Ben Ewart eBay

Bermula dengan modal sebanyak £500 pound sterling dan beroperasi dari bilik tidur, Ben Ewart, 29

seorang pemuda Britain kini bergelar jutawan eBay.

Berasal dari Hull, Ewart kini adalah Pengarah Urusan Switch Electronics

salah satu pengedar komponen elektrik yang paling pesat berkembang di negara eropah itu.

Syarikat itu menjual macam macam komponen termasuk sensor, wayar dan fius dan kini dapat kira kira 25,000 pesanan sebulan.

Ewart berkata, pada 2013 ketika berusia 19 tahun dia dapat hidu peluang untuk jual produk

dari China ke pasaran Britain dengan harga jauh lebih murah

berbanding dengan harga dijual peruncit di Britain termasuk Maplin.

“Saya mula import beberapa bit dari China, dan jual semula di eBay.

“Saya rasa saya bermula dengan kira kira £500 di dalam poket saya,” katanya.

Pada 2022 Ewart meraih Anugerah Usahawan Muda dan menjadi ‘tahun paling berjaya jenama itu setakat ini’.

Pada 2020, syarikat itu berjaya teriman pesanan yang ke satu juta selepas berjaya

buka gudang seluas 7,000 kaki persegi pada 2021.

Ewart – usahawan kena berani ambil risiko

Ewart jadikan tokoh terkenal seperti Richard Branson, Lord Alan Sugar, Elon Musk dan Peter Jones

sebagai idola nya di dalam bisnes.

“Dalam industri ada beberapa nama yang sangat besar, dan suatu hari nanti saya ingin capai kedudukan mereka pada hari ini,” katanya.

Ewart turut titip pesanan kepada mereka yang bercita cita untuk menjadi ahli perniagaan supaya ada sifat berani ambil risiko.

“Nasihat terbaik saya adalah laku kan sahaja.

 “Bermula bisnes ketika usia remaja adalah masa yang tepat, kerana anda tidak alami banyak kerugian.

“Apabila anda semakin tua, anda akhirnya punya hutang ansuran rumah dan keluarga anda bergantung kepada pendapatan anda.

“Tetapi apabila anda lebih muda, saya fikir anda mampu untuk ambil lebih banyak risiko. Hanya ambil risiko dan lakukannya,”katanya.

habis//

artikel di atas diterjemahkan dari Teen turns £500 eBay side hustle into a multi-million pound company

Nak belajar eBay dengan Dr Zul, tekan di SINI

Lagi kisah teladan di bawah

Subagiya setia jaga isteri lumpuh

Azhar Food raih RM12 juta di Shopee, Tik Tok

>>> Nak upgrade ‘hidup’ dengan bisnes eBay ? Klik sini <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.