Macam mana nak beli barang dari eBay untuk dihantar ke Malaysia? Yelah. Kadang-kadang, ada barang yang tidak dijual di Malaysia dan hanya ada di eBay saja. Tapi macam mana caranya? Sebenarnya, tak susah pun nak beli barang dari eBay.
Secara umum, ada 2 cara nak beli di eBay ni iaitu Buy It Now (BIN) dan Auction (lelong).
Apa bezanya? BIN ni adalah dimana buyer boleh membeli dan bayar barang terus tanpa tunggu tempoh lelongan.
Kalau Auction pula, pihak buyer dapat buat penawaran harga terlebih dahulu pada barang yang ingin dibeli dengan sistem lelong. Biasanya waktu lelongan ni akan berlangsung selama 3, 7, atau 10 hari.
*TIPS! Selalunya, kalau saya nak beli apa-apa, saya akan tunggu 1 jam lagi tempoh lelongan tamat. Waktu itu, baru saya akan bid! Dengan cara tu, dapat lah beli dengan harga yang lebih murah dan berbaloi.
Artikel Berkaitan: 6 Produk Malaysia yang Laris di Ebay (#4 Paling Unexpected!)
Macam Mana Cara Nak Beli Barang dari eBay?
Sebelum itu, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Sama seperti Shopee, Lazada dan platform e-commerce lain. Bagi yang sudah mendaftar akaun dengan eBay, boleh abaikan langkah-langkah di bawah. Terus langkau ke topik Cara Beli Barang dari eBay.
Langkah 1
Pergi ke laman web eBay (www.ebay.com) dan klik pada Register di sudut kiri atas halaman.
Langkah 2
Log masuk dengan akaun Facebook atau Google anda. Atau anda juga boleh masukkan nama, e-mel, dan tetapkan kata laluan untuk melengkapkan pendaftaran.
Langkah 3
Selepas anda mendaftar, klik Account settings untuk mengisi maklumat peribadi anda.
Langkah 4
Isikan maklumat alamat anda yang akan digunakan untuk pengiriman barang. Kemudian, klik Continue.
Langkah 5
Klik ID pengguna anda untuk lihat sama ada akaun anda sudah menunjukkan “Malaysia“.
Tahniah! Sekarang anda dah ada akaun eBay dan boleh mula shopping.
Artikel berkaitan: Tips Menjual di eBay
Cara Beli Barang dari eBay untuk dihantar ke Malaysia
Ikut tips mudah di bawah kalau anda teringin nak checkout barang dari eBay.
Langkah 1
Sama seperti membeli di Shopee, Lazada. Anda tapi saja nama barang yang ingin dibeli di ruangan search.
Langkah 2
Klik Add to cart untuk meneruskan membeli-belah, atau pilih Buy It Now untuk membeli item dengan segera.
*Tips: Kadang-kadang ada butang Make Offer pada barang yang anda nak beli. Kiranya, anda dapat beli dengan harga yang lebih murah lah daripada apa yang seller dah tetapkan. Macam nego harga karpet dengan ‘mamat’ Pakistan lah. Seller ada hak untuk membuat Counter-offer, atau hanya menolaknya.
Langkah 3
Jika sudah klik check out, anda boleh terus membuat pembayaran melalui PayPal, kad kredit dan lain-lain.
Langkah 4
Duduk tenang dan tunggu parcel anda sampai depan rumah!
Mudah kan cara beli barang dari eBay ke Malaysia? Dah tau cara nak beli ni, teringin nak menjual di eBay juga ke?
Apa salahnya, ye dak? Kalau boleh bergaji USD, kenapa nak bergaji RM? Jangan risau, ada pakar yang boleh bantu anda. KLIK SINI