Naikkan Jualan Di eBay sehingga 6 angka hanya dari rumah.

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita beberapa tahun yang lepas, tak dinafikan ramai yang kehilangan pekerjaan.

Namun, anda percaya tak ramai yang buat keputusan untuk jual barang di eBay, Etsy, TikTok dan platform e-dagang yang lain untuk kelangsungan hidup.

Percaya atau tak kalau saya katakan selain makan gaji, bekerja dari rumah juga boleh jana income sehingga 6 angka? Betul ke?

Ya. Betul.

Sekarang ni banyak pekerjaan dari rumah yang boleh dijadikan sumber pendapatan. Antara yang menjadi pilihan ialah jual barang di eBay.

Cara jual barang di eBay berbeza jika nak dibandingkan dengan jual barang di Shopee, Facebook Marketplace. Boleh lihat sini kalau nak tahu beza jual barang di TikTok Shop dan jual barang di eBay.

Di eBay anda jual barang ke seluruh dunia. Hasil jualan lebih lumayan kerana menggunakan nilai matawang US Dolar (USD). 

Saya akan kongsikan dengan anda cara naikkan jualan di ebay dengan teknik yang betul. Antara cara yang boleh membantu anda naikkan jualan di eBay ialah :

Produk HotDan High Demand

Pertama sekali anda pastikan barang yang anda jual ‘hot’ dan high demand daripada bakal pembeli. Ketahui barang yang menjadi trend atau hits yang sentiasa dicari oleh pembeli eBay. Anda boleh lihat Daily Deals di laman web eBay

Tak pun anda boleh klik Advanced Search.

Kalau harga berwarna hijau maknanya ada pembeli.

Barang yang trend mengikut musim perayaan juga berpotensi untuk menaikkan jualan anda. Contohnya lampu pelita yang digunakan pada hari raya. Kadangkala, barang yang anda jual tu kita tak sangka pun orang nak beli.

Contoh macam Dr Zul ni beliau dapati daun kering ketapang antara barang yang ramai pembeli nak cari.

Tak sangka nilai harga daun jatuh pada harga RM4.67 sehelai. Wow sangatlah kan!

Penerangan Produk Komprehensif

Seterusnya, buat Penerangan setiap barang lengkap, jelas dan bermaklumat. Sertakan butiran seperti saiz, bahan, keadaan dan spesifikasi produk.

Gunakan kata kunci yang berkaitan untuk membantu pembeli mencari barang yang anda jual.

Gambar Berkualiti Tinggi

Gambar pun main peranan tau!

Pastikan berkualiti tinggi dengan pencahayaan yang baik.  Tunjukkan gambar dari pelbagai sudut untuk memberikan pandangan yang menyeluruh.

Gunakan template yang sama. Imej yang baik akan membuatkan pembeli lebih yakin. 

Harga Kompetitif

Sebelum nak listing barang di eBay, selidik dulu harga untuk produk yang sama di eBay dan pastikan anda menawarkan harga yang kompetitif.

Oleh yang demikian, harga barang yang anda jual tak terlalu mahal dan tak terlalu murah.

Anda boleh cek dan buat perbandingan harga supaya anda tahu harga yang buyer willing to pay untuk barang tu.

Boleh tengok kat complete listing macam gambar kat atas ni.

Tawaran Gift Atau Penghantaran Percuma.

Ramai pembeli sangat gemar dengan tawaran gift. Penghantaran percuma pun antara tawaran yang boleh menjadi tarikan kepada pembeli untuk membeli produk anda.

Pastikan gift yang anda nak bagi tu berkaitan dengan barang yang anda jual. Anda juga boleh bagi free barang yang korang jual. Contoh Buy 2 Free 1 insha Allah boleh bantu naikkan jualan anda di eBay.

Servis Terbaik

Akhir sekali, sentiasa berikan servis yang terbaik kepada pembeli. Contohnya memberikan respon yang cepat dan mesra supaya pembeli berasa selesa dengan kita. Oleh itu, potensi untuk mendapat pembeli yang sama dan berulang lebih tinggi.

Jangan lupa untuk minta pembeli meninggalkan review untuk meningkatkan feedback yang positif. Ini sangat baik untuk menaikkan jualan anda di eBay.

Jual Barang di eBay Boleh Jana Income 6 Angka??

Leave a Reply

Your email address will not be published.