Subagiya bin Moehamad Ali

“Saya cuma ada duit RM1 yang dah koyak dalam dompet saya,” kata Subagiya bin Moehamad Ali,52,

Imbas kembali keadaan paling sukar dihadapi beberapa tahun lepas, bapa kepada lima anak itu berkata,

hidupnya ditimpa ujian getir selepas isteri tersayang disahkan menghidapi tumor

di dalam kepala hingga lumpuh pada 2016.

Katanya, situasi itu menjadi salah satu sebab utama beliau letak jawatan sebagai

Pengurus Fasiliti di sebuah syarikat swasta bagi menjaga isterinya itu.

“Sebenarnya isteri kena kena stroke akibat komplikasi pembedahan buang tumor 2016.

“Jadi pada peringkat awal, isteri sepenuhnya bed ridden.

“Disebabkan berhenti kerja, pendapatan saya memang tak tetap, struggle, hingga tiga unit rumah semua habis jual.

“Anak anak pula masih belajar, yang sulung ketika itu masih di UiTM , anak nombor dua

dan tiga masih di kolej vokasional, manakala anak nombor 4 dan 5 di sekolah harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Bengkel eBay Preneur di Metro System Academy (MSA)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Sungai Buloh, 30 Disember lalu.

Katanya, sebelum disahkan menghidapi ketumbuhan, isterinya ambil upah menjadi pengasuh.

“Sebelum jadi pengasuh, isteri kerja sebagai kerani data dan apabila mengandung

anak kami yang ketiga , dia berhenti,” katanya.

Keluarga Subagiya ambil berat

Subagiya berkata, dalam masa sama beliau bersyukur kerana keluarga nya amat prihatin

dan menasihatinya supaya berpindah bersama anak dan isteri dari Cheras ke kampung di Sarbak Bernam, Selangor.

“Saya pulang ke kampung duduk ibu dan ayah, jadi soal tempat tinggal makan minum,

kami sekeluarga, sedikit sebanyak dah kurang beban

“Saya pun berhenti kerja tetapi untuk rawatan isteri, saya perlu berulang ke HUKM, Bandar Tun Razak.

“Kos memang tinggi, kadang kadang saya perlu berulang dua kali seminggu untuk rawatan susulan dan fisioterapi,” katanya.

Beliau berkata, mujur isterinya dapat pencen ilat sebanyak RM500 sebulan, dan dapat keluar

KWSP kerana disahkan cacat kekal.

“Kos rawatan seperti fisio yang tak perlu alat ganti sebagai contohnya,

itu Alhamdulillah dapat percuma dari kerajaan,” katanya.

Katanya, ketika wabak Covid-19 melanda, dia bersyukur kerana dapat keluar dan

guna KWSP bagi meneruskan kehidupannya sekeluarga.

Subagiya berkata, bersyukur kerana isterinya boleh urus aktiviti harian selepas

menjalani fisioterapi pertama, iaitu dua bulan selepas keluar wad.

“Namun pun ada beberapa perkara masih perlu bantuan, seperti

nak ke tandas , nak transfer ke wheel chair dan sebagai nya,” katanya.

“Alhamdulillah, perkembangan kesihatan isteri agak positif. Pada awalnya, pihak juruterapi 

jangka proses pemulihan isteri termasuk boleh urus diri dalam tempoh dua tahun tetapi

dalam tempoh lapan bulan, isteri sudah boleh buat, Alhamdulillah,” katanya.

Subagiya berkata, bagi tampung hidup, dia kerja sebagai runner Lalamove,

selain menjadi pengurus projek jika diperlukan rakan rakan.

“Setelah PKP berlalu, dan saya perlu  mencari income yang lain.

“Untuk kerja tetap saya tak boleh sebab saya masih perlu take care isteri saya,” katanya.

Subagiya bawa anak anak belajar eBay

Beliau berkata, atas sebab itu, dia pilih untuk daftar ke kelas Dr Zul.

“Sebelum ini saya pernah juga buat benda benda lain, saya pernah trade dalam Forex.

Tetapi dengan banyak isu yang timbul, dan kini prestasi saya tak macam dahulu

jadi saya ambil keputusan untuk ambil alternatif lain.

“Sebenarnya untuk kelas Dr Zul, ini adalah kali kedua, sebab kali pertama, adalah pada bulan Jun 2023.

“Saya ambil kelas online, tetapi masa kelas itu, kakak ipar meninggal dan saya tak dapat ikuti kelas,” katanya.

Subagiya berkata, walaupun ada disediakan video rakaman kelas selama sebulan,

namun disebbakan faktor usia dan tidak biasa dengan internet, dia sukar untuk belajar.

“Jadi saya tak dapat nak follow dan lepas itu bila tengok ada beberapa benda

yang kena disediakan saya rasa macam sukar.

“Saya fikir, boleh ke saya nak buat benda ini, sedangkan nak beli barang

di Shopee pun saya tak pernah,” katanya.

Atas sebab itu, Subagiya berkata, dia ambil keputusan untuk bawa

anak anak nya bersama sama ikuti kelas Dr Zul.

Jangan rumitkan fikiran, yang penting buat langkah pertama

“Tetapi untuk yang kali ini, anak yang bongsu ambil jurusan perniagaan

di kolej vokasional, dan sekarang dalam tahun akhir.

“Anak dalam proses nak siapkan final year project, jadi saya teringat balik, pasal eBay, Export Oversea Academy.

“Selain saya cadangkan (topik eBay) pada anak saya, saya fikir kenapa saya tak cuba, pergi sekali.

“Hasil perbincangan kami anak beranak kenapa kami nak fikir step yang terlalu jauh ke depan,

jadi yang penting adalah first step apa yang nak kena buat,

“Macam kita naik tangga, kita tak terus lompat anak tangga ke lima, kena mula step pertama, “ katanya.

Subagiya berkata, anak bongsu nya sudah ikut kelas online eBay Preneur 27 dan 28 Disember lalu 

dan beliau dan anak ketiga nya pilih datang kelas offline pada Sabtu lalu.

“Selain dari faktor usia, dan kurang familiar pasal online, saya ambil keputusan

bawa anak anak kerana mereka anak lebih faham,” katanya.

Subagiya berkata, berharap dia dan anak anaknya dapat terus berusaha

dan tidak terhenti setakat belajar sahaja.

“Harapan saya kami anak anak beranak dapat terus kan usaha, dan tidak terhenti

setakat datang kelas, dan bila ada cabaran atau halangan yang perlu kami atasi, kami tak boleh give up.

“Kami harap kami boleh berjaya bawa keluarga kami keluar dari masalah kewangan,

selain bayar hutang ratusan ribu yang ada,” katanya.

Nilai ilmu eBay Dr Zul, sangat berbaloi 

Subagiya berkata, sifatkan nilai yuran kelas sebanyak RM50 sebagai amat berbaloi

berbanding ilmu diterima.

“Pada saya sangat sangat berbaloi nilai RM50 dengan apa yang Dr Zul ajar.

“Saya pernah ikuti kursus untuk belajar online trading dengan charge RM5,000

untuk satu kelas (dua hari) belajar trade.

“Jadi dengan RM50 dengan ilmu yang diajar, memang saya tak tahu nak cakap apa, memang speech less,” katanya.

Subagiya berkata,  yakin dengan ilmu yang Dr Zul ajar dan bimbingan yang diberikan

Insya Allah, kejayaan itu lebih mudah dicapai.

“Saya sangat sangat cadang kan kepada sesiapa ada masalah kewangan dan yang tengah struggle.

“Jangan berhenti untuk berusaha, apa apa peluang yang ada ambil peluang itu.

“Sama ada berjaya atau tidak , itu kuasa Allah taala, tetapi yang penting,

usaha dan langkah kita untuk keluar dari belenggu masalah,” katanya.

habis//

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi kisah teladan di bawah

Azhar Food raih RM12 juta di Shopee, Tik Tok

SpaceIn bukit kerja keras wanita besi

>>> Ubah nasib diri dengan bisnes eBay, daftar kelas di sini <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.