Hah biar betul?

Macam mana tu? Sama macam YouTuber tu ke?

Sebenarnya, dengan ada nya Google AdSense di blog anda, anda boleh dapat duit secara automatik.

Bila paparan iklan-iklan yang muncul tak kira masa tu mendapat klik daripada pengguna yang mengunjungi blog anda, anda akan mendapat bayaran dalam matawang USD. Menarik bukan?

Oleh itu konten blog anda haruslah menarik supaya ramai follower anda berkumpul di blog.

Secara tak langsung potensi untuk mendapat klik daripada iklan-iklan yang ada di blog anda semakin tinggi.

Konsepnya nya mudah sahaja. Semakin ramai orang pergi ke website, blog atau video di Youtube anda, semakin banyak income yang anda akan dapat.

Anda Nak Daftar Jadi Blogger? Mudah saja.

Tetapi cara nak buat duit dengan menulis blog tu yang agak mencabar. Kuncinya anda perlu kreatif untuk membuat konten yang menarik untuk menarik follower anda membaca konten di blog anda.

Jom saya kongsi Tips Buat Duit Menulis Blog Anda Boleh Dapat Sehingga 10USD Sehari!

1. Menulis ‘Content’ Yang Orang Suka

Susunan ayat, format penulisan yang menarik memainkan peranan penting dan menjadi salah satu elemen untuk menjadikan penulisan anda suka dibaca.

Anda boleh gunakan tool untuk mengetahui ‘top’ keyword yang mendapat rank di search google. Oleh itu penulisan anda akan termasuk dalam rank di search Google. Terdapat banyak tool generator yang disediakan untuk memudahkan anda mancari keyword .

Ada yang anda perlu subscribe secara bulanan dan ada juga yang free.

2. Berkongsi Pengetahuan Dengan Pembaca

Pembaca suka dengan perkongsian yang berguna dan bermanfaat. Oleh itu anda boleh jadikan ini sebagai peluang untuk menambah bilangan pembaca seterusnya boleh menjadi follower anda kelak.

Antara perkongsian yang boleh menarik minat pembaca adalah seperti tips-tips, resepi masakan, life style routine juga sangat digemari oleh pembaca. Antara ‘top’ blog yang menyediakan tips-tips resipi masakan seperti myresipi.com dan rasa.my.

Tak mustahil satu hari nanti anda mula dapat buat duit dengan menulis blog hanya dari rumah!

3. Rajinkan diri untuk ‘blog walking’

Penting untuk anda tinggalkan jejak supaya orang boleh kenal anda nanti. Kelebihan bila anda blog walking ni anda boleh tinggalkan link blog anda di komen.

Tak hari ini, mungkin esok mereka akan jadi follower anda pula.

4. Tajuk ‘Content’ & Gambar Yang Menarik

Tajuk artikel atau konten anda mesti menarik untuk tarik minat pembaca membaca artikel anda sehingga habis.

Masukkan gambar berkaitan yang menarik untuk menjadikan konten anda lebih ‘stunning’.

5. Rajin Update Blog Dengan ‘Content’ yang ‘Fresh’

Bila anda rajin update, follower akan sentiasa follow anda dan ternanti-nanti dengan entri terbaru anda.

Kalau anda nak tahu banyak je cara anda boleh buat duit hanya dari rumah. Salah satu nya adalah menulis di blog lah.

Mungkin ada sesetengah individu yang berkata masih relevan lagi kah menulis di blog?

Kan dah banyak media sosial sekarang ni?

Ya. Menulis di blog masih relevan. 

Dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang ni anda perlu mengikut perkembangan gaya penulisan yang perlu diubah dengan memasukkan keyword dan format SEO.

InshaAllah tak mustahil dengan ribuan pengunjung yang masuk ke blog anda, anda berjaya mencapai income USD yang tak masuk akal!

Yang penting anda terus berusaha dan konsisten setiap hari.

Anda Nak Tahu Berniaga eBay Juga Boleh Buat Duit Sehingga 5 Angka?

Leave a Reply

Your email address will not be published.