Cara simpan duit adalah berbeza bagi setiap individu
ada yang automatik tolak dari akaun bank simpanan
ada yang isi tabung ayam, ada yang tukarkan nya kepada perhiasan atau bar emas
Pokok nya semua orang ada cara masing masing untuk simpan duit
Namun, realiti yang berlaku adalah jika ramai dapat gaji hari ini
esok lusanya gaji nya sudah habis untuk itu dan ini
Hendak simpan duit jauh sekali
Maka terpaksa lah mencatu duit, ada yang makan maggi
atau ikan kering sementara menunggu gaji bulan baru
Tak ke haru apabila hidup berterusan seperti itu, mahu tak kami kongsi tips yang boleh bantu
anda susun semula cara perbelanjaan supaya tak menanggung beban itu
Melalui tips ini InsyaAllah, anda boleh simpan duit secara berdisplin dan tak perlu lagi
tebal muka pinjam di sana sini apabila poket kering
Dengan melaksanakan teknik ini, anda akan mendapati diri anda
berada di laluan menuju financial freedom
Kaji pasal duit
Jadi, sudah sedia untuk kawal duit?
Mari kita mulakan !
Pertama, faham kewangan semasa
Sebelum boleh mula simpan duit,
Cari semua maklumat pasal duit, termasuk gaji, perbelanjaan, hutang dan aset
Ini akan beri gambaran yang jelas untuk set goal yang realistik
Selepas itu, analisis perbelanjaan
Cari cara untuk kurang guna duit dan buat pelarasan
Ini seperti cut belanja, bil tak perlu atau pilih yang paling murah
Akhirnya, lihat hutang
Buat senarai semua hutang tertunggak, seperti kad kredit, pinjaman dan sebarang hutang lain
Bayar hutang yang ada ‘interest’ lebih mahal dahulu, kerana jika lewat bayar
lebih banyak duit nak kena bayar pada bank
Set goal duit dan buat belanjawan
Sekarang fikir apa yang nak capai dalam jangka pendek dan jangka panjang
Nak simpan duit muka beli rumah?
bayar loan PTPTN?
Nak simpan duit sebab nak bersara awal?
Goal yang khusus dan boleh diukur ini akan bantu supaya kekal fokus dan ada motivasi
Okay lepas itu, tiba masa untuk buat belanjawan
Belanjawan ialah peta jalan untuk kewangan anda
Peta ini penting supaya kita tak sesat untuk simpan atau belanja duit dalam tuju jalan financial freedom
Mula dengan ‘list’ kan semua sumber duit atau gaji dan tolak dengan belanja tetap seperti
sewa rumah, hutang kereta, bil api air telefon dan lain lain serta kos petrol atau duit tambang bas atau teksi
spend separuh dari gaji untuk simpan dan bayar hutang
Akhir sekali, asing sedikit duit untuk belanja dan hiburan ikut keperluan
Kurang belanja, kurang hutang
Salah satu cara yang paling berkesan untuk jimat duit adalah kurang kan belanja
Seperti henti kan langganan kabel atau strim Netflix, kurang makan di luar atau beli barang runcit guna kupon atau pukal
Atau masak je kat rumah untuk jimat kan duit
Satu lagi langkah penting untuk simpan duit adalah kurang kan hutang
Hutang yang ada interest tinggi boleh surut kan simpanan dengan cepat
Ini hutang jahat kalau salah langkah ya tuan tuan dan puan puan
Jangan terjebak dengan ceti haram atau ah long! ranap masa depan
cuba baca kisah mangsa mangsa ah long di media, jangan cari pasal!
Satu kan hutang dengan pilih ‘interest’ termasuk kad kredit paling rendah, cari bank, cuba nego apa pilihan terbaik
Buat plan untuk bayar hutang, secara tersusun, tulis ‘loan’ mana ada ‘interest’ paling tinggi, ‘loan’ itu utama kan dahulu
Buat tabung kecemasan
Tabung ini sangat function bila waktu terdesak dan jumlah duit yang perlu ada
dalam tabung ini sama dengan tiga hingga enam bulan kos sara hidup atau gaji kita
Mula mula nak simpan dalam tabung kecemasan ini mula kan dengan amaun duit yang yang realistik
Untuk maksimum kan tabung kecemasan boleh try buka akaun simpanan tetap atau akaun pasaran wang
Jenis akaun ini offer ‘interest’ lebih tinggi, dan duit dalam akaun boleh beranak pinak dengan cepat
Juga, tahan godaan untuk guna duit tabung kecemasan untuk belanja bukan kecemasan
Anggap tabung kecemasan ini tak wujud atau jadi pilihan terakhir untuk diguna jika perlu
Simpan duit secara automatik
Cara ini bantu kita jimatkan duit secara konsisten tanpa banyak usaha
Pindahan duit secara automatik daripada akaun ke akaun simpanan yang lain secara tetap
Dengan cara ini, tak payah susah susah nak ingat nak transfer tiap tiap bulan
Then anggap je duit ini macam tiada atau duit ini untuk bayar bil bil wajib
jadi kita tak akan ingat nak sentuh suka suka
Jika bekerja, manfaatkan caruman automatik kepada akaun persaraan
ini boleh cari perunding pelaburan macam Public Mutual atau yang seumpamanya
Caruman ini ditolak dari gaji
Selain itu, ada majikan yang baik hati bagi caruman KWSP yang lebih
Kata kan caruman wajib 11 percent wajib untuk pekerja
tetapi majikan sumbang sampai 15 percent untuk caruman majikan
Duit lebih itu, adalah wang percuma! Alhamdulillah
Buat pelaburan jangka panjang
Melabur penting untuk bina kekayaan dan capai financial freedom
Mulakan dengan didik diri mengenai pelaburan seperti saham, bon, dana bersama dan hartanah.
Cari penasihat kewangan yang boleh bantu buat strategi pelaburan berdasarkan matlamat, risiko
yang minimum dan tempoh masa ikut keperluan diri.
Diversify pelaburan akan kurangkan risiko rugi dan maksimum pulangan.
Kena ingat, nama pun pelaburan, memang ada risiko namun pandai pandai lah cari risiko paling rendah
Dan belum tentu jika sesuatu pelaburan berjaya pada masa lalu akan berjaya pada masa depan. ingat tu!
Sentiasa up to date pelaburan dan pastikan sejajar dengan ‘inancial freedom goal kita.
Ini rahsia nak kekal motivasi dan disiplin simpan duit
Simpan duit perlu disiplin dan motivasi, lagi lagi nak berdepan dengan godaan nafsu nak shopping
Berikut adalah petua, nak puasa kan nafsu dan kekal dengan goal kita
Set gol dan rai pencapaian
Jangan mula dengan paksa diri simpan duit dengan jumlah yang besar
mula kan dengan amoun kecil dulu, dah berjaya, raikan pencapaian itu
belanja diri sendiri makan aiskrim ke?
Lama lama apabila terbiasa capai kejayaan kecil
dan kita akan berada dalam mood positif untuk terus kan lagi usaha.
Simpan sikit sikit lama lama jadi bukit
Cari ‘cikgu displin’
Kongsi goal kita dengan ‘cikgu displin’ yang boleh jadi pasangan, ibu atau ayah atau orang yang kita
percaya dan boleh ‘rotan’ jika kita tak buat apa yang kita plan
Cikgu displin ini secara automatik akan bantu kita jadi lebih takut untuk buat salah selain bagi
semangat untuk terus berada dalam jalan yang benar
Jejak kemajuan duit simpanan
Gunakan apa sahaja tools atau aplikasi yang boleh track record simpanan.
Apabila kita nampak duit simpanan kita semakin lama semakin banyak, kita akan gembira
dan ia beri motivasi sangat bagus untuk kita disiplin simpan duit
Jaga circle yang positif
Kita kena orang lain yang sama goal dengan kita
Mereka ini boleh jadi siapa sahaja kerana dengan goal yang sama
kita sama sama boleh saling bagi semangat, nasihat dan kongsi kejayaan
Jejaki duit guna aplikasi
Di pasaran kini ada macam macam aplikasi untuk jejak rekord simpanan dan perbelanjaan
Antaranya adalah MoneyCoach Budget & Spendings, Money, Fortune City, Money Manager Expense & Budget
dan MyMoney – Track Expense & Budget
Tinggal untuk download dan guna sahaja Ikut suka kamu
Begitu juga dengan aplikasi perbankan, yang boleh bantu kita transfer duit
ke akaun tabung kecemasan secara automatik, Majoriti bank di Malaysia ada function ini.
Jika mahu buat pelaburan, banyak syarikat boleh bantu kita,
rajin sahaja bercakap dengan agen agen syarikat seperti Public Mutual, ASB,
mereka boleh advice dan beri laporan ikut portfolio pelaburan yang kita mahu.
Akhir kata INGAT, semua yang saya share di atas tak ada makna nya jika kita cuma baca dan lihat sahaja
Kena bertindak sekarang jika tak mahu menyesal di kemudian hari
Biarlah kita hidup dengan tenang walau pun ada hutang
Dan kalau mati pun roh sudah tenang sebab hutang sudah settled
Lagi TIPS menarik untuk mudah kan hidup di bawah
Dapatkan e book PERCUMA mengenai eBay di sini