Shopee Pay ialah perkhidmatan dompet digital yang ditawarkan oleh Shopee. Mungkin ramai yang dah tahu tapi ada juga yang tidak tahu mengenainya. Jom saya kongsikan dengan anda ya!

shopee pay logo

Anda Boleh Menggunakannya Untuk :

  • transaksi dalam talian dalam Shopee.
  • transaksi luar talian dengan peniaga yang menerima pembayaran melalui ShopeePay.
  • menerima atau memindahkan bayaran kepada kenalan anda, dan mengeluarkan dana ke akaun bank anda.

Cara Mengakses ShopeePay :

Anda boleh mengaksesnya melalui Apps Shopee anda dengan memilih baki ShopeePay anda di halaman utama Apps Shopee.

shopee pay home page

Sebagai alternatif, anda juga boleh mengaksesnya dengan klik pada tab Me > ShopeePay.

Bagaimana Nak Bermula Dengan ShopeePay?

Aktifkan akaun ShopeePay anda dengan menerima syarat dan menyediakan PIN ShopeePay anda.

Anda digalakkan untuk mengesahkan akaun anda dan menyediakan auto top-up baki anda.

Terma dan Syarat

ShopeePay membolehkan anda top up baki sehingga RM2,999 untuk akaun yang tidak disahkan, dan sehingga RM4,999 untuk akaun yang disahkan.

Anda boleh menggunakan ShopeePay untuk membayar transaksi sehingga RM4,999, selagi anda mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun anda. Tiada jumlah minimum yang diperlukan untuk setiap transaksi Shopee Pay.

Untuk terma dan syarat penuh, anda boleh mendapatkannya melalui ShopeePay Setting > Our Policy

shopee pay policy 1
shopee pay policy 2
shopee pay policy

Cara Untuk Top Up Baki Shopee Pay

Anda boleh top up baki Shopee Pay anda dengan kaedah pembayaran berikut:

  • Kad kredit / Debit
  • Maybank2u
  • Bayaran tunai di Kedai Serbaneka
  • Perbankan atas talian

Untuk top up baki Shopee Pay anda, pilih baki Shopee Pay di halaman utama > Top Up > pilih pilihan pembayaran pilihan anda > selesaikan pembayaran

shopee pay top up

Baki Shopee Pay anda akan menunjukkan jumlah top up serta-merta selepas pembayaran disahkan. Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee jika anda tidak melihat baki top up anda ditunjukkan dalam masa 1 hari.

Jika anda menghadapi masalah untuk top up baki Shopee Pay anda, kemungkinan besar isu pembayaran telah berlaku. Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee dengan ID Transaksi. Anda boleh menghubungi mereka dengan memilih transaksi ‘Failed Top Up’ di ‘Last Transaction’ > COPY.

Cara Untuk Top Up Secara Automatik

Sediakan top up automatik untuk memastikan anda sentiasa mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun ShopeePay anda.

Pilih baki ShopeePay pada halaman utama Apps Shopee > ShopeePay Settings > Auto Top Up Settings > set nilai untuk ‘When Balance Falls Below’ > set nilai untuk Amount Top Up > Top Up Dengan > pilih kad kredit > SUBMIT > SAVE.

shopee pay auto top up

Had Baki

ShopeePay membolehkan anda top up baki sehingga RM2,999 untuk akaun yang tidak disahkan, dan sehingga RM4,999 untuk akaun yang disahkan.

.

Kesimpulan

Inilah perkongsian saya kali ni tentang ShopeePay. Lega kan bila dah tahu apa sebenarnya ShopeePay ni kan…memudahkan anda untuk membuat pembelian di Shopee nanti.

So, kalau dah mudah dan senang beli produk dalam Shopee, bolehlah anda beli secara borong…lepas tu jual di luar negara. Lagi banyak pelanggan…lagi lumayan untungnya! Kalau nak tahu lebih lanjut, klik link di bawah ya!

.

<<<Beli Borong di Shopee, Jual Di Luar Negara>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.