Selain guna Zik Analytic untuk buat kajian produk hot, saya juga ada tegaskan supaya setiap seller dropship eBay untuk improve atau perbaiki product listing di eBay. Spy, follow & improve product listing dari competitor. Bukan sekadar tiru bulat-bulat.

Kenapa? Sebabnya, ada 19 juta seller kat eBay dan ada lebih kurang 1.5 bilion jumah active listing kat eBay. Jadi, kemungkinan besar produk dropship yang kita nak jual tu ada banyak competitor yang menjual produk yang sama.

Lebih-lebih lagi seller dropship yang jual produk dari Aliexpress, Amazon,Wallmart dan sebagainya. Kebanyakannya akan copy and paste maklumat dari supplier seperti tajuk, gambar dan description produk.

Tajuk produk di Aliexpress ni kadang-kadang bukan betul sangat pun susunan dan penggunaan keywordnya. Lepas tu kita main copy jer. Gambar-gambar pun kebanyakan seller dropship guna gambar product display yang sama dari supplier.

4 Cara Perbaiki Product Listing Di Ebay

Jadi, bagaimana kita nak bersaing dengan product listing dari competitor yang lain kalau semua seller dropship buat benda yang sama?? Sebab tu lah kita kena perbaiki product listing di eBay supaya kita lebih kehadapan berbanding competitor.

Persoalannya, apa aspek yang kita perlu perbaiki pada product listing kita? Dalam artikel ni, saya akan tunjukkan 4 cara perbaiki product listing di eBay supaya kita dapat tingkatkan visibility dan tingkatkan jualan kat eBay.

Guna Keyword Yang Relevan Pada Listing Title

Title atau tajuk product listing kita sangat penting. Sebab ia berkait dengan keyword yang buyer gunakan untuk buat carian sesuatu produk kat eBay. Title akan keluar pada senarai produk selepas buyer mebuat carian kat eBay.

Cabaran menulis listing title kat eBay ialah kita dihadkan dengan 80 huruf sahaja. Sebab tu lah kita kena pilih keyword dan info yang relevan untuk dimasukkan ke dalam listing title. Berikut adalah contoh listing title yang lengkap yang disarankan oleh eBay…

Lengkapkan Item Spesific – Cara Perbaiki Product Listing Di Ebay

Jika pada listing title kita gunakan keyword yang relevan dengan carian buyer, bahagian Item Specific pula adalah tempat kita isikan keyword atau info berkaitan dengan spesifikasi teknikal produk yang kita jual.

Mungkin ada juga keyword atau info yang kita tak dapat nak masukkan pada listing title, jadi kita boleh ambil peluang untuk masukkan kat bahagian Item Spesific. Item Specific berbeza mengikut kategori produk yang kita jual. Sebagai contoh, gambar di bawah adalah Item Specific untuk kategori Party Supplies…

Kita boleh masukkan keyword dan info produk seperti jenama, jenis produk, occasion, tema, warna, character, material, saiz dan sebagainya. Masukkan info sebanyak mungkin berkaitan produk sehingga meter ‘recent searches’ penuh. Item Specific ni dapat membantu buyer buat keputusan untuk membeli.

Pastikan Gambar Yang Berkualiti – Cara Perbaiki Product Listing Di Ebay

Gambar produk yang berkualiti sudah tentulah gambar dengan pixel yang tinggi (tidak pecah) dan dengan background berwarna putih. Ia penting supaya gambar produk keluar jelas di hasil carian kat eBay dan juga Google Shopping jika kita buat eBay Ads.

Cumanya, kebanyakan seller dropship eBay akan gunakan gambar-gambar product display yang dibekalkan oleh supplier produk. Jadi, saya nak bagi anda tips bagaimana kita nak buat gambar-gambar yang kita gunakan pada product listing kita berbeza dengan competitor. Lihat pada gambar jam kat bawah ni…

Jam kat atas ni adalah dari Aliexpress. Gambar di sebelah kiri adalah gambar ‘product display’ dari supplier Aliexpress tersebut. Kebanyakan seller dropship eBay akan gunakan gambar product dispay. Kalau seller gunakan software product lister seperti AutoDS pun, software tersebut akan copy gambar-gamabar product display ni.

Gambar di sebelah kanan pula adalah gambar dari bahagian ‘Customer Reviews’ untuk produk tersebut kat Aliexpress. Gambar dari Customer Review susah nak dapat melainkan produk tersebut dah terjual banyak dan buyer tinggalkan review. Bukan semua buyer rajin tinggalkan review.

Gambar dari Customer Review ni lebih ‘real’ berbanding gambar product display. Buyer dapat menilai sesuatu produk melalui gambar yang dikongsikan oleh buyer lain. Jadi, ia dapat tingkatkan kepercayaan buyer pada produk yang kita jual dan membantu buyer buat keputusan membeli.

Letak Harga Yang Kompetitif – Cara Perbaiki Product Listing Di Ebay

Akhir sekali, pastikan kita letak harga yang kompetitif untuk product listing kita. Maksudnya, harga yang tidak terlalu tinggi atau tidak terlalu rendah di pasaran. Untuk seller dropship eBay yang guna software Zik Analytic untuk buat kajian produk hot, kita tak ada masalah untuk setkan harga produk yang jual.

Sebab kita boleh dapatkan data harga product listing dari competitor guna software Zik Analytic. Kemudian kita akan kira potensi keuntungan sesuatu produk guna eBay Final Fee Calculator. Jadi kita boleh menilai samaada kita boleh buat keuntungan dengan sesuatu produk tersebut atau tak.

>>>Baca Artikel Cara Malas Cari Produk Hot Guna Zik Analytic<<<

Kesimpulan Cara Perbaiki Product Listing Di Ebay

Ada 19 juta seller kat eBay dan ada lebih kurang 1.5 bilion jumah active listing kat eBay. Tips yang saya selalu tegaskan kepada seller dropship eBay ialah spy, follow dan improve product listing dari competitor. Dalam artikel ni saya dah kongsikan 4 cara kita boleh perbaiki product listing di Ebay.

Semoga dengan cara ni, kita dapat tingkatkan visibility product listing dan tingkatkan jualan kat eBay. Kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam buat bisnes Ebay bersama Tuan Zul, boleh lah join Kelas Online Ebay Intelligence yang beliau anjurkan setiap bulan melalui link kat bawah ni…

>>>Tarikh Terdekat Kelas Online Ebay Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.