Dalam era pemasaran digital, kita dapat lihat Tsunami influencer di Malaysia yang semakin bertambah bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Kita disajikan dengan pelbagai content di laman media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan X.

Mereka ini dipanggil influencer kerana ada followers yang beribu bahkan berjuta. Ramai yang menjadikan mereka sebagai idola, sumber inspirasi dan trend setter seperti dalam bidang fesyen atau tata hias.

Disebabkan itu, banyak brand yang sanggup melabur berpuluh-puluh ribu untuk mengambil influencer bagi tujuan paid review. Memang tak hairan kalau mereka ini hidup mewah sebab satu posting di media sosial boleh mencecah sehinnga RM90,000 ribu! (berdasarkan rate sebenar). Walaupun mereka ini dibayar, tapi mereka pakar berikan review yang honest atau genuine.

Artikel berkaitan: Cara Menjadi Viral di TikTok

10 Influencer Malaysia Terbaik untuk Paid Review Bisnes Anda

Influencer di Instagram:

1. Khairul Aming

Niche: Makanan dan Masakan

malaysia influencer

Anak kelahiran Kelantan ini terkenal dengan content masakan dan resipinya. “Hey wassup guys” memang tak asing lagi dah dengan rakyat Malaysia. Dah macam satu fenomena bila setiap kali masuk bulan Ramadan, ayat ini akan ‘berkumandang’ dalam segmen 30 Hari 30 Resipi.

Resipi yang Khairul Aming kongsikan ringkas dan lazat yang membuatkan content dia mudah ‘dijamah’ oleh setiap peringkat umur. Gaya percakapan yang santai dan kelakar membuatkan ramai terhibur dan reshare video dia.

Bayangkan lah. Apa sahaja yang dia review, pasti akan sold out! Tapi, dia ada inform yang dia tidak akan menerima apa-apa promosi berbayar selepas ini atas alasan tertentu.

Namun sehingga kini, masih banyak brand yang ingin mengambil dia bagi tujuan paid review.

2. Alif Satar

Niche: Fitness

Selebriti tanah air yang berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 dan 2018 ini cukup membuktikan dirinya fit! Followers seronok follow journey dietnya, aktiviti senaman yang dilakukan sebagai inspirasi untuk turut fit.

3. Nor Atierah Zulfatie

Niche: Makanan

malaysia influencer

Siapa-siapa yang tengah lapar, kalau tengok content beby tora ni memang terliur! Walaupun sering dikecam, namun itu tidak menghalang dia untuk terus berkarya. Bahkan, lebih banyak business owner yang hire dia untuk paid review. Well, bad marketing is a good marketing.

4. Hazeman Huzir

Niche: Lifestyle

malaysia influencer

Walau tutur katanya kedengaran agak kasar, namun butir bicara Haze penuh dengan ilmu. Mana taknya. Haze ni dulu pengacara HLive. Sebab tu, perkongsian daripada Haze ni nampak bijak dan ada ‘isi’. Jika dia review sesuatu barang, kita berasa seolah-olah dia sedang bercerita di hadapan muka kita. Macam sembang dengan member!

Influencer di TikTok:

1. Ahmad Faezal

Niche: Analisis Geopolitik

malaysia influencer

Beliau ialah seorang penulis buku dan gemar bercerita tentang geopolitik. Penerangannya ringkas dan penceritaannya tersusun. Walaupun kita tak minat gepopolitik dan malas nak ambil tahu, tapi bila dengar beliau bercerita, kita jadi ralit. Apa yang membuatkan video lagi menarik ialah ada visual atau grafik dalam setiap penceritaannya.

2. Iman Kamil

Niche: Tech & Gajet

Inilah sumber yang anda boleh rujuk kalau anda penggemar teknologi & gadjet. Apa yang menarik dengan content dia bukan setakat pengetahuannya tentang produk. Tetapi, cara dia mengulas sesuatu gadjet tu. Dinamik, menghiburkan dan mudah untuk difahami. Kita tak perlu jadi pakar gadjet untuk menikmati content dia.

3. Syamimia

Niche: Lifestyle

Influencer Malaysia yang satu ni pernah tular kerana dikecam memiliki peti ais jenama SMEG sedangkan hanya duduk di PPR. Syamimia gemar menyajikan content yang tenang ditonton seperti menyusun barang-barang dapur , barang memasak, membersihkan rumah dan lain-lain.

Peralatan dalam rumahnya memang terlihat mewah yang mana sebahagiannya adalah daripada paid review. Inilah yang orang katakan, “Luar setinggan, dalam kondo.”

Influencer di Facebook

1. Azrul Affandi Sobry HM

Niche: Bebas

Namanya meningkat naik semenjak musim Covid-19 yang lalu dimana dia diberi jolokan Covid Teacher kerana sering mengingatkan tentang cara pencegahan wabak tersebut. Azrul sebenarnya seorang wartawan di News Straits Times Press (NSTP).

Kini, dia banyak melibatkan diri dengan menghasilkan content yang berkisarkan tentang silat, warisan Melayu. Kalau dah namanya wartawan, setiap yang dibicarakan memang terlihat bijak dan banyak ilmu.

Influencer di YouTube

1. Fikri Zamri

Niche: Travel

Kaki ‘nyongket’ (jalan) mesti pernah tengok content melancong dari Fikri ni. Kadang tu, tak perlu ke luar negara pun untuk promosikan tempat yang menarik untuk melancong. Dalam Fikri memecahkan stigma review kawasan pelancongan dalam Malaysia saja, sinematografi dalam video dia sangat memikat hati! Sering kali saya terpegun dengan keindahan tempat-tempat yang dia pergi.

2. Azfar Badrul

Niche: Food Vlogging

Kalau anda familiar dengan KL Foodie atau Malaysian Foodie yang sering buat paid review, Azfar Badrul ni juga buat konsep yang sama iaitu food vlogging. Tapi, apa yang unik ialah dia hanya akan promosikan gerai makanan yang berada di Perak sahaja.

Anak jati Perak ini mengambil inisiatif untuk membangunkan ekonomi di negeri yang dicintai .Bagusnya! Sekurang-kurangnya, dapat tarik lebih ramai pelancong luar untuk food hunting di Perak.

Kesimpulan

Sebenarnya, lebih ramai influencer Malaysia yang bagus untuk berkolaborasi bersama bagi tujuan paid review mengikut kepakaran masing-masing. Pokok pangkalnya, dekatilah mereka yang pakar dalam bidangnya.

Sama lah seperti nak belajar menjual di eBay. Anda perlu berguru dengan pakar seperti Dr. Zul yang berjaya menjadi jutawan dengan menjual daun ketapang di eBay. Menakjubkan!

>>> KLIK UNTUK KETAHUI SELOK BELOK BISNES DI EBAY <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.