Cara tingkatkan jualan eBay ada banyak sebenarnya. Tapi apa yang ingin saya kongsikan ni yang memang terbukti berkesan untuk meningkatkan jualan anda di pasaran eBay. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca sampai abis ya!

Terdapat beberapa langkah yang perlu anda ambil jika anda ingin menjadi peniaga eBay yang berjaya. Berikut saya senaraikan langkah-langkahnya ya..

cara tingkatkan jualan ebay

1. Buat Rancangan Untuk Perjalanan eBay Anda

Seperti kata pepatah,”Kegagalan untuk merancang adalah rancangan untuk gagal”, jadi jika anda ingin menjadi peniaga yang berjaya di eBay, anda perlu membuat rancangan perniagaan sebelum anda membuat ‘listing’.

Di dalam rancangan anda, anda harus memasukkan maklumat tentang perkara yang anda ingin jual, kepada siapa anda nak jual dan mengapa anda nak jual. Dari situ, anda boleh melihat dengan jelas perjalanan jualan eBay anda supaya apabila anda menghadapi masalah kelak, anda sentiasa mempunyai sesuatu untuk dirujuk semula untuk memutuskan langkah seterusnya.

2. Produk Yang Laku Dijual di eBay

Sesiapa sahaja boleh menjual apa sahaja di eBay, tetapi tidak semua orang berjaya membuat keuntungan. Anda mungkin sudah memikirkan sesuatu untuk dijual tetapi adalah amat penting untuk anda memastikan produk yang anda ingin jual itu laku di platform eBay.

So, anda perlu membuat sedikit research tentang produk-produk yang mendapat permintaan yang tinggi di eBay. Anda boleh gunakan aplikasi Terapeak atau pun Zik Analytics ya. (Boleh klik di link tersebut).

3. Gunakan ‘eBay Tools’

Anda perlu memanfaatkan ‘eBay Tools’ yang telah disediakan di platform eBay seperti berikut:

  • ‘eBay Seller Hub’

‘eBay Seller Hub’ adalah ‘dashboard’ anda di platform eBay – tempat anda boleh mengurus semua aktiviti eBay anda. Dulu dikenali sebagai ‘Selling Manager’. Ia adalah percuma untuk anda download. So, dapatkan ‘eBay Seller Hub’ ni kerana ia adalah tempat yang baik untuk anda mula mengatur segala-galanya.

  • ‘eBay Selling Manager Pro’

‘eBay Selling Manager Pro’ mempunyai pelbagai fungsi yang berguna, seperti report tambahan, pengurusan inventori dan ciri-ciri automasi lain.

Ia percuma jika anda sudah mempunyai langganan Premium, Anchor atau Enterprise Store dan $15.99USD jika anda pelanggan Starter atau Basic Store.

4. Gunakan ‘Growth Strategy’

Setelah anda menyusun inventori dan ‘dashboard’ anda, anda perlu mula melaksanakan ‘Growth Strategy.

Terdapat dua cara utama untuk menggunakan ‘Growth Strategy’ ini di eBay iaitu Pengoptimuman Organik (Organic Optimization) dan Pengiklanan Berbayar (Paid Advertising).

  • Organic optimization juga dikenali sebagai ‘eBay SEO’

Anda boleh bermula dengan mengoptimumkan ‘listing’ anda untuk enjin carian eBay (eBay SEO) supaya item anda dipaparkan dengan lebih baik untuk lebih banyak carian. Ini semua adalah untuk mendapatkan perhatian yang betul daripada pembeli yang betul dengan menyediakan maklumat yang mendalam dan kandungan berkualiti tinggi.

Hanya masa yang anda perlu peruntukkan untuk memastikan item yang anda ‘listing’ itu berada di carian eBay SEO.

  • Paid advertising juga dikenali sebagai ‘eBay Promoted Listings’

‘eBay Promoted Listings’ ialah pilihan kempen untuk peniaga eBay, membantu anda menjangkau pembeli baharu dan aktif.

Proses ini berisiko rendah untuk peniaga, kerana kos ‘sponsored listings’ adalah berdasarkan ‘bidding system’ dan anda hanya membayar jika produk tersebut terjual apabila seseorang klik pada ‘sponsored listings’.

Walau bagaimanapun, ini bukan penyelesaian untuk semua. Sebaiknya anda dapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai ‘eBay Promoted Listings’ ni sebelum anda mula melaksanakannya.

5. Buka ‘eBay Store’

Kebanyakan peniaga eBay hanya mempunyai ‘seller account’ sahaja dan tidak mempunyai ‘eBay Store’. Memiliki ‘eBay Store’ adalah salah satu cara untuk anda lebih berjaya di platform eBay.

Anda boleh pertimbangkan untuk membuka ‘eBay Store’ sekiranya:

  • Jualan anda melebihi $1995/sebulan.
  • Anda membayar lebih daripada $19.95/sebulan dalam ‘insertion fees’ (melebihi 50 ‘free listings’).

Dalam kedua-dua senario ini, membuka ‘eBay Store’ akan mengurangkan kos jualan anda di platform eBay bagi volum yang lebih besar.

Sangat mudah untuk membuka ‘eBay Store’, namun terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, jadi sebelum anda mengambil sebarang risiko, dapatkan maklumat secukupnya tentang cara buka ‘eBay Store’ ni ya!

.

Kesimpulan

Amacam…cukup tak lagi dengan 5 cara tingkatkan jualan eBay yang saya kongsikan dengan anda kali ni? Sepertimana yang saya bagi tahu di awal tadi, banyak cara tingkatkan jualan eBay ni sebenarnya. Anda cuba dulu mulakan strategi yang saya kongsikan ni ya!

Sekiranya jualan anda di eBay masih sendu-sendu ataupun sekiranya anda masih ‘newbie’ di platform eBay, apa kata anda berguru terlebih dahulu dengan sifu di bawah ni. Hebat orangnya tau!

.

<<<Sifu eBay Terhebat di tahun 2022>>>

.

SELAMAT BERGURU!!!


Leave a Reply

Your email address will not be published.