songkok korea

Songkok Korea guna kain baldu import dari Korea Selatan

Pembuatan songkok bukan sesuatu yang mudah malah rumit tanpa kemahiran yang khusus

Namun hal itu tidak menjadi masalah bagi Mohd Hairyzul Yahya, 38

yang mampu hasil kan 60 biji songkok setiap hari bersama dua lagi adik beradik nya.

Mohd Hairyzul berkata, makin mahir dari hari ke hari selepas bekerja sepenuh masa sebagai pembuat songkok 18 tahun lalu.

Katanya, ilmu membuat songkok itu diwarisi dia dan dua adik beradik lelaki lain

oleh allahyarham ayah mereka, Yahya Lajib, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011.

“Arwah ayah adalah guru kami yang ajar kami membuat songkok dan Alhamdulillah kini ia jadi sumber mata pencarian kami.

“Kami bersama sama membuat songkok di bengkel dekat rumah kami di Felda Kahang Barat, Kluang, Johor.

“Masa mula belajar, kami ambil masa kerana nak buat memang rumit dan tidak boleh hentam kromo kerana kualitinya akan terjejas.

“Namun semakin lama kami semakin mahir dan mampu membuat hingga 60 biji songkok setiap hari

bermula dari 11 pagi hingga 9 malam.

“Kami turut menjual songkok secara borong dan terus kepada customer terutama ketika musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya ketika ditemui di sini.

Songkok Korea tak mudah rosak

songkok korea
songkok korea

Mohd Hairyzul berkata, bersyukur kerana ketika ini permintaan terhadap jenama Sinar Songkok Melayu dihasilkannya masih baik.

“Ketika kita dikenakan pelbagai sekatan akibat Covid dahulu memang perniagaan kami terjejas

mujurlah songkok ini produk yang tidak basi dan boleh disimpan lama.

“Namun Alhamdulillah selepas tamat sekatan itu, permintaan semakin memberangsangkan

apabila ribuan stok songkok yang disimpan di stor mula menyusut sedikit demi sedikit,” katanya.

Katanya, menjual songkok gred A yang menggunakan kain baldu import dari Korea

yang dijual dengan harga bermula RM55 hingga RM120 sebiji dalam saiz dari empat hingga tujuh inci.

“Kami juga menghasilkan songkok biasa untuk budak sekolah selain songkok bayi

dan kanak-kanak yang jarang sekali dihasilkan.

“Kami menjual songkok bayi untuk usia empat atau lima bulan sehingga saiz untuk kanak-kanak berusia 11 tahun,” katanya.

Jahitan songkok kemas, tak sebarangan

songkok Korea

Katanya, walaupun berdepan persaingan dengan songkok yang dibawa masuk dari Indonesia, namun

percaya kualiti dan harga songkok dihasilkannya memiliki kelebihan tersendiri yang mampu menarik minat pembeli.

“Songkok kami dari dahulu lagi menggunakan gred A kain baldu dari Korea Selatan dan tidak mudah

rosak jika dijaga dengan baik, contohnya tidak diletakkan dalam kenderaan yang berjemur matahari.

“Saya sendiri akan pastikan jahitan songkok kemas dan tidak sembarangan hingga menganggu kualitinya

malah harga songkok kami sebenarnya setara dengan kualitinya dan berbaloi untuk dimiliki,” katanya.

Punya lah tekun dan kreatif betul orang kita ini ya

Sampai boleh buat songkok 60 biji sehari, dari pagi bawa ke malam, kalau kena label malas lagi

Tak tahu lah nak cakap apa kan

Then mesti kita ingat songkok ini cuma laku di negara ini dan negara jiran je kan

Jangan silap ya, sebenarnya permintaan songkok ini ada dari negara mat saleh

Cuba tengok gambar di bawah, jika di Malaysia songkok biasa dijual sekitar RM20 ke RM30 sebiji

Di negara mat saleh, songkok biasa je pun dah cecah harga RM140 sebiji siap dengan kos pos

Hah, ini lah yang cuba kami beritahu anda semua

Jangan bergantung lagi dengan pasaran Malaysia yang ada 32 juta penduduk

Dah berlambak lambak seller berebut customer dalam Shoppe Lazada dan Tik Tok

Ini masanya kita tembus pasaran yang ada ratusan juta pembeli

Ebay, Amazon, Etsy

Nak belajar cara cari duit online boleh klik sini

Dapatkan e book PERCUMA cara berniaga di eBay di sini

Duduk Malaysia takpe, janji gaji USD

Lagi artikel menarik di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published.