Penting untuk anda tahu negara mana yang perlu kita exclude untuk pos barang setelah selesai listing barang di eBay. Hal ini kerana jika anda tak click negara mana yang anda nak exclude kita sebagai seller terpaksa cancel order.

Yelah, dah seronok dapat emel product sold dari eBay sekali check yang beli customer dari Israel. Sebab apa kita sebagai seller perlu exclude ya?

Sebab kurier tak boleh sampai ke negara berkenaan walaupun banyak juga order dari sana.

Jom saya share negara mana yang anda kena exclude untuk pos barang:

1. US Protectorates

Ada sesetengah kurier yang hantar juga ke kawasan ini tetapi mengenakan caj yang berlipat kali ganda. Tak berbaloi kalau anda nak proceed. Biasanya cancel je.

Kawasan sekitar yang lain termasuklah Puerto Rico, US Virgin Islands, US Minor Outlying Islands, Guam, American Samoa dan Northern Mariana.

2. APO / FPO

Ok seterusnya APO / FPO. Ini merupakan kawasan ketenteraan. APO untuk tentera darat manakala FPO untuk tentera laut dan kapal laut. Kebanyakan kurier tak dihantar ke kawasan ini.

3. PO Box

Biasa kawasan yang guna PO Box ni kawasan apartment ataupun pejabat. Hanya box disediakan di bawah bangunan. Jika barang yang anda pos kecil, ia tak jadi masalah.

Tapi kalau barang anda besar pihak kurier akan menghubungi anda terlebih dahulu dan mengikut masa anda available untuk menerima barang tersebut.

4. Alaska / Hawaii

Kedua-dua tempat ini kita pun sedia maklum kedudukan geografinya. Alaska terletak di kutub utara manakala hawaii merupakan pulau yang terletak di antara Lautan Pasifik di antara California USA dan Manila, Filipina. Secara amnya kedua-dua tempat ni berjauhan dengan bandar lain.

Namun, terdapat kurier yang meletakkan harga yang berasingan untuk kedua-dua tempat ini. Ada juga kurier yang menggunakan pihak ketiga untuk menghantar ke kawasan ini.

Bagaimana Nak Exclude Untuk Pos Barang Semasa Listing di eBay

Mari saya kongsikan bagaimana cara nak exclude untuk pos barang semasa listing di eBay. Mudah sahaja!

1. Pilih Excluded Locations semasa listing

Klik Excluded locations semasa listing.

exclude untuk pos barang

2. Tandakan kawasan yang anda nak exclude

Tandakan sahaja dengan tick kan kawasan yang anda nak exclude seperti dalam gambar di bawah.

exclude untuk pos barang

Seperti dalam gambar di atas ni anda pilih Israel dan Malaysia. Sebagai seller kita harus exclude kan Malaysia sebagai destinasi penghantaran.

Anda Berminat Nak Tahu Macam Mana Nak Menjual Di eBay?

Leave a Reply

Your email address will not be published.