Azhar Food

Anak muda ini pernah tular di Tik Tok kerana pandu Lamborghini Urus

Itu pun, bukan beliau yang menunjuk nunjuk , tetapi jadi bahan content orang lain

Apabila diminta sekeping foto beliau bersama kereta nya

untuk dimuatkan di dalam artikel ini

Anak muda ini tolak baik permintaan penulis dan berkata,

biarlah kejayaan peribadinya tidak diukur dengan bentuk material

sebaliknya, niat beliau yang terbuka kongsi kisah jatuh bangun bisnes ini

diharap dapat jadi pembakar semangat orang lain khusus nya

anak anak muda, supaya terus berusaha kejar impian masing masing

Orait gais, jom kita baca apa kisah pewaris legasi Azhar Food ini okay

“Anak tokey Azhar Food memang lah, keluar keluar ada dulang emas”

Persoalan ini penulis ajukan kepada nya, dengan tenang pemilik nama Syahme Azhar, 28 ini berkata, 

Dia tak terlepas dari alami kesusahan yang ajarnya erti bahawa hidup ini ‘keras’.

“Mungkin orang luar cakap , keluar keluar dulang emas

“Tetapi bagi saya, setiap orang ada kisah kesusahan sendiri

“Sejak kecil pada hujung minggu, ayah akan suruh saya datang ke kedai untuk bantu,

jika tidak datang, ayah tidak akan beri duit belanja

“Semasa saya belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), ayah hanya

beri duit makan RM200 sebulan

“dan jika saya perlu duit belanja saya kena usaha sendiri,” katanya.

Suami kepada seorang guru dan bapa kepada dua anak itu berkata,

atas sebab itu beliau ambil keputusan untuk jaja kerepek di sekitar kampus.

“Saya selalu jual kerepek dekat kafe UMT dan tunggu pelanggan datang.

“Saya guna Facebook dan Alhamdulillah dari situ saya kenal ramai orang

“Jualan pun Alhamdulillah saya boleh jana kira kira RM1,000 seminggu

“Bekalan kerepek saya akan ambil dari Rengit dan dipos dengan guna bas

“Walau saya anak bos, jika nak kata dulang emas itu tidaklah tepat kerana orang tidak 

nampak kepayahan kita macam mana,” katanya.

Anak ketiga dari empat beradik itu bersyukur kerana hasil didikan orang tuanya

yang memang orang susah, dia tidak ‘spoiled’.

Katanya, sebagai penjaja kecil ketika itu, pengalaman jual beli di jalanan

lebih penting untuk berjaya pada masa depan.

“Ayah tak manjakan anak anak dengan wang ringgit tanpa berusaha keras

“Pengalaman sebagai penjaja jalanan ini saya anggap sebagai asam garam

dan saya rasa okay jika orang tak mahu beli kerepek dengan saya.

“Atau pun rakan rakan jauh kan diri kerana tak selesa sebab fikir saya asyik nak jual kerepek sahaja

“Niat saya selain cari duit pengalaman soft skills itu lebih penting untuk dibina

dan digunakan selepas saya tamat belajar,” katanya.

Asal Usul Azhar Food

Imbas kembali kisah awal perniagaan Azhar Food Supplier Sdn Bhd, graduan Sarjana Muda Ekonomi UMT pada 2018, itu berkata,

perniagaan keluarganya bermula dari rumah ibunya di Parit Hailam pada 1990 sebelum maju dan berpindah ke kilang di Rengit pada 2000.

“Ayah, Azhar Rasnan, 57, dahulu memang suka buat bisnes trading, seperti jual belacan

“Beliau berasal dari Parit Kemang Batu Pahat, dan dahulu sebelum berniaga

ayah sebenarnya bantu abang nya jual kerepek.

“Selepas itu selepas itu ayah mula buat kerepek sendiri dan dapat sambutan ramai

“Bermula sedikit demi sedikit, ayah tanam dan goreng ubi serta jual kerepek ubi nya sendiri.

“Kini ayah adalah Pengurus Syarikat dan ibu, Mariam Boon, 56 adalah Ketua Pegawai Eksekutif.

“Dalam kilang seluas dua ekar di Rengit, kami hasil kan 11 jenis kerepek

antaranya ubi, pisang dan sukun cecah yang cecah berat hingga 50 tan sebulan.

“Ruang jualan kami juga jadi pusat pengumpulan lebih 100 kuih muih perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seluruh Johor,” katanya.

Cabaran bisnes Azhar Food

Sentuh mengenai cabaran dihadapi syarikat ketika ini, Syahme berkata,

kos kenaikan bahan mentah dan sumber manusia jadi cabaran utama.

“Harga barang mentah semakin naik dan berlaku inflasi buat pengguna kurang kan  kuasa beli mereka

“Kami juga terpaksa naik kan harga jualan namun kesan nya pengguna pula kurang membeli.

“Begitu juga dengan cabaran sumber manusia, ramai orang di Rengit akan pilih untuk kerja di Singapura.

“Mereka akan sewa rumah di Johor Bahru dan ulang alik dari sana ke Singapura.

“Faktor ini punca syarikat sukar nak dapat pekerja tempatan,” katanya.

Solusi

Bagi kurang kan kos pembuatan, syarikat nya ambil keputusan untuk tanam sendiri bahan mentah

di tanah seluas 150 ekar di Tanah Pertanian Moden Kluang selain buka kilang di Indonesia.

“Bekalan bahan mentah ini akan terjejas jika berlaku hujan dan banjir.

“Kami tanam di kawasan bukit, apabila air bertakung akan sebab kan

tanaman ubi rosak

“Petani apabila ada isu seperti monsun ini memang alami nasib kurang baik

“Kami cari solusi untuk atasi masalah ini dengan import bekalan ubi dari kilang di Indonesia

“Kerana tanah di sana lebih luas dan kos upah pekerja murah,” katanya.

Syahme Azhar berkata, pihaknya tubuh kan sebuah anak syarikat pada 2017 dengan bekas pekerja yang 

diberi share syarikat dilantik untuk ketuai operasi di sana.

“Kami buka kilang di Pulau Jawa Tengah dan dapat hasilkan kira kira 30 tan ubi mentah sebulan

“yang dihantar melalui kapal laut ke Malaysia,” katanya.

Strategi Jualan

Azhar Food

Sebagai Pengurus Pemasaran, beliau anggap soal kos yang turun naik adalah asam garam

dalam bisnes dan pilih untuk fokus strategi jualan

Beliau berkata, selain kekal cara lama iaitu lantik pengedar yang pasarkan produk di dalam dan luar negara

beliau juga utama kan method beli secara tunai untuk jaga cash flow syarikat.

“Kita ada cawangan pusat jualan di Jalan Padi Emas Bandar Baru Uda Johor Bahru

 dan di Kuala Lumpur iaitu di Kampung Baru serta Gombak.

“Kita juga ada pengedar di Singapura, Dublin Ireland dan kami ada ramai agen yang

 hantar ke produk serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kita dapat duit tunai yang cepat dan ini sangat penting dalam bisnes kerana

sebelum ini Azhar Food guna konsep credit terms 

tetapi itu pun sakit apabila ada yang tak bayar

“Kami beri credit terms kepada pengedar yang juga pemborong besar yang pasarkan kerepek

kami di pasaraya AEON seluruh negara kecuali Sabah Sarawak

“Selain dari itu, ada pengedar kami bawa masuk ke pasaraya Mydin dan

pasaraya negeri seperti Sabasun, Terengganu

“Sekarang kami guna konsep bayar tunai dan kami ada 10 pemborong besar,” katanya.

Jual online untung berjuta

Nyata pemikiran anak muda ini sesuai dengan pengalaman dan kelulusan nya sendiri, 

dan lebih buat penulis bangga adalah apabila ditanya mengenai hasil jualan dari platfom online, 

Syahme berkata, untuk Shopee syarikat berjaya raih untung sebanyak RM7 juta pada 2020 

dan Tik Tok berjaya raih RM5 juta pada tahun lalu.

Katanya, formula nya tubuhkan syarikat SSAM Snacks Trading juga menjadi selain fokus nya kini untuk

tambah nilai produk selain jualan online.

“Apa yang saya buat, saya wujud kan satu company atas nama sendiri dan saya cari 

pelanggan dengan harga yang bebeza serta beri persembahan dalam produk (pembungkusan)

“Saya bermula dengan Shopee, dan ketika itu kita kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Alhamduliilah, kedai online kami di Shopee duduki tempat ketiga selepas Nestle dan Mydin

“Kami catatkan jualan di Shopee sebanyak RM7 juta pada 2020

dan sejak itu, penjual lain nampak kerepek boleh jual online, dari situ ramai yang jual kerepek online

“Oleh kerana pasaran Shopee sudah tepu, kami kena buat sesuatu, dan saya nampak

Tik Tok dan masa itu susah sangat nak menjual

sebab kena tunggu kelulusan Tik Tok selama sebulan. Mereka mahu elakkan penipuan

“Tik Tok mahu lihat kilang dan apa apa yang berkaitan dan saya antara terawal masuk di Tik Tok

“Apa yang saya buat, saya kena jadi yang terawal dalam apa apa platfom, dan

jualan di Tik Tok berjaya capai RM5 juta pada tahun lalu,” katanya.

Kuasai pemasaran online

Meski pada tahun depan dikatakan lebih mencabar Syahme berkata

duit tetap ada di dalam dunia ini dan tidak dibakar

Cuma orang ramai sudah tukar cara membeli dan peniaga kena ubah cara menjual.

“Sebab itu saya pilih platfom Tik Tok kerana kos yang murah dan mudah.

“Tetapi kita kena lebih kan content dan beri tambah nilai bahawa kerepek ini bukan 

hanya perlu dibeli waktu hari raya sahaja tetapi boleh dimakan pada bila bila masa

“Dan, kena ingat, ramai pengguna iaitu generasi muda main Tik Tok

Mereka boleh beri pengaruh ibu bapa mereka untuk berbelanja

“Yang bagus di Tik Tok ini, mereka juga ada beri baucar kepada pelanggan,” katanya

yang kini ada seramai lebih 181,000 pengikut di Tik Tok.

Beliau berkata, syarikatnya juga kini tawar 10 hingga 20 peratus komisyen

kepada affliate di Tik Tok.

Cash Flow amat penting

Ketika ditanya tips yang beliau boleh kongsi untuk kebaikan peniaga di luar sana, 

Syahme berkata, peniaga kena ubah teknik pemasaran dan guna platfom jualan online

yang trending seperti Tik Tok, Shopee dan Facebook.

“Kita pun biasa kursus bersama usahawan kebanyakan yang saya nampak

satu mereka jual produk dan servis tetapi tak tahu nak dipasarkan di mana

dan lagi satu mereka guna konsep consignment, bukan nak kata tak bagus

tetapi bisnes ini ada turun dan naik nya

konsep ini jadi punca peniaga lambat dapat duit rolling dan jika dapat elak

lebih baik guna konsep beli tunai sahaja kerana amat penting

untuk ada cash flow yang bagus,” katanya.

Katanya, berharap perniagaan syarikatnya lebih maju pada masa depan dan boleh bantu

lebih ramai orang untuk dapat pekerjaan.

“Saya mahu tingkatkan jualan dan lebih agresif dalam pemasaran,” katanya.

habis//

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi kisah liku liku pendiri bisnes di bawah

SpaceIn bukti kerja keras wanita besi

Medeseri lambang kecekalan wanita

>>> Online kan bisnes guna eBay dengan MUDAH dan MURAH, klik sini<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.