Sebelum ni, saya kongsikan dengan anda sedikit pengenalan ringkas tentang apa itu Amazon, so hari ni jom saya detailkan lagi tentang apa langkah pertama berniaga di Amazon yang perlu anda pertimbangkan sebelum memulakan perniagaan anda di platform e-dagang paling terkemuka di dunia ni!

1. Pilih Pelan Jualan (Selling Plan)

Dengan pelan Individu, anda akan membayar $0.99 setiap kali anda menjual item. Pelan Profesional berharga $39.99 sebulan, tidak kira berapa banyak item yang anda jual. Untuk kedua-dua pelan, Amazon juga mengutip yuran rujukan pada setiap jualan, iaitu peratusan daripada jumlah transaksi dan berbeza mengikut kategori produk.

Anda boleh klik DI SINI untuk mendapatkan ringkasan yuran jualan.

2. Pertimbangkan Strategi Jualan Anda

Sebagai penjual, anda boleh mencari produk popular yang sudah wujud dan menawarkannya di kedai Amazon.

Terdapat juga pemilik jenama yang mengeluarkan produk mereka sendiri atau barangan dijual di bawah label peribadi. Cara begini dapat menawarkan pilihan unik kepada pembeli.

Ramai penjual melakukan kedua-dua kaedah di atas. Anda boleh memilih mana-mana kaedah yang sesuai untuk matlamat anda. Jika anda bercadang untuk menjual jenama anda sendiri di Amazon, klik DI SINI!

3. ‘Perfect Launch’: 5 Langkah untuk 90 Hari Pertama Anda

Bagi penjual Amazon baharu, 90 hari pertama amat kritikal untuk mewujudkan amalan yang betul untuk mempercepatkan prestasi selepas pelancaran.

‘Perfect Lauch’ ialah apa yang dipanggil oleh saintis data Amazon menggunakan 5 langkah program jualan seperti di bawah dalam 90 hari pertama:-

  • Pendaftaran Jenama
  • Kandungan A+
  • ‘Fulfillment’ oleh Amazon
  • Harga Automatik
  • Pengiklanan

Penjual baharu yang mengambil 5 langkah ini dalam jangka masa kritikal itu boleh menjana jualan dengan lebih cepat, dan banyak penjual yang paling berjaya sudah pun melakukannya.


Ketahui lebih lanjut tentang ‘Perfect Launch’ DI SINI!

4. Daftar Akaun Penjual Amazon

Anda boleh menggunakan akaun pelanggan anda untuk mula menjual, atau anda boleh membuat akaun penjual Amazon baharu dengan e-mel perniagaan anda. Penduduk di negara-negara ini layak.

Sebelum anda mendaftar, pastikan anda menyediakan perkara-perkara berikut:

  • Alamat e-mel perniagaan atau akaun pelanggan Amazon
  • Kad kredit berbayar antarabangsa
  • ID Kerajaan (pengesahan identiti melindungi penjual dan pelanggan)
  • Maklumat cukai
  • Nombor telefon
  • Akaun bank di mana Amazon boleh menghantar hasil jualan anda kepada anda

Daftar akaun penjual Amazon anda DI SINI!

5. Gunakan Aplikasi ‘Amazon Seller’

Gunakan aplikasi ‘Amazon Seller’ untuk anda ‘track’ jualan, memenuhi pesanan, mencari produk untuk dijual, menjawab soalan pelanggan, menangkap dan mengedit foto produk berkualiti profesional dan membuat ‘listing product’. Semuanya boleh dilakukan daripada telefon anda sahaja. Dapatkannya di App Store @ Google Play!

langkah pertama berniaga di Amazon

Kesimpulan

Rasanya cukup dulu 5 langkah awal berniaga di Amazon yang saya telah kongsikan ni ya! Banyak-banyak nanti anda keliru pulak kan!

InsyaAllah di perkongsian akan datang ada banyak lagi yang akan saya share dengan anda. Saya betul-betul nak bagi anda tahu bahawa potensi berniaga di luar negara secara online ni sangat banyak kelebihannya terutamanya dari segi keuntungannya!

Nape tak percaya ke? Kalau tak percaya, cuba tanya BRO kita di link di bawah ni. Langkah pertama berniaga di Amazon pun dia tahu…langkah kedua dan seterusnya lagi pro la bro kita ni:-

.

<<<BRO Yang PRO Membongkar POTENSI BESAR Bisnes Online di Luar Negara>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.