Hot Wheels eBay

Hot Wheels mula keluarkan model die-cast kereta popular pada tahun 1968.

die-cast @ replika kereta klasik yang dibuat dari plumbum cair, aloi zink atau plastik, sangat popular pada tahun 1970 an.

Populariti die-cast berterusan selama beberapa dekad, menjadikan kereta mainan ini semakin berharga.

Koleksi die-cast paling mahal adalah replika edisi terhad

dan model awal dalam francais jenama itu.

Kereta yang masih rapi tersimpan di dalam kotak sering dapat harga yang lebih tinggi di eBay.

dan lebih menarik, kotak yang ada cacat – seperti sarung yang tidak diletakkan dengan betul

atau reka bentuk yang tidak sepadan – boleh dijual dengan harga lebih tinggi di laman e dagang termasuk eBay

Peminat die-cast memang sanggup berhabis wang ringgit demi Hot Wheels yang mereka ingin kan 

Jom kita lihat senarai Top 5 mainan die-cast edisi asli dan terhad yang dapat permintaan tinggi dengan harga gila ‘baby’ 

Senarai Hot Wheels die-cast paling murah hingga ke mahal

CHEVROLET CAMARO

Chevrolet Camaro adalah salah satu muscle-car paling popular dalam sejarah Amerika Syarikat.

Hot Wheels hasilkan jumlah replika enamel putih yang terhad pada tahun 1990 an.

dan die-cast kereta ini dijual sekitar $2,500.

dan terbaru, Chevy umumkan ia akan hentikan kenderaan pengeluaran pada peringkat awal 2024

Ini jadi punca kereta die-cast ini akan lebih popular dan dapat permintaan tinggi dari penggemar nya.

HONDA CIVIC TYPE R

Honda Civic, dikenali sebagai salah satu kereta paling berpatutan di pasaran luar negara

(dalam Malaysia, bangsa H golongan ada ada ehehe hehe Ketawa 80 an)

Replika Hot Wheel kereta Honda sangat jarang ada di pasaran

Type R, Civic adalah salah satu die-cast paling mahal di pasaran.

The Sun USA temui Hot Wheels kereta itu dijual pada harga $20,000.

1964 LINCOLN CONTINENTAL

Lincoln Continental, barisan kereta mewah buatan Amerika Syarikat yang telah lama beroperasi

kini jadi salah satu koleksi die-cast paling mahal.

die-cast 1961-1969 warna putih dengan reka bentuk lebih panjang dan boleh ubah, 

dijual dengan harga $21,828 di eBay.

1968 FORD MUSTANG

Kereta ikon Amerika Syarikat, Ford Mustang jadi budaya di sana

Hot Wheels cipta beberapa replika kereta klasik negara Uncle Sam itu dengan logam krom.

Koleksi kereta berkilat ini secara konsisten berjaya dijual ribuan unit di laman lelong eBay

Menurut The Gamer, beberapa kali kereta itu terjual dengan harga $40,000.

Harga paling gila ‘baby’

BEACH BOMB

Beach Bomb duduki senarai Hot Wheels paling mahal di laman eBay dengan harga cecah $175,000

Pengeluaran pertama kali hasilkan minivan merah jambu dengan papan luncur pada 1968.

Van itu, yang menyerupai sedikit Volkswagen Microbus, ada tiga tingkap panel dan bumbung yang besar.

Menurut laman Car and Driver, syarikat itu membuat dua versi merah jambu sebelum hentikan pengeluaran kerana terlalu berat

Pengeluaran terhad Hot Wheels model itu menyebabkan beberapa kereta dalam pasaran kini boleh capai lebih daripada $175,000 sebuah.

Bruce Pascal, yang miliki sebuah muzium mainan di Maryland, berkata dia beli model itu dan jadi salah satu mainan yang dicari pada tahun 1999.

“Sukar untuk jelaskan kegilaan itu, tetapi Hot Wheels adalah sangat besar.

“Semua rakan saya simpan duit untuk beli semua Hot Wheels yang mereka mahu.

“Model ini adalah satu koleksi paling berharga yang saya ada,” katanya.

habis//

Artikel di atas diterjemahkan dari Top 5 most expensive hot wheels resell ebay valuable toys

Mahu belajar jual hot wheels di laman eBay, tekan SINI

Lagi kisah menarik di bawah

Ewart, jutawan eBay Britain import barang dari China

Subagiya setia jaga isteri lumpuh

>>> Belajar bisnes eBay dengan Jutawan eBay Malaysia, klik sini <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.