebasan untuk bergerak ke sana ke sini, kebebasan untuk menjalani hidup dengan cara anda sendiri dan macam-macam lagi kebebasan yang diingini. Kedengarannya macam mudah sahaja kan untuk menjadi kenyataan. Tetapi di zaman sekarang, ini bukan hanya suatu kemungkinan, tetapi telah menjadi kenyataan bagi ramai peniaga yang telah memutuskan untuk mengambil risiko dan memulakan perniagaan online mereka sendiri.

Walaupun perniagaan online mungkin kelihatan seperti satu cara yang terbaik untuk meningkatkan pendapatan anda dan mempunyai gaya hidup dan kebebasan yang anda mahukan, tetapi ianya boleh menjadi sukar jika anda tidak mengetahui cara bagaimana ingin berjaya dalam perniagaan ini.

Untuk berjaya dalam perniagaan online, ada 5 RAHSIA yang perlu anda kuasai:

1. Mentor

Anda perlu mempunyai seorang atau lebih mentor yang dapat memberi anda bimbingan dan kaunseling satu per satu tentang perniagaan online yang anda ceburi. Semasa memulakan perniagaan, tidak dapat dielakkan anda akan mempunyai banyak persoalan. Mempunyai mentor yang betul akan membantu membimbing anda ke arah yang betul, dan anda akan belajar dari kesalahan mereka, dan tidak mengulangi kesalahan yang mereka lakukan. Tidak ada yang lebih berharga daripada mendapatkan bantuan daripada ahli perniagaan yang berjaya. Kalau anda nak berjaya, kenalah ikut orang yang sudah berjaya!

2. Kegigihan

Perniagaan online telah berkembang menjadi industri bernilai trilion dolar dan telah mencipta revolusi teknologi yang paling penting dalam perniagaan pada abad ke-21. Berjuta-juta orang di seluruh dunia mampu menjana pendapatan berjuta-juta ringgit hasil menjual produk dalam talian; namun, ini bukan untuk semua orang. Membangunkan perniagaan online tidak mudah, dan anda akan jatuh lebih dari satu kali. Oleh itu, untuk membina perniagaan online yang berjaya, anda mesti bekerja lebih keras daripada orang lain dan terus berusaha walaupun anda kadang kala rasa ingin berhenti.

Apabila anda merasa berputus asa, anda harus mengingatkan diri anda tentang perkara ini:

Hanya Dengan KEGIGIHAN Anda Dapat Membina Perniagaan Yang Berjaya.

3. Mindset

Mindset yang positif sangat penting ketika membina perniagaan. Ramai orang, bahkan mereka yang telah berjaya sekalipun tidak mempunyai pemikiran sebegini. Jika mindset anda negatif anda mungkin mampu membuat keuntungan tetapi keuntungan dan kejayaannya hanya untuk tempoh jangka pendek dan tidak akan berterusan.

Tanpa mindset yang betul, mustahil untuk membina perniagaan yang akan berkembang dalam jangka masa panjang. Mindset yang betul dan positif perlu ada dalam diri anda untuk berjaya dalam perniagaan.

4. Mengetahui Akses Untuk Mendapatkan Maklumat Yang Betul

Pada zaman sekarang, terdapat banyak maklumat di internet. Walaupun mungkin anda mempunyai banyak akses untuk mendapatkan maklumat, namun banyak maklumat tidak boleh dipercayai dan menyuruh anda mempelajarinya dengan cara yang salah. Oleh itu, penting untuk mendidik diri anda dengan maklumat yang berkualiti, seperti yang diberikan dalam kursus yang berkualiti. Untuk berjaya, perniagaan dan maklumat yang berkualiti perlu dijadikan keutamaan agar anda dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan anda.

5. Keimanan

Dalam kehidupan anda termasuk saya, kita perlu berbalik kepada Sang Pencipta kita. Begitu juga dengan perniagaan kita. Dalam perniagaan kita pasti ada pasang dan surutnya. Ketika pasang kita perlu terus menerus mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita dan berkongsi rezeki dengan insan-insan yang memerlukan. Tetapi ketika surutnya, jangan pula kita mengeluh atau merungut. Kita perlu sentiasa bersyukur tak kira pasang atau surut perniagaaan kita. Yang pasti Allah SWT mengkehendaki kita untuk terus berusaha sedaya upaya kita dan pastinya akan ada KEJAYAAN yang menanti. InsyaAllah! Keimanan yang tinggi terhadap Allah SWT perlu ada dalam setiap jiwa kita.

.

Sekiranya anda benar-benar dapat menguasai kelima-lima RAHSIA ini, saya yakin anda akan menjadi seorang usahawan perniagaan online yang berjaya dan mampu membina perniagaan anda di persada antarabangsa. InsyaAllah!

.

Sekiranya anda ingin seorang MENTOR perniagaan online, apa kata anda klik link di bawah ni:

Dengar kata POWER GILERR dia ni!

Jom Bersama Mentor Ini!

Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.