duit online

Cara cari duit online ni senang sahaja untuk yang tahu. Yang tak tahu confirm kata susah, betul tak? Sebab apa kita nak

cari duit online? Mesti sebab utamanya sebab duit gaji bulan bulan tak cukup kan

Mana nak bayar itu mana nak bayar ini, kusut jadinya, jadi macam gali lubang tutup lubang. Tak kan lah nak jadi macam tu

sampai kita padam nanti. Kita ni tak ubah macam tikus makmal

Yang atas kaya raya, yang bawah papa kedana. Itu untuk orang makan gaji, untuk student pun zaman now, macam macam

nak kena beli. Nak kata bazir tak ada juga, duit PTPTN habis duk beli barang belajar

Joli pun tak ada. So kena lah cari jalan macam mana nak dapat duit secara mudah kan. Salah satu cara paling mudah

zaman now adalah kita guna internet. Ramai dah jadi kaya raya atau dapat hidup senang sebab bijak ambil dan aplikasikan

ilmu yang mereka dapat dari internet kalau suri rumah, tak perlu la hempas pulas buat kuih muih sebab nak cari duit

tambah begitu juga kalau anak anak yang jaga orang tua sakit di rumah masih boleh jaga dan buat kerja secara online

untuk dapat income. So tak nak bebel panjang, jom saya kongsi tips cari duit secara online yang paling mudah, senang dan bila bila masa boleh mula

Cari duit guna Affiliate Marketing

Affiliate marketing adalah kaedah paling popular untuk mendapatkan wang melalui internet. Anda hanya perlu rajin untuk

promosi produk atau perkhidmatan di platfom media sosial masing masing dan tunggu dapat komisyen apabila ada yang

beli dari link yang anda beri

Banyak syarikat buat affiliate marketing dan hanya ada tinggal pilih yang sesuai dengan niche atau minat anda. Untuk

bermula, anda kena buat akaun di media sosial, seperti Tik Tok, Facebook, Instagram, You Tube dan lain lain

Sebab itu ramai anak orang tak kira tua atau muda nak jadi content creator atau influencer, sebab boleh dik, hehe, sebab

duit lah. Kalau boleh pilih produk dan servis yang tulen dan tak menipu, sebab kalau lah anda main sembarangan sauk je apa yang ada

Kalau terjadi isu isu berbangkit, sikit tak banyak, kepercayaan orang ramai pada anda boleh hilang. Tetapi andai kata

tapisan sudah siap siap anda buat, lebih ramai akan percaya dan tunggu anda review sebab mereka tahu, anda jujur

So lama lama anda tak payah susah susah cari produk atau perkhidmatan, ada syarikat lain yang akan cari anda sebab anda adalah influencer fenomena , gituh, tengok Khairul Aming sudah

Kedai online pun buat duit

Kalau dah anda sudah biasa niaga, apa kata terus je buka kedai online dalam Shoppe, Lazada, atau yang tengah viral

sekarang, kedai eBay seperti Dr Zul, yang kisahnya tular sebab jadi jutawan pada usia 29 tahun. Beliau jual daun ketapang

kering je. Klik sini untuk tahu lebih lanjut.

Dengan buka kedai online ini anda boleh jual produk fizikal, muat turun digital atau buat dropship tanpa perlu pegang stok.

Untuk berjaya dalam laman e-Dagang seperti eBay, adalah penting untuk fokus pada niche dan pembeli khusus. Anda

boleh buat kajian sendiri guna google atau apa apa sahaja aplikasi yang boleh bantu anda kenal pasti apa produk high

demand dan trend popular. Invest sikit duit untuk dapat kan gambar dan video yang bila pembeli tengok’ Eh rasa terpikat dan terus nak beli je.

Jangan lupa buat strategi pemasaran yang berkesan, seperti iklan dalam media sosial dan e-mel untuk capai lebih banyak trafik pengguna dan jana jualan.

Influencer

Pernah tengok laman Facebook macam Rizal Hakim tak atau yang tengah famous sekarang ini blogger seperti Che Nom yang ajar

masak masak tu. Depa ni, bukan saja saja share content sebab banyak masa terluang, sebab depa ni bijak dan ada ilmu. Depa tahu

melalui blog depa boleh generate revenue dari trafik yang singgah ke channel depa. Kat situ lah, blog depa buat duit, ala senang

nak bagi faham, anggap hampa semua tengah layan TV, tiba tiba macam macam iklan duk lalu

Tengah sedap sedap layan drama best ke konsert best ke, time tu lah iklan sibuk lalu. Hah lebih kurang macam itulah depa dapat

income, ada iklan ada gaji, sebab tu content depa power power

Tu belum yang blog depa sponsored by company company nak tumpang sekaki buat promo, harga slot pun dah lain

Dalam depa dapat sponsored tu, depa pun buat affliate marketing jual barang dan servis company tu. Nak main dalam game ini

pastikan anda ada knowledge dalam SEO, hah yang ini hampa boleh google na. Yang penting, betul la orang cakap Knowledge is

Power, Content is King

Freelancer

Freelancer zaman sekarang ini sudah jadi perkara biasa jika nak banding situasi 10 tahun lepas. Antara kebaikan jadi

freelancer ini adalah masa itu milik kita, kita yang kena pandai urus. Malah upah yang dapat juga boleh tahan setimpal dengan kerja dilakukan

Banyak syarikat zaman ini suka upah freelancer bagi buat apa apa kerja yang mereka tak boleh atau malas nak buat. Upah sahaja yang pakar, kualiti dapat jimat pun dapat

Penulis, pereka grafik, pembangun laman web atau marketer adalah antara yang paling ramai jadi freelancer. Untuk mula kan kerjaya ini yang penting kita sudah bina portfolio dari hasil pekerjaan sebelum ini

Lagi kisah menarik di bawah

>>> Klik sini untuk cara mudah cari duit online <<<

    4 replies to "Cara cari duit online 2024"

    • Sarina Mail

      Saya nak belajar

      • Fahd Mujahid

        puan boleh klik diberi dalam artikel untuk register

    • Huzaifah

      Sy nak belajar

      • Fahd Mujahid

        tuan boleh klik diberi dalam artikel untuk register

Comments are closed.