CCID portal ni membolehkan anda membuat semakan status scammer/penipuan yang berkaitan dengan nombor akaun bank atau nombor telefon.

Secara khususnya, portal ini berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).

Fungsi utama JSJK adalah menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.

Dengan melonjaknya perbankan online dan e-dagang, makin ramai yang berurusan secara atas talian. Scammer pula makin licik mencari dan memperdayakan pengguna.

Jadi, bagaimana cara nak semak scammer online ni? Maksudnya cara anda nak semak panggilan/nombor telefon/nombor akaun bank ketika ingin membuat tranksaksi pembelian bagi mengelakkan sebarang aktiviti penipuan dan scammer.

Sebenarnya, ada cara mudah nak buat semakan iaitu melalui sebuah portal khas:

.

PDRM https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

.

Jom saya kongsikan cara-caranya ya!

.

  1. Layari laman web rasmi CCID (Commercial Crime Investigation Department) a.k.a Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pautan berikut:
    http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ ATAU buka aplikasi Semak Mule melalui Google Playstore.
  2. Terdapat 2 kategori yang boleh anda pilih untuk membuat semakan iaitu:
    • Nombor akaun bank
    • Nombor telefon
  3. Pilih salah satu daripada kategori di atas.
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank individu yang disyaki tersebut.
  5. Masukkan maklumat Captcha (Contohnya anda ingin membeli baju secara online, penjual memberi nombor akaun untuk anda bank in. Maka, anda copy nombor tersebut dan semak di CCID Portal bagi mengelakkan anda jadi mangsa penipuan).
  6. Tekan butang ‘Semak Maklumat’
  7. Maklumat akaun bank atau nombor telefon akan dipaparkan sama ada ia pernah dilaporkan sebagai scammer.

.

Rujuk panduan bergambar di bawah:

.

1. Semakan No Telefon / No Akaun Scammer Online (Melalui Laman Web CCID)

Kalau anda buat carian melalui laman web, akan keluar page macam di bawah ini.

Hanya perlu masukkan nombor akaun atau nombor telefon penjual yang anda nak check dalam ruang di bawah.

Lepas tu, tekan butang SEMAK MAKLUMAT.

Semakan akan memberitahu kita samaada ada orang yang dah pernah laporkan nombor telefon tersebut sebagai scammer.

Selain itu, carian maklumat juga akan menyatakan sama ada ramai orang telah membuat semakan terhadap nombor telefon atau nombor akaun yang dimasukkan tadi.

2. Cara Check No Telefon / No Akaun Scammer Melalui Apps

Jika anda sentiasa berurusniaga dengan orang ramai, bolehlah terus install aplikasi CCID Semak Mule di Google Play Store ini:

CCID Portal 5

Caranya sama juga, cuma perlu masukkan nombor akaun atau nombor telefon.

CCID Portal 4

Sekiranya nombor tersebut tidak selamat, anda akan menerima notifikasi dan amaran seperti ini:

CCID Portal 3
CCID Portal 2

Jika mendapat amaran ini, anda boleh mengelakkan daripada meneruskan urusniaga dan membuat laporan terus melalui pihak PDRM.

Jadi dengan maklumat ini, anda bolehlah meneruskan urusniaga dengan lebih yakin dan selamat.

Selain perkhidmatan online ini, anda juga boleh membuat pertanyaan, semakan atau laporan melalui 3 lagi saluran berikut:

  • Whatsapp CCID Infoline : 013- 211 1222
  • CCId Scam Response Center : 03- 2610 1559 / 03- 2610 1599
  • Facebook: @JSJKPDRM atau @CyberCrimeAlertRMP
CCID Portal 1

.

Kesimpulan

Jadi, anda perlulah sentiasa berhati-hati ketika ingin menjalankan apa-apa urusan pembelian secara online ya! Semak dahulu penjual untuk mengelakkan diri anda daripada ditipu oleh para scammer di luar sana ya!

Sekian dulu perkongsian saya kali ni untuk anda…InsyaAllah kita akan bertemu lagi pada masa akan datang…

.

Jika Berminat Nak Jual Produk Di Luar Negara, Jom Saya Bongkarkan Rahsianya!

.

Sekian, terima kasih.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published.