Jualan tudung RM14,191.47 dan 173 unit di ebay usa
Hai semua, ok seperti yang saya dah janjikan, like cecah 200, saya share dan dedahkan niche ni.
nampaknya dah lebih 300++ like. thank you geng sebab support. 😉
ok, anda mungkin selalu pikir ape nak jual kat ebay ni. barang apelah nak jual ni…
sebenarnya tak kira apa barang pun yang anda letak kat ebay ni, insha Allah akan ada yang membeli. sebab apa?
sebabnya ebay memang tempat membeli belah di luar negara. diorang memang telah terdidik untuk membeli secara online sahaja. jom tengok sales sorang seller ni dari Malaysia. akaun create masih sangat-sangat baru.. tak sampai 10 bulan lagi pun. tapi dah berjaya buat sales 5 angka 100% hanya dari ebay.
dia jual tudung jer..hari-hari dia jual tudung.
walaupun sales dia tak banyak. tapi konsisten..setiap bulan walaupun sikit tetap ada sales.
itu lebih baik dari orang yang langsung tak buat sale kat ebay… zero sales.langsung takde masuk duit dalam USD. So anda pilih mana? langsung takde sale ataupun at least ada sales walaupun sikit..lagipun bukan anda yang kena jual pun..ebay yang tolong jualkan untuk anda.
Tugas anda cuma bila dapat duit tu cepat-cepatlah poskan barang ke customer. mudah kan? hihi
cuba tengok sales dia ni setiap bulan..dalam usd ni tau. sila kira darab dengan 4.42
USD | unit sold | |
April | 36 | 2 |
may | 199.99 | 11 |
June | 393 | 22 |
July | 61 | 3 |
August | 358.65 | 19 |
September | 710.69 | 38 |
Okt | 834.84 | 45 |
Nov | 616.57 | 33 |
ni akaun dia.
nampak tak? daftar pada 6 april 2016. baru 8 bulan lebih.. tak sampai setahun pun lagi. ni bukan cakap kosong tau. sy tunjuk bukti. 😉
dia jual apa ni?
dia jual tudung..brand aida naim. dalam masa 8 bulan lebih je ( saya tak kira bulan dec) dah terjual 173 helai!
bulan pertama memang lah. baru nak belajar… 2 helai jer. dapatlah 36usd. tak banyak..anda mungkin tak heran…
but this is the real business. build up the ebay account slowly.
percayalah…
bisnes yang cepat naik biasanya cepat jer jatuh. tudung ni memang takde isu copyright di ebay. so ebay gerenti 99% takkan suspend akaun anda. 😉
ok, sy dah janji nak dedahkan supplier kan? sy tepati janji sy. bukan janji dicapati ok? hee
sesi pembelajaran kita kali ni secara real case study. jom kita tengok sales seller ni untuk bulan sept to nov (88 days)
kita tengok top 3 sahaja.
- instant shawl calista : 14 sold, sales USD254.53 @ RM1126.03
- instant shawl seroja : 10 sold, sales USD190.43 @ RM842.45
- instant shawl lestari : 9 sold, sales USD 165.55 @ RM732.38
total sales adalah USD610.51 equivalent to RM2700.86.
ni adalah penyumbang utama kepada jualan produk seller ni… ini lah dinamakan research. kalau research anda bagus..research anda strong. anda tak perlu jual barang yang sembarangan jer..anda listing barang yg memang ada track rekod sales yang bagus shj.
kalau anda follow past sales history dan dapat faham dari data sales tu..insha Allah 95% sy gerenti anda punya barang pun akan terjual. so takyah lah nak listing pakai sembarangan jer. dah tak terjual nanti kecewa..
belajarlah dulu buat research macam mana. cari apa demand buyer. barulah anda supply… bukan cari supplier kemudian try jual… ni bukan try and error bang. kita nak buat sales yg try tapi kurang error. cuma 5 significant error jer kita nak. ( masuk topik matematik pulak ;P)
ok ni adalah listing live seller ni. dah 22 sold bukan 14 sold lagi. 😉
waktu anda baca artikel ni seller ni tengah makan tengah jalan-jalan dengan anak bini..tapi bisnes dia still berjalan dan menghasilkan USD. 😉
ok kita tengok supplier. mana supplier mana? tak cerita-cerita pun…penat baca ko membebel. 😛
sabar… ni ha suppliernya
nampak tak.sama kan? mungkin anda ada supplier yang lebih baik.. dan dapat harga yg lebih murah. ni case study sahaja. blog jual tudung tu pun bukan sy punya
(https://shoppingmurah86.blogspot.my/p/koleksi-khas-aida-naim.html)
saya tunjukkan jer.. untuk anda belajar.. bagi mata dan minda anda terbukak sikit..bagi anda nampak peluang ni
ok kita kira kos berapa ye
kos sehelai paling murah RM32 = USD 7.2
Shipping : rm8 = usd1.8 ( guna flexipax)
jual : RM80.25 = usd18.14
ebay fees : $1.81
paypal fees : $0.83
net profit seunit : $18.14-$7.2-$1.8 -$1.81-$0.83 = $6.47 @ RM28.62
seller ni dah berjaya jual 22 helai kalau ikut rekod yang terkini. so RM28.62 X 22 helai = RM629.64. ni baru 1 jenis tudung je!!!
dah lah takyah nak belajar menjual. listing @ buat iklan jer kat ebay lepas tu tinggal jer…
ebay yang tolong carikan buyer. dah dapat sales, tinggal pos jer. kerja mudah.
ebay untuk orang yang tak tau nak buat sales..
dan juga untuk orang yang baru mula-mula nak menjinakkan diri berniaga di ebay..
bestkan??
ok. saya dah dedahkan bogel habis… niche saya tunjuk, supplier saya kongsikan. cara nak buat research pun saya bagitau..
tapi saya harap anda janganlah sailang harga seller ni. tujuan saya share ni untuk anda belajar. jangan pulak anda tiru sebijik sebijik macam ni..lepas tu anda nak buat sales anda buang harga… taknaklah macam tu.
jangan risau. market ni luas bang. anda letak harga lagi tinggi pun orang akan beli. kalau dah rezeki tu memang anda punya. insha Allah anda akan dapat sale juga.. belajarlah menjual dengan adab dan etika….
Allah dah janji pun dalam firmannya
“…… dan tidak satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya”
(Surah Hud, ayat 6).
“Siapakah yang dapat memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki”
(Surah Al-Mulk, ayat 21).
sy share kat anda ni pun alhamdulillah.. sales kat ebay sy masih ada lagi hari-hari. saya masih boleh lagi makan nasi baryani kambing hari-hari.. ( sebab sy jual beriani :p)
ok?
so copy case study ni dan jual lah tudung jenis lain pulak…tudung neelofa ke, tudung radiusite ke..tudung fareeda ker..kan ada banyak tudung tuh. tudung zul ariffin jer belum ada lagi. nanti ada masa sy buat brand sy. anda jualkan kat ebay ye? kahkah
selain tu..sy nak bagi tips juga.. setiap hari anda bacalah yassin, waqiah dan surah mulk.
sy dah amalkan setiap hari..Alhamdulillah. Allah bagi rezeki yang tanpa henti kat sy..kadang satu hari saya terlampau sibuk sepanjang masa atas jalan jer..sy jeling-jeling baca guna hp waktu drive bawak pelan-pelan..
sy percaya yassin ni mempermudahkan urusan harian kita setiap hari, waqiah pulak Allah dah janji kau takkan miskin selagi kau amalkan membacanya..dan al mulk pulak katakanlah tengah sibuk urusan dunia setiap hari tiba-tiba mati.. so al mulk ni lah yang akan temankan anda dalam kubur nanti..anak bini mak ayah kawan-kawan memang confirm teman sampai tepi kubur je 🙁
ok, setakat tu jelah perkongsian kita kali ni. sorry termasuk topik agama dakwah anda sekali.
sy mengajak ke arah perkara kebaikan..mudah-mudahan anda praktiskan anda dapat pahala sy pun dapat pahalanya..aminn
tolong share 1 please? 🙂
+++++++++++++++++++++++
jika anda seorang newbie or bekas ebayer, saya ada sediakan sebuah panduan berbentuk ebook. Panduan ni sesuai untuk anda belajar..sebabnya ianya adalah proven case study dan ianya easy friendly,
keduanya, sya ajar teknik yang simple tapi powerfull, anda boleh terus praktiskan. cuma anda perlu sabar sikit..akaun anda memerlukan tempoh 90 hari untuk kuat..
semua step apa yang patut anda buat, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual sy ada ceritakan secara terperinci dalam ebook ni
pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila takkan habis.
ebook ni dah 95% siap,
jika anda berminat boleh boleh klik link berikut untuk tempah dengan harga pre-launch yang lebih rendah
5 replies to "Case study jualan tudung 5 angka di ebay"
Terbaik perkongsian
terima kasih
Kalau kita ada item utk dijual, brp harga postage menggunakan ebay sbb kalau ke luar negara bukan mahal ke harga postage nya?
salam puan postage utk ship dari malaysia paling murah guna flexipax dan registered pos malaysia
Salam tuan..macam mna nk pos barang ke luar negara..?