Cara Jual 1,000 Sabun Guna Amazon Warehousing And Distribution
Amazon Warehousing and Distribution, atau AWD, amatlah memudahkan penjual di Amazon terutama di waktu puncak membeli belah. Kebiasannya waktu puncak iaitu musim cuti dan perayaan bagi negara Amerika Syarikat dan negara eropah yang lain adalah bermula pada Oktober sehingga Februari setiap tahun. Sebagai seller di mana mana platform e dagang di dunia ini terutama Amazon, pesanan pada waktu ini memang ‘menggila’ dan penjual memang tak menang tangan AWD ini sangat berfungsi menghilangkan sakit kepala penjual yang boleh berdepan dengan masalah keputusan stok kerana pesanan yang laju.