Rahsia sebenar cara buat bisnes online dengan cara berniaga di ebay!


Kali ini saya nak kongsikan kepada sahabat semua cara buat bisnes online jual di ebay dengan kaedah sebenar yang simple, mudah dan praktikal untuk terus dipraktiskan!

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Saya harap anda semua diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah serta diberkati.

Kata-kata motivasi untuk hari ini ialah:

“Your FUTURE is created by what you do TODAY not tomorrow”

Wahai sahabat-sahabat semua, sentiasalah mengingatkan diri kita bahawa masa depan kita adalah apa yang kita usahakan pada hari ini dan bukan semalam.

Baiklah pada artikel kali ini, saya ingin kongsikan satu produk yang mana ia mampu memberikan keuntungan kepada kita sehingga 5 angka hanya dengan sedikit semangat dan usaha untuk belajar cara buat bisnes online dengan menggunakan platform ebay!

Produk yang saya ingin tunjukan pada sahabat-sahabat semua adalah TEH… Percaya atau tidak, dengan hanya minuman yang selalu kita “mengeteh” ini, boleh memberikan kita keuntungan sehingga RM10,000++???

Mari saya tunjukkan buktinya.

Berikut merupakan beberapa bukti dari seorang seller dari Malaysia yang membuat listing produk Teh Boh di ebay. 100% dengan hanya buat bisnes online sepenuhnya!

BUKTI 1

cara buat bisnes online jual barang di ebay
BOH Plantation Cameron Highlands Tea 100 Bags

Haaa… itu sahabat-sahabat. Agak-agak pernah minum tak? Mestilah pernah. Itu minuman seharian kita. Petang-petang minum teh “O” panas-panas dengan goreng pisang. auuwwww terangkat…!

Jom kita lihat apa seller ini buat dengan teh ini.

Kalau sahabat-sahabat teliti gambar diatas, cuba lihat pada harga yang diletakan. Harganya adalah US $8.00 @ RM 33.00 ..!!! Mahalnyaaa…

Dah tu cuba tengok berapa kuantiti telah terjual…. 211 SOLD…!!! Dengan harga yang mahal tu pun, sudah banyak sangat terjual…!

Mari kita bandingkan dengan seorang seller ini. Produk sama tetapi beliau berniaga dia shopee.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Boh Cameron Highlands Tea Bags 100 pcs

Tengok sahabat-sahabat, dengan produk yang sama seller ini hanya menjual dengan harga RM13.99.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Perbandingan antara Platform

Berdasarkan jadual diatas, saya bandingkan 2 platform berniaga online dengan produk yang sama dan saya anggarkan kuantiti terjual juga sama. Jadi sahabat-sahabat boleh lihat bagaimana Ebay boleh mencapai hasil jualan sebanyak 136 % LEBIH daripada platform shopee. Dengan hanya teh uncang boh ini sahaja, seller ebay ini telah mendapat hasil jualan RM6000++. wahhh macam 2 kali gaji engineer tu… T_T

Sebenarnya tak susah pun cara buat bisnes online ni! yang penting mesti kena ada ilmu dan strategi yang betul untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Jom kita kira berapa jumlah keuntungan bagi satu unit jika diambil kira kos yang terlibat iaitu ebay fee, paypal fee dan postage.

Mari kita lihat berapa keuntungan seunit pula. Anda boleh gunakan final fee calculator di sini

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Keuntungan seunit (USD)

Selepas dikira, keuntungan bersih 1 unit terjual adalah sebanyak USD2.54.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Jumlah Keuntungan Keseluruhan

Jadi apabila menggunakan rate 1USD = RM4.10, maka jumlah keseluruhan keuntungan selepas menjual 211 items adalah sebanyak RM2000++. banyakkk tu… cukuplah bayar duit kereta dan rumah kan… hihi

Jadi mengapa tunggu lagi untuk mula berniaga ebay? ini bukti yang memang 100% hasil berniaga dengan cara buat bisnes online sepenuhnya!

BUKTI 2

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Boh Plantation Gold Blend Tea 60 Teabags

Okay sekarang kita ke bukti ke-2. Teh boh Gold Blend. fuhh sedap betul teh ni. Ada sahabat-sahabat yang pernah cuba?

Mari kita bongkarkan produk ini. Apa yang berlaku di ebay dengan produk ini.

Dengan harga dijual US $8.00 @ RM33.00, sebanyak 158 TELAH TERJUAL..!!! banyakkk tu…

Jom kita bandingkan dengan shopee pulak

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Boh Cameronian Gold Blend

Di shopee, produk yang sama hanya dijual dengan harga RM12.20 sahaja…! Jom kita bandingkan kedua-dua seller ini.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Perbandingan antara Platform

Berdasarkan jadual diatas, sahabat-sahabat boleh lihat dengan mengambil kira bilangan terjual adalah sama iaitu 158 produk, Seller ebay telah mendapat hasil jualan sebanyak 150% LEBIH daripada seller di shopee. Dengan hanya 1 produk ini, seller ebay tersebut telah menjaya mendapat hasil jualan sebanyak RM4000++ hanya buat bisnes online sahaja. Wauuu okaylah kan. dah saing-saing gaji cikgu sekolah dah tu T_T

Mari kita lihat berapa keuntungan seunit pula. Anda boleh gunakan final fee calculator di sini

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Keuntungan seunit

Dengan 1 unit terjual, seller ini mendapat keuntungan sebanyak USD3.41. Kalau terjual sebanyak 158 unit, berapa seller ini untung ye?

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Keuntungan Keseluruhan

Jumlah keseluruhan keuntunga bersih seller ini dengan hanya 1 produk teh gold blend ini, beliau telah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM1923.97. Wahhh gaji kerani tu. Takyah penah-penat mengadap komputer 9jam. Listing produk dan tunggu order masuk. senang kan??

Jadi persoalan disini, mengapa tunggu lagi untuk berniaga di ebay???

BUKTI 3

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Boh plantation tea leaves 250g pack

Okay sahabat-sahabat. ini bukti terakhir untuk artikel ini. Daun Teh boh atau lebih mesra kita panggil serbuk teh. Serbuk teh boh dengan berat 250g, dijual di ebay pada harga US $5.99 @ RM 24.78??? Adoii mahalnyaa… ada orang nak beli ke tu???

Jom tengok bilangan terjual…. 111 SOLD!!!! perghhhh serbuk teh ni pon sampai 111 terjual? biar betul ebay ni… tak sangka buat bisnes online boleh memberi keuntungan yang berlipat kali ganda bila jual di ebay!

Jom kita tengok pulak di shopee berapa harga terjual produk serbuk teh ini.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Boh Teh Cameron Highland 250g

Hahh tu ada jual di shopee.. Harga baru RM7.60..! banyak tu beza dengan harga di ebay. Jom saya kongsikan perbandingan kedua-dua seller ini.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Perbandingan antara Platform

Tengok tu sahabat-sahabat sekalian. Seller ebay berjaya menjaya hasil jualan sebanyak 226 % LEBIH daripada seller di shopee hasil jualan secara bisnes online tapi cuma di platform yang lebih menguntungkan. Hasil jualan sehingga 2750.58 hanya dengan produk serbuk teh ini. haha mcm tak percayakan. Berapa untung bersih seunit ya di ebay?

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Keuntungan Seunit

Dengan berniaga produk ini diebay, seller ini mendapat keuntungan sebanyak USD1.91 setiap item.

cara buat bisnes online jual barang di ebay
Keuntungan Bersih

Dengan terjualnya 111 unit, maka seller ini mendapat keuntungan bersih sebanyak RM800++. Okaylah kak. goyang kaki depan laptop, tunggu order masuk. dapatlah untungnya kan. alhamdulillah

.

Jadi persoalan sekarang, bila lagi mahu mula berniaga di ebay?

Adakah anda sudah bersedia untuk menjana pendapat pasif melalui ebay?

Adakah anda sudah mula untuk mengubah masa depan anda dan keluarga?

Adakah anda sudah bosan dengan pengharapan pada kerja makan gaji sahaja?

Mari sahabat-sahabat sekalian. Anda semua dijemput ke bengkel Ebay yang diadakan setiap bulan di bangi.

>>>DAFTAR BENGKEL EBAY INTELLIGENCE<<<

Jangan malu jangan segan. ayuh kita mula membina masa depan kita semua.. Ayuhhhh….

.

Semoga dengan usaha dan semangat kita, kita dapat mencapat apa yang kita impikan buat diri, keluarga dan tanah air.

Semoga kita berjumpa lagi di artikel seterusnya yang mana saya akan membongkarkan lagi produk-produk yang boleh “menggila” di platform berniaga online ebay.

.

Akhir kalam dari saya, selamat maju jaya.

Nak belajar bisnes ebay?

>>>DAFTAR BENGKEL EBAY INTELLIGENCE<<<


    10 replies to "Cara buat bisnes online | Rahsia Bagaimana seller ini menjana RM2k++ hanya jual teh ke luar negara"

    • hafiz

      assalamualaikum tuan..apa pakej yg patut sya beli untuk mulakan bisnes dalam ebay ni?

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam tuan, pakej paling sesuai ialah pakej B dan pakej D tuan. kalau tuan boleh datang ke bengkel pakej D paling sesuai

        • hafiz

          terima kasih tuan.dalam pakej B ni ada tak teknik untuk High Demand Low Risk (HDLR)?

    • wawa zack

      Assalamualaikum.. macam mana nak join kelas ni?

      • Zul Ariffin

        Waalaikumsalam puan, boleh join kelas daftar di sini ye. mamabaryani.com/ebay pilih pakej C atau D. klu perlukan bantuan boleh call sy di 0162322119

      • Zul Ariffin

        waalaikumsalam puan, boleh daftar kelas di sini ye mamabaryani.com/ebay pakej C atau D

    • Nabila shahirah

      saya nak join tp mcm jauhla boss, xde kelas atas talian je, sebab sy puan susah sikit mak ayah nak lepas g jauh sorang2.

      • Zul Ariffin

        salam puan, boleh join melalui panduan video or ebook utk belajar secara online..boleh dapatkan di sini ye mamabaryani.com/ebay

    • Siti Khairunnisa Binti Samsuddin

      assalammualikum blh tau cara mcm mana nak post utk ke worldwide menggunakan ebay

      • Zul Ariffin

        wslm puan, boleh gunakan flexipax post international di pos malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.